Monday, 5 March 2007

LAGI KES MALANG MEMBABITKAN PELATIH PLKN : TPM MESTI LETAK JAWATAN



Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sekali menggesa Program Latihan Khidmat Negara mesti ditamatkan serta merta kerana jelas program ini gagal dikendalikan dengan baik dan selamat. Selain itu ianya jelas merugikan duit rakyat kerana program ini ternyata gagal melahirkan remaja yang berakhlaq dan cemerlang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hj Salamat Aman dalam kenyataanya pagi ini juga menggesa Timbalan Perdana Menteri sebagai menteri bertanggungjawab untuk program ini; Pengerusi PLKN dan Ketua Pengarah PLKN meletakkan jawatan atas kecuaian dan malapetaka yang menimpa program ini.

"Kita tidak mahu melihat lagi muka-muka mereka ini yang jelas gagal mengendalikan program ini. Tangan-tangan kotor dan dosa mereka ini mesti dibasuhkan dengan meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada keluarga yang terbabit" jelas Hj Salamat dengan serius.

"Sudah belasan orang pelatih meninggal dunia tetapi mereka masih hendak memegang jawatan tersebut, apakah mereka ini mabuk kuasa?" Soal Hj Salamat Aman.

Semalam media melaporkan bahawa seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Teluk Rubiah, Manjung Perak lumpuh separuh badan dipercayai selepas menjalani senaman tekan tubi di kem itu pada 23 Februari lalu.

Asila Latin Husna Abdul Basir, 18, dari Pasir Mas yang merupakan pelatih Kumpulan 1 Siri 4/2007 pada awalnya dimasukkan ke Hospital Seri Manjung sebelum dirujuk ke Hospital Besar Ipoh, Perak.

Keluarga Asila meminta pihak pengurusan PLKN memindahkannya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, kelmarin, untuk memudahkan pengurusan dan penjagaannya.

Asila ketika ditemui di hospital hari ini memberitahu, dia membuat tekan tubi sebanyak 20 kali dan semasa bangun untuk memulakan larian, dia mendengar bunyi seakan tulang patah serta merasa amat sakit.

Kes-kes kematian yang sudah mencecah belasan orang, rogol, bergaduh, cedera dan sebagainya sudah cukup untuk membuktikan bahawa program ini dikendalikan dengan sambil lewa, tidak sistematik serta jelas ianya membahaya para pelatih.

Sudah sampai masanya PLKN ini ditamatkan jangan sampai ratusan pelatih mati atau cedera baru hendak bertindak. Rakyat tidak mahu duit yang digunakan untuk program dibazirkan sedangkan banyak lagi kemudahan dan prasana untuk rakyat diabaikan oleh kerajaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59