Monday, 12 March 2007

KUMPULAN MEDIA PRIMA TETAP DEGIL MASIH TERUSKAN PROGRAM JOM HEBOH



Biarpun Mufti mengeluarkan fatwa bahawa Program Sure Heboh atau nama barunya Jom Heboh adalah haram tetapi Kumpulan Media Prima tetap berdegil terus mengadakan program tersebut.

Minggu lepas program ini diadakan di Kuantan. Manusia begini memang degil dan tidak mahu menurut nasihat Mufti. Agaknya kena tunggu bala menimpa kepala mereka baru mereka nak sedar dan insaf.

Apa yang dikesalkan kerajaan Islam Hadhari juga sengaja membiarkan program sebegini berterusan kerana pemimpin Islam Hadhari sedar bahawa rakyat yang leka dengan hiburan dan keseronokan tidak akan menghiraukan apa juga perkara yang berlaku disekeliling mereka. Barang naik, kerajaan roboh rumah rakyat, minyak naik, biasiswa tiada dan sebagainya sudah tentu tidak dihiraukan oleh mereka yang penting keseronokan.

Konsert artis-artis tanahair terus menjadi 'rukun' kepada program Jom Heboh ini. Selain itu program ini juga menjadi medan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga ianya dijadikan lesen oleh anak muda untuk keluar berdua-duaan ke program ini. Inilah agaknya yang disukai dan digalakkan oleh Imam Al Hadhari. Beliau lebih suka muda-mudi berseronok daripada mengajak muda-mudi ke program ilmu dan program mengingati Allah.

SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA ORANG MELAYU. KAMU SEBENARNYA SEKARANG INI SUDAH MASUK KE DALAM JERAT ISLAM HADHARI YANG MENGHALALKAN SEMUA PERKARA

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59