Friday, 2 March 2007

KES ZULKIPLI : PAK LAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN



Sewaktu di awal pemerintahan beliau, Imam Al Hadhari ini berkata bahawa beliau begitu bersungguh-sungguh untuk membenteras rasuah. Tetapi selepas 3 tahun lebih menjadi Perdana Menteri kata-kata umpama menanam tebu di bibir mulut.

Paling baru adalah kes Ketua Pengarah BPR, Zulkipli Mohd Nor yang didakwa terlibat dengan salah laku dan mempunyai harta lebih dari pendapatannya. Timbul persoalan sekarang apakah Pak Lah benar-benar serius untuk menangani rasuah sedangkan orang yang beliau lantik untuk membenteras rasuah itu sendiri dipertikaikan kewibawaannya.


Seterusnya rakyat juga mempersoalkan kesungguhan Imam Al Hadhari dalam menangani rasuah kerana sehingga ini, beliau sedikitpun tidak membuat komen tentang dakwaan terhadap orang kuat BPR ini. Apakah Pak Lah baru sedar bahawa beliau tersilap melantik Zulkipli atau apakah Pak Lah masih berfikir (Gambar Pak Lah tengah fikir) macamana hendak mempertahankan ZUlkipli. Atau Pak Lah akan menggunakan 'senjata' tradisional beliau iaitu SAYA TIDAK TAHU.

Harakahdaily semalam menyiarkan laporan di bawah :-

Dalam jangka masa dua hari sahaja, media-media arus perdana mensensasikan laporan 'skandal' membabitkan Ketua Pengaah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Zulkipli Mat Noor sekaligus mengundang kenyataan balas dari Pejabat Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Namun, pihak yang paling layak untuk memberi kenyataan dan mengambil sebarang keputusan berhubung dakwaan ke atas Zulkipli iaitu Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi masih berdiam diri kerana seperti biasa PM dengan sikap membisunya.

PM adalah antara orang yang terbabit dalam menentukan kedudukan Zulkipli sebagai Ketua Pengarah BPR kerana lantikan jawatan itu terus kepada PM kerana BPR itu sendiri di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Kontraknya yang disambung sebanyak dua kali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan PM hari ini menimbulkan kecurigaan kerana individu yang dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR itu dikatakan memiliki beberapa laporan salah laku, kata Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor.

Ezam yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59