Tuesday, 6 March 2007

Kes Razak Baginda dipercepatkan, disebut Jumaat ini. Apa muslihatnya


Kes jenayah melibatkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan model rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat ini.

Apa muslihat ia dipercepatkan tidak kita ketahui? Apa yang pasti beberapa kejanggalan melibatkan kes ini benar-benar mengundang seribu satu persoalan.


Peguam Zulkifli Noordin berkata kes itu, yang didengar sebelum ini oleh Hakim Datuk K.N. Segara, akan dikemukakan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Datuk Mohamed Zaki Mohamed Yassin.

Zulkifli mewakili dua anggota polis C/Insp Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, yang dituduh membunuh model berusia 28 tahun itu, yang cebisan mayatnya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 November tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, Zulkifli tidak menyatakan sebab kenapa kes itu, yang telah ditetapkan perbicaraannya pada 10 Mac tahun depan oleh Segara sebelum ini, akan disebut pada Jumaat.

Minggu lalu, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilaporkan berkata terdapat kes jenayah di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang ditetapkan tahun depan akan dipercepatkan ke tahun ini.

Abdul Razak, 46, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, membunuh Altantuya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober 2006.

Azilah dan Sirul Azhar, yang kedua-duanya dari Unit Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59