Saturday, 24 March 2007

KEPALA BUSUK EKOR PUN BUSUK : SEORANG LAGI KETUA MENTERI ISLAM HADHARI DIDAKWA RASUAH



Kalau kepala ikan busuk sudah tentu seluruh badannya turut busuk. Inilah kiasan yang sering dikaitkan dengan kedurjanaan seseorang pemimpin negara, kalau perangai pemimpin tersebut rosak maka sudah tentu seluruh jentera kerajaannya akan turut rosak.

Setelah Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Islam Hadhari di dakwa terlibat dengan rasuah semalam Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor didakwa menerima rasuah supaya menghentikan siasatan mengenai aduan salahguna kuasa dan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datil Musa Aman.

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang pemimpin pembangkang Sabah, Dr Jeffrey Kitingan dalam laporan polis setebal 24 muka yang dibuatnya awal bulan ini di Kota Kinabalu.

Jeffrey, yang juga Timbalan Pengerusi PKR Sabah, membuat laporan itu di balai polis Karamunsing di Kota Kinabalu, yang mengandungi 25 dakwaan terhadap Musa, yang membabitkan salahguna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.
Selain memegang jawatan ketua menteri, Musa juga merupakan Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Umno negeri itu.

Mengenai dakwaan terhadap Ketua Pengarah BPR itu, Jeffrey mendakwa,,dalam satu
“pertemuan sulit’ bulan lalu di sebuah hotel enam bintang diKuala Lumpur, Zulkipli dibayar wang supaya menghentikan siasatan terhadap pembabitan Musa dalam skandal Wisma Bandaraya – sebuah kompleks pejabat berharga jutaan ringgit.

Jeffery adalah adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah sekarang, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan,

Dakwaan terbaru terhadap Zulkipli menambah kepada dakwaan terhadapnya sebelum ini yang membabitkan dakwaan rasuah dan mengumpulkan harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya.

Bulan lalu, malaysiakini melaporkan dakwaan tersebut yang dibuat terhadap Zulkipli oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Abdul Manan.

Mengapa tiada tindakan?

Ketika dihubungi hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut, Jeffrey berkata bangunan Wisma Bandaraya itu – yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu – dimiliki oleh syarikat yang berkaitan dengan keluarga Musa.

Sejak beliau menjadi Ketua Menteri tiga tahun lalu, beberapa kementerian, termasuk Kementerian Sumber Asli, telah berpindah dari bangunan kerajaan ke Wisma Bandaraya.

Jeffery berkata, tiada tindakan diambil oleh BPR terhadap banyak aduan yang dibuatnya terhadap Musa berhubung dakwaan tersebut.

Ditanya sama ada benar RM700,000 telah bertukar tangan dalam pertemuan rahsia itu, Jeffery berkata, beliau tidak menyebut sebarang jumlah yang khusus dalam laporan polis yang dibuatnya itu.

Bagaimanapun, Jeffrey berkata beliau tidak dapat mendedahkan lebih banyak butir-butir mengenai perkara itu itu kerana ia mungkin sedang dalam siasatan.

Dalam laporan polis itu, Jeffrey juga merujuk kepada pembabitan Musa dalam penswastaan projek air bernilai RM450 juta di Sandakan serta anugerah projek bernilai RM200 juta untuk penyelenggaraan jalan awam di negeri itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59