Thursday, 1 March 2007

KEM PLKN JADI LEMBAH MAUT?


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGGESA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA DITAMATKAN SERTA MERTA KERANA IANYA JELAS TIDAK SELAMAT DAN TIDAK MEMBERIKAN KESAN KEPADA AKHLAQ, PERIBADI DAN KETAQWAAN PELATIHNYA.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JUGA MENEGASKAN BAHAWA SURUHANJAYA DIRAJA MESTI DIBENTUK UNTUK MENYIASAT SEMUA KES YANG BERLAKU YANG MELIBATKAN KEMATIAN, JENAYAH, SALAH LAKU DAN SEBAGAINYA. SEMUA YANG TERLIBAT DAN BERSALAH SAMADA MENTERI, PENGERUSI, PEGAWAI, PELATIH DAN SESIAPA SAHAJA MESTI DIDAKWA.


Sudah berbelas orang pelatih PLKN mati semasa menjalani latihan tersebut. Namun belum nampak gerak geri bahawa program yang dipertikaikan rasional diadakan itu masih diteruskan oleh kerajaan. Atas dasar apa kita pun merasa sangsi. Kem-kem PLKN ini seolah-olah menjadi lembah maut kepada pelatih.
Semalam seorang lagi pelatih menjadi mangsa. Tidak sampai 2 bulan lepas seorang pelatih mati di Kem Ayer Keroh. Belum pun kering air mata keluarga si mati semalam satu keluarga turut mengalami nasib yang sama. Bilakah perkara ini akan berakhir.?

Media melaporkan bahawa Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Kisana Beach Resort dekat Pasir Putih mati selepas tergelincir di dalam tandas ketika menjalani latihan di Hutan Lipur Jeram Linang dekat Pasir Putih awal semalam.

Prema Elenchelian (Gambar), 18, dikatakan tergelincir lalu tersembam ke lantai yang ditakungi air sebelum ditemui oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mangsa yang berasal dari Batu 9, Cheras, Selangor dipercayai pergi ke tandas seorang diri.

“Rakan mangsa kemudian memanggil jurulatih yang bergegas menghantar mangsa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di Pasir Putih semalam.

Turut hadir ialah Komander PLKN Kem Kisana Beach Resort, Mejar Zulkarnain Abdullah dan Komander PLKN Kem Cancun Park di Pasir Mas, Leftenan Kolonel Che Bakar Mohd. Arifin dan bapa mangsa, R. Elenchelian, 44.


Menurut Abdul Hadi, hasil bedah siasat mendapati mangsa yang pernah diserang sawan itu tidak dapat bernafas akibat tertelan banyak air yang bertakung di dalam tandas tersebut.

Abdul Hadi memberitahu, mangsa merupakan salah seorang pelatih kumpulan 1 siri keempat bagi tahun ini yang ditempatkan di Kem Kisana Beach Resort di sini bersama 401 pelatih lain termasuk 218 perempuan.

Semua pelatih dihantar ke Hutan Lipur Jeram Linang sejak semalam bertujuan meneruskan latihan Wira Jaya meliputi membaca peta dan aktiviti lasak untuk meningkatkan keyakinan diri di samping memupuk kerjasama di kalangan mereka.

Abdul Hadi memberitahu, pihaknya turut menyerahkan RM3,000 kepada keluarga untuk urusan pengkebumian manakala Ahli Dewan Undangan Limbongan PAS, Drs. Zainuddin Awang Hamat menyumbang RM500.

Sumbangan awal itu sebahagian daripada pampasan insurans berjumlah RM35,000 yang akan diterima waris pelatih kelak.

Abdul Hadi berkata, pihak JLKN akan meneruskan latihan Wira Jaya yang akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Kami tidak berhasrat untuk membatalkan program yang diperkenalkan sejak 2004 ini kerana semua program yang dilaksanakan memberi impak besar kepada semua pelatih,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

saya sebagai bekas pelatih plkn rasa program ini perlu diteruskan daripada mmbiarkan remaja-remaja membuang masa begitu saja. Ada perubahan yang berlaku kepada remaja-remaja yang merupakan bekas pelatih plkn,.

kemalangan boleh berlaku dimana-mana. berfikirlah dengan pemikiran matang......

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59