Monday, 12 March 2007

KALAU TAK SALAH MENGAPA TAKUT?


Dalam keadaan kelam-kabut untuk mengelak soalan media, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum hampir-hampir tersilap memasuki kereta yang disediakan untuknya.

Dalam tergesa-gesa itu, Johari hampir menaiki kereta yang disediakan untuk pengiringnya, sebelum berjalan semula ke kenderaan untuknya dan mengelak menjawab beberapa soalan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Beliau hanya menjawab 'kes apa? saya tak tahu' sambil tergesa-gesa berjalan ke arah kenderaan yang disediakan.

KALAU TIDAK BUAT SALAH MENGAPA JOHARI BEGITU TAKUT? MUKANYA PUN SEJAK-SEJAK AKHIR INI MURAM SAHAJA. KASIHAN DIA?

KALAU DAH HIDUP TAK TENTERAM NAK BERJALAN PUN TIDAK TENTU ARAH LEBIH BAIK HANG LETAK SEMUA JAWATAN KERAJAAN DAN POLITIK TERMASUK AHLI PARLIMEN KUBANG PASU..WAHAI JOHARI BEDUI!!!!


Menurut Bernama, para wartawan juga bertanya mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap dua lelaki yang ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Kedua-duanya adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO) yang ditahan untuk membantu siasatan dakwaan Johari menerima sogokan RM5.5 juta untuk membebaskan tiga penjenayah yang ditahan mengikut EO.

Johari tiba ke Kelantan pagi ini untuk merasmikan seminar pencegahan jenayah remaja dan melancarkan Rakan Cop peringkat Parlimen Kubang Kerian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumboh di Kota Bharu.

'Pesan jangan tanya'

Johari sebelum itu berpesan kepada wartawan untuk tidak bertanya soalan lain kecuali yang melibatkan program Rakan Cop yang dirasmikannya.

"Tanya pasal Rakan Cop sahaja, jangan tanya soalan lain," katanya.

Seorang wakil penganjur majlis berkenaan memberitahu wartawan tidak ada sidang akhbar dan sekiranya ada soalan, mereka boleh bertanya Johari semasa beliau berjalan untuk menaiki kenderaannya.

Baru-baru ini, sebuah lamanweb, www.freewebs/msia-today mendakwa Johari menerima sogokan untuk membebaskan tiga lelaki yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Bagaimanapun, Johari menafikan dakwaan tersebut. Kes itu kini disiasat oleh BPR.

Dua lelaki berkenaan berjaya ditahan BPR untuk siasatan manakala seorang lagi masih bebas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59