Wednesday, 28 March 2007

JAWATAN KUASA PARLIMEN BATAL PERTEMUAN : MEMANG SUDAH DI DUGA.


Memang telah diduga Kerajaan Islam Hadhari sebenarnya hanya berlakon untuk membenteras rasuah. Ianya semata-mata untuk mengabui mata rakyat dan juga untuk dijadikan bahan kempen sahaja. Ini terbukti apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti hari ini menolak rayuan bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah, Mohd Ramli Manan supaya meneruskan pertemuan dengan beliau dan Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen, Pengerusinya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, keputusan tersebut adalah muktamad.

Dengan keputusan itu, katanya, jawatankuasa khas itu tidak perlu lagi menyemaknya “kerana kita mempunyai banyak lagi ‘hutang’ (kes)”.

Dalam laporan yang dihantar oleh Ramli kepada beberapa pihak, termasuk Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Bakri Omar, beliau membuat dakwaaan rasuah hingga kepada kekerasan seksual terhadap Zulkipli.

Ramli menulis laporan tersebut sebelum persaraannya Disember lalu. Kandungannya didedahkan oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) bulan lalu.

Berikutan itu, jawatankuasa pilihan khas Parlimen itu berkata ia akan memanggil Ramli dan Zulkipli untuk memberi keterangan tetapi kemudian menukar keputusannya dengan alasan terdapat kes-kes mahkamah yang berkaitan dengannya.

Bagaimanapun, Dompok tidak memberi sebarang sebab mengenai keputusan yang diambil hari ini tetapi membayangkan ia disokong hampir sebulat suara oleh 12 anggota jawatankuasa tersebut.

"Ianya disokong dengan majoriti besar,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak lagi kes lain yang diperlu disiasat oleh jawatankuasa tersebut manakala isu BPR itu telah pun banyak dilaporkan.

Kit Siang kecewa

Sebelum ini, Dompok berkata, jawatankuasa itu turut menimbang kenyataan peguambela bekas Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam bahawa pelanggannya menimbang mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Ramli berhubung komennya dalam temubual eksklusif dengan malaysiakini.

Selain itu, jawatankuasa tersebut juga merasakan pertemuan berkenaan mungkin subjudis ekoran saman yang difailkan oleh Ramli.

Pada 7 Mac lalu, Ramli memfailkan saman terhadap kerajaan dan beberapa pihak untuk menuntut tunggakan pencen dan gantirugi yang lain.

Hari ini adalah kali ketiga jawatankuasa tersebut mengadakan perbincangan mengenai sama ada akan meneruskan pertemuan tersebut atau sebaliknya.

Jumaat lalu, peguam M Manoharan yang mewakili Ramli berkata, beliau telah menulis kepada Dompok meminta supaya pertemuan itu diteruskan kerana alasan pembatalannya tidak boleh diterima.

Ketika dihubungi kemudiannya, seorang anggota jawatankuasa khas Parlimen itu, Lim Kit Siang menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan tersebut.

Lim yang juga Ketua Pembangkang, sebelum ini mendesak jawatankuasa berkenaan supaya mendengar keterangan daripada Ramli dan Zulkipli berhubung dakwaan tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59