Thursday, 15 March 2007

ISU ZULKIPLI : MAHATHIR CUBA BERDALIH, DUA KALI LIMA DENGAN IMAM AL HADHARI



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bertanggapan Datuk Seri Zulkipli Mat Noor adalah seorang yang bersih dan calon paling sesuai ketika melantiknya mengetuai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dr Mahathir memberi reaksi tersebut apabila ditanya mengapa beliau melantik Zulkipli menjadi Ketua Pengarah BPR pada 2001.

Dr Mahathir berkata beliau juga tidak mengenali Zulkipli secara peribadi, dan menambah bahawa "apa yang saya tahu beliau adalah ketua polis Sabah atau Sarawak."

JAWAPAN DR MAHATHIR LEBIH KURANG SAMA SAHAJA DENGAN JAWAPAN IMAM AL HADHARI. SEBAGAI PERDANA MENTERI BELIAU SEPATUTNYA MENYIASAT DAN MENYELIDIK DENGAN TELITI LATARBELAKANG SESEORANG YANG MAHU DILANTIK MENJAWAT JAWATAN YANG SANGAT PENTING INI. LEBIH-LEBIH JAWATAN KETUA PENGARAH BPR YANG SUDAH MEMERLUKAN SESEORANG YANG BENAR-BENAR BERSIH, BERINTEGRITI DAN SEPATUTNYA TIDAK PERNAH TERBABIT DENGAN APA-APA DAKWAAN DAN LAPORAN POLIS TIDAK KIRA SAMADA IANYA BENAR BERSALAH ATAU TIDAK.

DALAM KES INI, ZULKIPLI TELAH DIDAKWA TERLIBAT DENGAN KES PEREMPUAN DAN JUGA DIDAKWA MEMPUNYAI HARTA YANG BANYAK. MASAKAN PERDANA MENTERI TIDAK TAHU PERKARA ITU ATAU JIKA BENAR-BENAR BELIAU TIDAK TAHU PERDANA MENTERI SEMESTINYA MENYIASAT LATARBELAKANG DAN TINGKAH LAKU CALON-CALON KETUA PENGARAH BPR. BUKAN MAIN TANGKAP MUAT SAHAJA.

DR MAHATHIR JANGAN CUBA BERDALIH.


Zulkipli kini berdepan dengan dakwaan rasuah dan salahlaku seksual yang dibuat oleh bekas pegawai kanan BPR, Mohamad Ramli Abdul Manan.

Dr Mahathir juga telah melanjutkan kontrak perkhidmatan Zulkipli selama setahun pada 2004. Selepas itu, Perdana Menteri sekarang melanjutkan perkhidmatan Zulkipli sebanyak dua kali.

Dalam laporannya kepada beberapa pihak, termasuk Ketua Polis Negara sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Ramli mendakwa mempunyai bukti terhadap Zulkipli.

Ramli mendakwa telah ditukar dari Sabah balik ke ibupejabat BPR di Putrajaya dan ‘dibekukan’ sehinggalah dia bersara.

Dr Mahathir bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya petang ini selepas menyampaikan sijil kepada ahli kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL).

Dakwaan rasuah

Antara penerimanya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Ahmad Nawab.

Ditanya mengenai dakwaan rasuah terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharom, Dr Mahathir, dengan sinis berkata:

“Saya sangat yakin beliau seorang yang sangat bersih. Selepas siasatan dia tetap bersih,” katanya.

Johari didakwa menerima RM5.5 juta untuk membebaskan tiga lelaki yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Mengenai dakwaan bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohamad Ramli Abdul Manan bahawa beliau (Dr Mahathir) telah menghalang agensi itu daripada bekas menteri kabinet, Tan Sri Kasitah Gaddam, bekas Perdana Menteri itu berkata:

“Bagaimana dia (bekas Pengarah BPR, Mohamad Ramli Abdul Manan) tahu saya menghalang siasatan, saya tidak tahu”.

Dr Mahathir berkata, beliau tahu nama orang yang disiasat berdasarkan laporan yang dihantar kepada beliau oleh BPR.

“Semasa saya (berkhidmat), banyak aduan mengenai rasuah yang diterima dan banyaklah tindakan yang diambil,” katanya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59