Monday, 26 March 2007

IRAN TERUS DITEKAN TETAPI TIDAK AKAN MENGALAH


Dunia perlu tahu bahawa - dan ia memang mengetahui - apa pun sekatan politik dan ekonomi yang tegas ataupun sebarang ugutan tidak akan melemahkan Iran untuk berundur daripada keperluan yang sah dari segi undang-undang,” kata Menteri Luarnya, Manouchehr Mottaki di Majlis Keselamatan selepas pengundian selesai semalam.

“Penggantungan bukan satu pilihan ataupun penyelesaian,” tegasnya.

semalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan sekatan kedua - dalam tempoh empat bulan - ke atas Teheran.

Keputusan itu dicapai ketika ketegangan ekoran tindakan Iran menahan 15 askar Britain pada Jumaat lalu, di kawasan perairan dikatakan milik Teheran, masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sekatan itu dilihat sebagai tindakan terbaru kuasa-kuasa Barat yang mahu menyisihkan Iran daripada dunia luar.

Resolusi baru yang dipersetujui selepas beberapa rundingan belakang tabir juga bertujuan menyekat bantuan atau pinjaman kewangan Teheran serta menetapkan tarikh akhir selama 60 hari bagi Iran patuh kepada tuntutan Majlis Keselamatan atau berdepan dengan sekatan ekonomi, tetapi bukan tindakan ketenteraan.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hj Salamat Aman dalam kenyataannya pagi ini berasa kesal dengan pendirian negara-negara Islam yang hanya berdiam diri dan tidak menyatakan bantahan terhadap isu sekatan ini.

"Mana perginya OIC yang dipimpin oleh Imam Al Badawi Wal Hadhar, mereka seolah-olah menikus apabila berhadapan dengan negara barat, apa sahaja yang diusulkan oleh barat semuanya diterima mereka" jelas Hj Salamat.

"Mereka bagaikan kerbau yang dicucuk hidung dan ditarik untuk disembelih" tambah Hj Salamat lagi yang juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59