Monday, 19 March 2007

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI


SHAH ALAM: Harapkan pagar, pagar makan padi, itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada kes ini. Media melaporkan bahawa tiga penolong penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), di sini, terkejut apabila ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pejabat mereka untuk disiasat kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan kuasa, Rabu lalu.

Ketiga-tiga lelaki berusia 30-an terbabit ditahan sepasukan pegawai BPR Selangor ketika sedang menyiapkan tugasan masing-masing.

Sumber BPR berkata, penahanan berkenaan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat mereka dipercayai terbabit memeras wang peniaga sekitar Shah Alam.

“Bermula awal tahun ini, BPR mengambil pendekatan pergi kepada peniaga sendiri untuk bertanyakan sama ada anggota atau pegawai dari jabatan tertentu datang menemui mereka untuk memeras wang dan sebagainya.

“Hasil daripada beberapa maklumat terkumpul, peniaga mendedahkan tiga nama penolong penguat kuasa PBT berkenaan yang sering datang untuk mendapatkan habuan masing-masing,” katanya di sini, semalam.

BPR kemudian mendapatkan maklumat terperinci berkaitan ketiga-tiga penolong penguat kuasa terbabit sebelum terus pergi ke pejabat PBT berkenaan untuk menahan mereka.

Siasatan dijalankan dan ketiga-tiganya hanya dibebaskan keesokan harinya dan mereka bakal dipanggil semula untuk membantu siasatan jika diperlukan.

“Maklumat pengadu mendapati, mereka mula memeras peniaga yang melakukan kesalahan dan bagi mengelakkan tindakan diambil mangsa diugut akan dikenakan tindakan tertentu yang boleh menutup mata pencarian mereka.

“BPR akan mengambil keterangan peniaga bagi melengkapkan maklumat siasatan dan selepas itu, barulah ketiga-tiga lelaki terbabit akan dikenakan tindakan bersesuaian,” katanya.

Sumber turut mengatakan, pihaknya akan meneruskan operasi bertemu dan bertanyakan peniaga secara rawak berkaitan isu ‘kehadiran’ pihak berkuasa meminta habuan daripada mereka dari semasa ke semasa.

Inilah perangai pegawai-pegawai kerajaan Islam Hadhari. Ramai diantara mereka berperangai sedemikian. Nampaknya Imam Al Hadhari gagal membentuk dan mentarbiah pegawai-pegawai dan pemimpin-pemimpin politiknya supaya menjadi insan yang takutkan Allah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59