Thursday, 8 March 2007

FTA AKAN JAHANAMKAN RAKYAT


Nampaknya kerajaan Islam Hadhari tentang berdegil dan mahukan FTA di teruskan walaupun ianya mendapat bantahan dari sebahagian besar rakyat.

Kita merasa sangsi dengan kepimpinan Islam Hadhari kerana kita tahu bahawa sememangnya mereka ini adalah pemimpin yang berjiwa kecil dan sentiasa akan tunduk kepada apa juga kemahuan Amerika. Sebab itulah apabila Amerika mengusul FTA ditandatangani mereka bukan sahaja akan bersetuju malah siang-siang lagi telah bersedia untuk menurut apa sahaja kemahuan Amerika.


Perjanjian sudah pasti memberikan kesan yang amat buruk kepada negara dan rakyat kerana ianya menyebab lambakan barangan Amerika yang jauh lebih murah di pasaran Malaysia dan natijah barangan tempatan tidak akan di beli oleh rakyat kerana harga jauh lebih mahal.

Kebimbangan di nyatakan Pengarah Third World Network, Martin Khor yang bimbang Malaysia akan menerima pelbagai kesan buruk jika FTA bersama AS dilaksanakan.

Sambil menyifatkan FTA itu sebagai penjajahan bentuk baru, beliau berkata, antara kesan buruk yang bakal dihadapi negara ialah kenaikan harga ubat sehingga 10 kali ganda, Malaysia akan dibanjiri hasil tanaman AS yang amat murah dan usaha kerajaan membantu usahawan bumiputera akan terjejas.

Selain Martin Khor, sebahagian besar rakyat Malaysia juga menentang pelaksanaan FTA dengan AS kerana ia akan merugikan negara dan menyebabkan rakyat menderita.

Dalam Forum Khas yang disiarkan Utusan Meloya, rakyat berpendapat, FTA tidak lebih daripada cubaan AS untuk memanipulasi dan mengawal ekonomi negara atas nama perjanjian bebas.

Media hari ini melaporkan bahawa Imam Al Hadhari memberi jaminan melindungi kepentingan negara dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri yang dihubungi Bernama semalam berkata, perkara itu telah dibincang dengan mendalam di mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat minggu depan.

“Kerajaan cukup prihatin mengenai fikiran dan kebimbangan rakyat berkaitan perkara ini. Saya ingin memberi keyakinan bahawa kepentingan negara akan sentiasa dilindungi dan tidak sekali-kali dikorbankan.

PERSOALAN SEKARANG IALAH APAKAH KERAJAAN BERANI UNTUK MENGUBAH PERJANJIAN TERSEBUT SUPAYA IANYA MENGUNTUNGKAN MALAYSIA. SUDAH PASTI AMERIKA TIDAK AKAN MENERUSKAN FTA JIKA IANYA TIDAK MENGUNTUNGKAN MEREKA KERANA SEMUA ORANG FTA MERUPAKAN PENJAJAHAN EKONOMI OLEH AMERIKA KE ATAS NEGARA KECIL. PERKARA INI TELAH DI ALAMI OLEH BANYAK NEGARA KECIL YANG TELAH MENANDATANGANI PERJANJIAN INI.

DENGAN TERMETERAINYA PERJANJIAN INI NANTI SEKALI LAGI NEGARA DAN RAKYAT AKAN DIGADAI OLEH PEMIMPIN YANG LEMAH, PENAKUT DAN TIDAK CERDIK

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59