Saturday, 17 March 2007

DAP minat tanding di Machap



MELAKA: DAP hari ini membayangkan akan bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan (DUN) Machap.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata parti itu tidak akan memulaukan pilihan raya kecil.

"Kita tidak akan boikot (pilihan raya kecil), kita bertanding kawasan yang kita tandingi," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Lim dan isterinya Betty Chew Gek Cheng antara yang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam yang meninggal dunia semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang pengumuman mengenai hasrat DAP bertanding tidak akan dilakukan sehingga selesai majlis pengkebumian Poh pada Rabu ini.

Pada pilihan raya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

Mstar

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59