Monday, 12 March 2007

BUKAN MODUL PERLU DIKAJI TETAPI PROGRAM PERLU DIBERHENTIKAN SERTA MERTA


Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan bermesyuarat Khamis ini untuk mengenalpasti sama ada untuk meneruskan atau tidak modul latihan fizikal sekarang berikutan berlaku kemalangan dan kematian pelatih ketika menjalani latihan di kem.

Pengerusi MLKN, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mesyuarat itu akan mengkaji sama ada latihan fizikal yang diberikan terlalu berat untuk para pelatih PLKN.

Katanya, mesyuarat itu akan mencari jalan memperbaiki kelemahan pelaksanaan PLKN, dengan penekanan serius terhadap aspek latihan fizikal yang merangkumi hampir 45 peratus keseluruhan program khidmat negara.

"Jika program (latihan fizikal) yang ada sekarang tidak sesuai ia akan diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas menutup PLKN Kem 1 Siri 4/2007 di kem PLKN Kuala Kubu Baru.

Menurut laporan Bernama, Lee juga berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah perlu untuk memastikan tahap kesihatan pelatih berada dalam keadaan yang baik.

Sebagai contoh, katanya, setiap pelatih yang tidak sihat akan diletakkan di bawah pengawasan unit medik setiap kem.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MENGGESA PROGRAM DITAMATKAN SERTA MERTA. TIDAK ADA GUNANYA MODUL DIKAJI SEMULA KERANA PROGRAM INI JELAS MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT. PELATIH-PELATIH YANG TAMAT LATIHAN INI LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN NILAI YANG POSITIF DARI SEMUA SEGI. TAMBAHAN PULA PROGRAM JELAS MEMBAHAYAKAN PELATIH DAN KEM-KEM LATIHANNYA JUGA TIDAK SELAMAT DAN KOTOR.

UNTUK REKOD SUDAH BELASAN PELATIH YANG MENINGGAL SETAKAT INI.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

I like use viagra, but this no good in my life, so viagra no good.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59