Thursday, 29 March 2007

BERAPA JUTA LAGI DUIT RAKYAT AKAN HANGUS DI MACHAP?


Pilihanraya Kecil DUN Machap yang bakal berlangsung bulan depan akan terus menjadi medan menaburkan wang kepada pengundi dan petugas-petugas parti BN. Ini adalah perkara biasa pada setiap kali pilihanraya kecil.

Ramai yang akan mendapat durian runtuh kerana sudah menjadi adat resam BN, di mana duit akan dijadikan umpan untuk 'memancing' pengundi. Sekali lagi duit rakyat disalahgunakan semata-mata atas kepentingan parti pemerintah.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein berkata, selepas pilihan raya kecil ini, pihaknya akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan BN memperoleh majoriti besar pada pilihan raya umum nanti.

‘‘Kita akan jadikan Machap sebagai permulaan gerakan arus lebih besar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri apabila beliau sudah bersedia,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda BN di A’ Famosa Resort, di sini semalam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59