Tuesday, 13 February 2007

ZAMAN ISLAM HADHARI REMAJA 14 TAHUN BERANI ROGOL KAWAN


Zaman Islam Hadhari sekarang ini macam-macam perkara berlaku yang kadang-kadang tidak terfikir oleh otak kita.

Semalam media melaporkan bahawa tiga pelajar Tingkatan Dua ditangkap berhubung siasatan kes cabul dan rogol beramai-ramai rakan sekolah mereka yang berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Osman Muhammad Sebot berkata, kejadian 4 petang itu bermula sewaktu mangsa sedang menunggu sebuah bas untuk menghadiri hari sukan di sekolahnya.

Penderitaan gadis sunti itu bermula apabila dia merima tawaran ketiga-tiga remaja lelaki itu untuk menunggang motosikal mereka.

Dalam perjalanan ke sekolah, mereka membuat lencongan sejauh 6km dari sekolah dan membawanya ke sebuah sungai, tambahnya.

Supt Osman berkata gadis itu dipujuk mandi bersama mereka sebelum diraba dan dipaksanya melakukan seks dan kemudian dihantar ke sekolah.

"Dia hanya memberitahu keluarganya tentang kejadian ini pada 8 Feb, beberapa hari selepas kejadian apabila remaja lelaki itu mengugutnya agar jangan memberitahu sesiapa," katanya, sambil menambah polis sedang menunggu laporan polis sebelum bertindak lanjut.

Osman berkata kes itu kini sedang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol dan ketiga-tiga remaja itu ditahan reman sehingga 20 Feb.

ZAMAN ISLAM HADHARI INI BEGITU BANYAK BALA YANG DITIMPAKAN OLEH ALLAH KERANA KEBONGKAKAN DAN KEBIADAPAN PEMIMPIN ISLAM HADHARI YANG MASIH BERDEGIL TIDAK MAHU MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM SEPENUHNYA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59