Friday, 2 February 2007

Umno BERGADUH SESAMA SENDIRI PEMBANGKANG PULA YANG DITUDUH


Perbalahan antara ADUN Lenggeng dan MB Negeri Sembilan sudah berlarutan lama. Namun apa yang mendukacitakan ADUN Lenggen tersebut menuduh pembangkang pula yang cuba melaga-lagakan mereka.

Nampaknya ADUN Lenggen ini memang tidak 'gentlemen', tidak beranai 'menentang' Mohamad Hassan secara terbuka dan anak jantan. Mungkin untuk menyelamatkan diri, beliau mengaitkan isu ini dengan pembangkang pula.

Media melaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mendakwa perbuatan menconteng dinding beberapa bangunan di sekitar bandar Seremban yang memburuk-burukkan abang Menteri Besar Negeri Sembilan, dilakukan oleh pihak pembangkang.

Ketua Umno bahagian Seremban itu berkata, penyokong pembangkang tersebut telah membuat pengakuan kepada orangnya yang menyiasat perkara itu, , sebaik sahaja tersebar berita mengenainya.

Awal bulan ini ada pihak tertentu menconteng dinding beberapa bangunan di sekitar Seremban, menuduh Datuk Azman Hasan, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, mengganggu urusan kerajaan negeri.

Ianya berlaku selepas Ishak mendakwa sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan pada akhir tahun lalu bahawa Azman mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri dan mengarahkan pegawai jabatan kerajaan membahagikan kontrak kepada orang pilihannya.

Menurut Ishak lagi, penyokong pembangkang itu mengaku melakukannya “untuk melaga-lagakan saya dengan Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan, bagi memporak-perandakan Umno Negeri Sembilan.

Dakwa diupah

“Saya juga dikatakan membayar RM50 sebagai upah kepadanya supaya melakukan kerja-kerja menyembur cat tersebut.

“Penyokong pembangkang itu memberitahu, apabila Umno berkrisis sesama sendiri, parti-parti pembangkang mempunyai peluang lebih besar untuk menang dalam pilihanraya umum nanti,” katanya kepada dihubungi malaysiakini ketika ditanya perkembangan terbaru kes tersebut.

Sehubungan itu, Ishak berkata, beliau tidak mahu bergaduh dengan sesiapa tetapi hanya memperjuangkan hak rakyat.

Sebelum ini, Menteri Besar telah mencabar mereka yang mempunyai bukti bahawa abangnya mencampuri urusan kerajaan negeri, supaya membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ishak bagaimanapun, enggan membuat laporan BPR kerana mendakwa laporan yang penah dibuatnya kepada agensi itu sebelum inipun tidak diketahui kesudahannya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59