Friday, 2 February 2007

UCAPAN YANG LANGSUNG TIDAK MELETAKKAN ISLAM ITU PENTING



Cuba kita amati ucapan Imam Al Badawi Wal Hadhari yang disiarkan oleh media hari ini (disiarkan di bawah), jelas kepada kita bahawa sememangnya Islam Hadhari hanya slogan yang digunakan oleh Umno/BN untuk mengabui mata rakyat muslim. Ianya tidak lebih dari slogan-slogan lain seperti kepimpinan melalui teladan, bersih cekap amanah, tradisi membela rakyat dan sebagainya.

Malah kita merasakan slogan bagi Islam Hadhari mungkinCemerlang, Gemilang dan Terbilang yang langsung tidak menampakan roh Islam itu sendiri.

Dalam ucapan Imam Al Badawi Wal Hadhari semalam, jelas langsung beliau tidak menyebut Islam sebagai aset penting bagi membangunkan Kuala Lumpur samada dari segi fizikal dan spiritual. Apa yang ditekankan beliau hanyalah pembangunan fizikal, bagaimana nak tarik pelancong, menjaga kebersihan, sentiasa mesra dan lain-lain.

Imam Islam Hadhari ini langsung tidak menekankan tentang pentingnya manusia dibangunkan dari segi ilmu Islam dan dunia, akhlaq, keimanan dan sebagainya. Ini kerana dengan membangunan manusia dengan aspek tersebut sahajalah manusia akan terhindar dari rasuah, penyelewengan, penting diri dan pelbagai sifat negatif lain.

Namun kita melihat Islam Hadhari langsung tidak merasakan ianya penting dalam usaha membangunkan Kuala Lumpur dan lain-lain tempat.

Maka tidak hairan dari sehari ke sehari jenayah makin berleluasa, rasuah, penyelewengan, penting diri dan sebagainya, semakin meningkat dan membimbangkan.

Memang sahlah Islam Hadhari merupakan ajaran Sekular baru yang dijenamakan semula untuk menyesuaikannya dengan pemikiran dan kecenderungan rakyat Malaysia.

Sememangnya semua umat Islam harus sedar bahawa hanya dengan Islam sahajalah sesuatu tempat, negeri atau negara dapat dibangunkan dari segi material dan spiritual.

--------------------------------------------------------------------------------

Ucapan Imam Al Badawi Wal Hadhari adalah seperti dibawah :


Wilayah Persekutuan berupaya berkembang lebih cemerlang jika warganya sentiasa cergas, dinamik dan cekap dalam mentadbir serta memelihara setiap apa yang ada di dalamnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tanpa kualiti tersebut, ketiga-tiga wilayah tersebut iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan tetap dianggap sebagai bandar lembap walaupun ia dipenuhi bangunan tinggi dan infrastruktur baik.

‘‘Kuala Lumpur dikenali sebagai bandar raya yang memiliki kehebatan infrastruktur, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara bermutu manakala Labuan semakin berkembang dengan pesat.

‘‘Namun pembangunan fizikal bagi ketiga-tiga wilayah ini hanya akan benar-benar dikenali oleh pelancong dan sesiapa yang mengunjungi apabila warganya memberikan ‘roh’ bagi menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti bersifat mesra, ceria dan budi bahasa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2007 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Abdullah turut mengingatkan warga Wilayah Persekutuan supaya mementingkan penjagaan kebersihan dan keselamatan kerana ia mampu menarik kehadiran ramai pelancong asing selain menyediakan kehidupan lebih selesa.

Beliau berkata, kepesatan pembangunan di Wilayah Persekutuan yang dipenuhi bangunan pencakar langit serta kemudahan moden tidak akan membawa makna jika persekitarannya kotor dan tidak selamat.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa semua pihak termasuk pemilik bangunan supaya menghiasi premis mereka khususnya bangunan-bangunan lama supaya sentiasa dipandang indah dan menarik.

Menurut Abdullah, kawasan-kawasan kampung di pinggir bandar juga perlu diberikan perhatian supaya penghuni dan pelancong yang melawatnya dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Beliau sebelum itu menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan bertemakan Maju dan Sejahtera.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59