Friday, 16 February 2007

TAMAN TEMA SUDAH LAPAN TAHUN BEROPERASI BARU SEDAR PEGAWAI BUAT SALAH


SHAH ALAM: Sembilan belas pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diberikan surat tunjuk sebab berhubung isu Taman Tema Air Safari Lagoon yang beroperasi tanpa lesen sejak lapan tahun lalu. (TAKKAN DAH LAPAN TAHUN BEROPERASI BARU SEDAR IANYA TIADA LESEN. INILAH STANDARD KERAJAAN ISLAM HADHARI SELANGOR. DAH LAPAN TAHUN BARU HENDAK BERTINDAK ITUPUN SEBAB ADA ADUAN KALAU TIDAK SAMPAI KIAMATLAH TIDAK DIAMBIL TINDAKAN)

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata Lembaga Tatatertib MPAJ yang meneliti laporan siasatan Jawatankuasa Penyiasat yang dilantik berhubung isu taman tema itu, memutuskan wujudnya kes prima facie bahawa ada unsur kecuaian dalam aspek tanggungjawab terhadap 19 pegawai dan kakitangan terbabit.

“Siasatan berhubung taman tema air yang terletak di Pandan Perdana, Cheras dekat Ampang itu selesai minggu lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Norhayati berkata, pegawai dan kakitangan terbabit diberi tempoh 21 hari berkuat kuasa semalam untuk mengemukakan representasi masing-masing.

“Selepas menerima representasi daripada semua 19 pegawai dan kakitangan, Lembaga Tatatertib MPAJ akan bersidang semula untuk memutuskan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mereka adalah mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1995, katanya.

Rahsia taman tema air yang beroperasi tanpa lesen selama lapan tahun itu terbongkar bulan lalu apabila seorang pekerjanya mati lemas akibat terperangkap dalam penyedut air tekanan tinggi ketika cuba mengambil barang pengunjung.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59