Monday, 12 February 2007

TAHNIAH LAJNAH PERPADUAN NASIONAL



MELAKA 12 FEB : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) mengucap tahniah kepada Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) atas kejayaan mereka mengedarkan lebih 50,000 cetakan akhbar berbahasa Mandarin PAS, Ren Min Shi Shi (Berita Semasa Rakyat) ke seluruh negara sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba bagi memberikan maklumat dan penerangan tentang PAS serta isu-isu semasa yang berkaitan.

Program pengedaran akhbar berkenaan yang dinamakan Ops Sutera telah dilakukan pada pagi tadi di Taman Berkeley, Klang dengan diketuai oleh Ketua Pengarangnya, Dr Halimah Ali.

Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional DPPNM, Zein Azeez dalam kenyataan kepada Blog ini menyifatkan bahawa kesungguhan dan kejayaan LPN Pusat meneruskan program penerbitan dan pengedaran akhbar Ren Min Shi Shi ini merupakan suatu kejayaan besar PAS dalam usaha untuk mendekati masyarakat Cina di negara ini.

"Kita mengharapkan akhbar ini dapat diedarkan ke Melaka untuk kita sama-sama edarkan kepada masyarakat Cina di Melaka" ujar Zein bersungguh-sungguh.

Sementara itu Harakahdaily melaporkan bahawa risalah Ren Min Shi Shi yang akan diedarkan di seluruh negara dimulai dengan edaran di Selangor sebanyak 15,000 naskhah. Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pengarangnya Dr Halimah Ali.

Dalam laporan tersebut Harakahdaily menyiarkan bahawa program pengedaran majalah itu semalam turut sama dijayakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Selangor dan antara yang hadir adalah Naib Yang Dipertua PAS Shah Alam, Haji Rahman Mohamad beserta 30 sukarelawan di samping seorang petugas cilik So Wei Chi,12, yang menarik perhatian ramai.

Dr Halimah yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata, cetakan ini merupakan siri keempat dan ia ditambah jumlahnya sebanyak 10 kali ganda daripada jumlah cetakan sebelum ini berikutan sambutannya yang amat memberangsangkan.

"Menerusi Ren Min Shi Shi masyarakat Tiong Hua akan mendapat maklumat dan penerangan tentang PAS serta isu-isu semasa yang berkaitan dan ia diedarkan secara percuma di beberapa daerah di Selangor juga seluruh negeri lain sebagai suatu cara mendekati kaum ini.

"Istimewanya siri keempat ini selain pertambahan jumlahnya,ia mengandungi perutusan daripada pimpinan PAS sempena perayaan Tahun Baru China. Selain itu, Ren Min Shi Shi siri keempat ini turut memuatkan berita-berita semasa yang mengetengahkan penglibatan PAS dalam membantu masyarakat semasa kejadian banjir di JOhor baru-baru ini. Kami amat mengharapkan masyarakat Tiong Hua akan mendapat maklumat yang tepat tentang PAS dan tidak hanya bergantung kepada akhbar arus perdana semata-mata,"ulasnya secara panjang lebar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59