Friday, 16 February 2007

SATU LAGI ISYARAT PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR


Ramalan bahawa Pilihanraya Umum ke 12 akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan semakin bertiup kencang dengan mengambil kira isu-isu besar yang berlaku. Ini ditambah pula dengan tindak-tanduk sayap-sayap dalam Umno sendiri yang sekarang semakin giat menjalankan aktiviti-aktivit parti di peringkat akar umbi yang semuanya berorientasikan pilihanraya.

Semalam, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, Pergerakan Wanita UMNO kini sedang merangka semua aktivitinya supaya berorientasikan persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Ini termasuk mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita Barisan Nasional (BN) pada 7 Mac ini untuk memperkemaskan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi.

Katanya, Wanita UMNO negeri-negeri pula diarah melancarkan jentera pilihan raya manakala satu Perhimpunan Pemimpin Wanita Negeri akan diadakan pada 17 Mac ini di Selangor bagi lima pemimpin di setiap bahagian.

‘‘Mereka ini akan pastikan apa yang perlu dibuat di peringkat bahagian dan meneliti senarai petugas untuk melicinkan kerja-kerja persiapan.

‘‘Ini tidak bererti pilihan raya sudah hampir tetapi kerja Wanita UMNO perlu bermula sekurang-kurangnya setahun sebelum itu. Kita hanya ada masa lebih sikit,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Rafidah berkata, kempen kali ini akan menggunakan mekanisme yang telah diguna pakai dengan jayanya pada pilihan raya umum lalu.

Meluas

‘‘Kita menyemak senarai sebanyak tiga kali untuk 10 juta pengundi. Ia merupakan kerja yang tidak mudah dan begitu meluas.

‘‘Tidak mungkin ia mengambil kurang dari setahun,’’ katanya.

Dalam hal ini, katanya, gerak kerja Ketua 10 di setiap negeri, iaitu lawatan dari rumah ke rumah bagi tujuan pemeriksaan pengundi, akan diadakan setiap bulan.

Beliau turut berharap agar pilihan raya akan diadakan lebih lambat supaya lebih banyak persediaan boleh dilakukan oleh pihaknya.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, keadaan ekonomi negara yang sangat baik menunjukkan bahawa negara berada dalam keadaan kukuh dan mencerminkan kepimpinan Perdana Menterinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya telah minta supaya Wanita UMNO pastikan keadaan ini dapat diteruskan dengan tidak menimbulkan masalah.

‘‘Jika kerja berjalan dengan baik di akar umbi, rangkaiannya erat, kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baik, tidak akan timbul sebarang pergeseran,’’ katanya.

Rafidah memberitahu, pergerakannya akan turut terus memantau isu-isu semasa seperti masalah sosial dan Ah Long serta membantu kerajaan dengan memberi cadangan mengenainya selepas sesi lampas otak exconya.

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-50 tahun ini, pula, Wanita UMNO akan mengadakan pameran perjalanan politik pergerakan manakala acara Tilawah tahunannya akan diadakan pada 30 Jun ini di Kuantan, Pahang.

Bercakap mengenai Biro Aduan pergerakan pula, beliau berkata, sebanyak 400 aduan telah dikumpul dan kakitangan khususnya akan memperhalusi dan menangani kesemuanya.

PAS MACAMANA DAH BERSIAP SIAGA KE?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59