Tuesday, 13 February 2007

RUMAH URUT HALAL DI SISI ISLAM HADHARI


Islam Hadhari sejak mula dislogankan jelas SESAT DAN MENYESATKAN. Manakan tidak judi, riba,arak, konsert, dedah aurat, rumah urut dan macam-macam yang diharamkan oleh Allah diHALALkan oleh Islam Hadhari. Sebab itulah kedai judi seperti 4 nombor ekor, Pusat Judi Genting Highland, kilang arak Carlsberg, konsert sure heboh dan sebagainya diberikan lesen dan kebenaran untuk terus beroperasi. Malah tempat-tempat dan aktiviti sebegini tumbuh bagai cendawan lepas hujan.


Semalam kita sekali berasa geli hati apabila kononnya kerajaan negeri Selangor terus memantau dan membuat serbuan di rumah-rumah urut dalam negeri tersebut. Tetapi pada masa yang sama lesen diberikan kepada rumah urut tersebut bermakna ada rumah urut HALAL dan ada yang HARAM.

Setahu kita rumah urut ini kegiatannya adalah urutan yang dilakukan tidak mengira jantina samada wanita urut lelaki, lelaki urut wanita ataupun urutan sesama jantina.
Persoalannya adakah Islam Hadhari mengHALALkan urutan berlainan jantina ini.

AYAT AL-QUR'AN dan HADIS mana yang As-Syeikh Abdullah Badawi dan Khir Toyo pakai yang membolehkan urutan sebegini dilakukan.????

Media melaporkan bahawa tujuh gadis bawah umur yang bekerja di rumah urut di Klang dan ditahan sewaktu serbuan baru-baru ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata remaja-remaja itu yang diupah sebagai tukang urut di premis itu semuanya beragama Islam.

Katanya, mereka berbohong kepada ibu bapa masing-masing dengan menyatakan mereka bekerja di pusat kesihatan dan restoran makanan segera.

"Kami bercakap dengan ibu bapa selepas anak remaja ditangkap dan kami dimaklumkan mereka tidak tahu menahu anak masing-masing sanggup bekerja sebagai tukang urut di rumah-rumah urut," kata Abdul Rahman.

Beliau seorang anggota Exco Selangor yang ditugaskan mengetuai serbuan dalam satu kempen besar-besaran di seluruh negeri awal bermula bulan ini.

Abdul Rahman berkata kenyataan remaja-remaja berkenaan telahd direkodkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan akan dipanggil untuk sesi kaunseling.

"Mereka yang 'ditangkap' lebih daripada sekali akan dihantar ke pusat pemulihan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan khemah belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini hari ini.

Abdul Rahman, yang memaklumkan dua gadis remaja telah dihantar ke pusat pemulihan, berkata mereka yang bekerja berasal dari kampung di sekitar Klang.

Mereka mungkin memilih pekerjaan itu akibat dipengaruhi rakan atau keinginan untuk mendapatkan wang, katanya.

"Mereka sepatutnya bekerja di restoran-restoran makanan segera yang lebih sesuai dengan pelajar," tambahnya.

Beliau juga berkata 95 peratus daripada 52 rumah urut berlesen di bandar itu telah melanggar syarat-syarat dalam lesen mereka.

Lesen rumah urut yang berbuat demikian akan ditarik balik, katanya, tetapi pihak pengurusan boleh membuat rayuan. LESEN KAMU BERI SUDAH TENTULAH RUMAH URUT INI TERUS BEROPERASI.

Kerajaan akan memperbaharui lesen jika mereka mematuhi spesifikasi yang dinyatakan, tambahnya, termasuk membuka petak-petak.(LANGSUNG TIDAK ADA RASA BERSALAH DALAM MEMBERIKAN LESEN KEPADA KEGIATAN MAKSIAT SEPERTI INI. INILAH ISLAM HADHARI)

Bagaimanapun kerajaan negeri tidak berniat menambah jumlah lesen rumah urut di sini, kata Abdul Rahman lagi.(MEMANG TIDAK BERNIAT TETAPI RUMAH URUT YANG ADA JUMLAHNYA BERAPA, BELUM CAMPUR DENGAN RUMAH URUT YANG SEMBUNYI-SEMBUNYI ATAU SENGAJA DISEMBUNYIKAN)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59