Monday, 5 February 2007

POLIS BERTAMBAH GANAS






Polis bertambah ganas. Itulah ungkapan yang boleh kita simpulkan apabila melihat bilangan yang tangkap dalam demo bantahan kenaikan tol semakin ramai berbanding dengan demo kali kedua dan ketiga.

Malaysiakini melaporkan semalam bahawa lima belas orang ditahan di depan kompleks membeli-belah IOI di Puchong ketika menyertai demonstrasi membantah kenaikan kadar tol di Lembah Klang.

Demonstrasi anjuran Protes – gabungan parti pembangkang, badan bukan kerajaan, kesatuan sekerja dan kumpulan pelajar – bermula jam 4 petang tadi dan menarik kira-kira 1,000 orang.

Antara mereka yang ditahan ialah pemimpin parti pembangkang termasuk Dr Hatta Ramli dan Salahuddin Ayub dari PAS; Tian Chua dan R Sivarasa dari PKR dan Ronnie Liu dari DAP. Turun ditahan oleh aktivis Badruddin Hisham Shaharin (bawah) dan Ezam Mohd Noor.

Sebahagian besar jalan-jalan utama ke Puchong dikenakan bayaran tol. IOI terletak satu kilometer dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di mana kadar kenaikan tolnya adalah yang paling tinggi– dari RM1 kepada RM1.60.

Kira-kira 250 orang yang berkumpul di depan IOI mula berarak menuju ke lebuhraya di mana jumlahnya semakin bertambah mencecah kira-kira 1,000 orang.

Mereka berhimpun selama 10 minit di tepi lebuhraya tersebut sebelum Ketua Polis Subang, Fuad Talib mengarahkan mereka supaya bersurai.

Ini diikuti dengan beberapa orang ditahan kira-kira jam 4.45 petang dan orang ramai berjerit dengan nada mengejek.

Walaupun mereka berdiri di tepi lebuhraya tetapi pihak polis bertindak menutup lorong tertentu, mengakibatkan lalulintas terganggu.

Balai polis Puchong

Kemudian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP, Teng Chang Khim, mengumumkan bahawa beliau telah berunding dengan Fuad yang bersetuju untuk membebaskan mereka yang ditahan dengan syarat orangramai bersurai.

Bagaimanpun, beberapa orang yang ditahan itu telah dibawa dengan trak polis.

Ekoran itu, Tian Chua menggesa orangramai supaya berkumpul di balai polis Puchong, tempat tahanan itu dibawa.

Kira-kira 300 orang berkumpul di depan 101 dan sekali lagi melaungkan slogan mengutuk kenaikan kadar tol itu.

Sejurus kemudian, polis sekali lagi membuat tangkapan, menyebabkan orang ramai berarak menuju ke balai polis yang terletak dekat situ.

Kira-kira 70 anggota polis mencegah rusuhan tiba kira-kira jam 6 petang bersama trak meriam air dan mengawal di sekeliling balai polis itu.

Pada jam 8.30 malam, kesemua 15 orang yang ditahan itu, dibebaskan atas ikatjamin polis. Mereka diarah melaporkan diri di balai itu pada 21 Februari depan.

Antara mereka yang ditahan ialah Syfiq Sunni, 20, wartawan Suara Keadilan, akhbar rasmi PKR.

Syfiq berkata, dia ditahan selepas enggan menyerahkan kameranya. Bagaimanapun, sebelum ditahan, dia sempat menyerahkan kameranya kepada rakannya.

Guna kekerasan

Ini adalah kali kedua wartawan ditahan sewaktu demonstrasi membantah kenaikan tol di Lebuhraya Cheras-Kajang Batu 11. Dua minggu lalu, wartawan malaysiakini ditahan selama dua jam kerana mahu mendapatkan foto dalam kameranya.

Bagaimanapun, dia dibebaskan tanpa menyerahkan sebarang foto dalam kameranya kepada pihak polis.

Dalam bantahan di Cheras itu, , polis menahan 21 orang ketika menyuraikan satu perhimpunan tersebut.

Beberapa orang saksi mendakwa pihak polis telah menggunakan kekerasan yang berlebihan ketika membuat tangkapan tersebut.

Beberapa yang menyertai bantahan tersebut mendakwa mereka menjadi mangsa kekerasan polis manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memutuskan sama ada akan menyiasat perkara tersebut.

Dalam dua perhimpunan bantahan yang diadakan sebelum ini – di Bandar Sunway Subang pada 7 Januari dan plaza tol KL-Karak di Gombak pada 14 Januari lalu – berlangsung sebarang insiden.

Mulai 1 Januari lalu, kadar tol di lima lebuhraya di Lembah Klang telah dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus. Di samping itu, terdapat gesaan orang awam supaya kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian konsesi tol.

Selain LDP, empat lagi lebuhraya yang turut dinaikkan kadar tol ialah Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Kuala Lumpur Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59