Thursday, 8 February 2007

'PERANG MAHATHIR-ABDULLAH' KEDUA BERMULA



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah ‘mencetuskan semula perang’ dengan penggantinya Datuk Sei Abdullah Ahmad Badawi, setelah mendiam diri selepas serangan jantung ringan November lalu.

Kita boleh sifatkan ini sebagai Perang Mahathir-Abdullah ke-2, kerana Perang pertama telah tamat hampir 2/3 bulan yang lalu kerana masalah kesihatan Mahathir.

Dalam temubual dengan para editor malaysiakini di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana Jumaat lalu, beliau tidak setuju dengan cara Abdullah menguruskan negara, terutama mengenai dasar ekonominya.

Pada mulanya beliau mahu temubual dengan malaysiakini itu – untuk kali kedua – hanya ditumpukan kepada soal jenayah perang dan persidangan tiga hari mengenainya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas setengah jam ditemubual, Dr Mahathir yang kelihatan sihat dan pulih sepenuhnya daripada serangan jantung ringan itu – turut menjawab soalan-soalan mengenai halehwal semasa yang dikemukakan kepadanya.

Ia bermula apabila beliau diminta mengulas desakan Senator Tom Lantos supaya Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat digantung ekoran urusniaga sebuah syarikat Malaysia dengan syarikat minyak kebangsaan Iran.

Dr Mahathir yang memang terkenal sebagai seorang pengkritik kuat Amerika, berkata Malaysia akan hanya mendedahkan negara ini kepada tekanan sekiranya ia menandatangani FTA dengan Amerika.

“Saya rasa tidak ada keperluan untuk FTA... Malah, tidak perlu pun FTA dengan Jepun, kerana kita dalam keadaan yang baik. Tanpa FTA, Malaysia berkembang pada kadar 7, 8 peratus (setahun). Perdagangan kita telah mencecah AS$100 bilion, tanpa FTA.

“Amerika perlukan kita sebagaimana kita perlukan Amerika. Jika dia kenakan sekatan terhadap kita, syarikat-syarikat Amerika (juga) akan terjejas, bukan setakat yang lain sahaja,” katanya.

Malaysia telah menandatangani kerjasama FTA dengan Jepun pada 2005 dan kini memasuki pusingan kelima rundingannya dengan Amerika.

Keadaan Proton

Mahathir memberi contoh perlindungan yang diberikan kepada pembuat kereta nasional, Proton yang mana beliau menjadi penasihatnya.

“Amerika melindungi sektor pertaniannya, mengapa kita tidak mahu melindungi Proton sebagai contohnya? Kita mesti belajar untuk hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain,” katanya. Bagaimanapun, beliau mengakui bahasa Proton kini “dalam keadaan yang tidak baik”.

Apakah penyelesaian beliau untuk memulihkan semula syarikat kereta nasional itu? Ganti sahaja Pengerusinya, Datuk Mohamed Azlan Hashim, yang tidak boleh bertemu mata dengan Dr Mahathir.

“Saya tidak bertemu dengan beliau kerana tiada ada gunanya berbuat demikian. Dia datang ke sini bukan untuk mendengar nasihat saya, (tetapi) dia datang ke sini untuk menasihatkan saya tentang apa yang dia telah buat, ini (perananan penasihat) sudah terbalik,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pertumbuhan Langkawi juga telah diabaikan sejak beliau bersara pada 2003, menyebabkan beliau terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk memajukan pulau tersebut.

Begitu juga tidak gembira dengan penyelenggaraan projek yang diilhamkannya, Putrajaya. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menyatakan kos pembinaan pusat pentadbiran keajaan yang baru itu – yang sehingga kini diselubungi rahsia – selain daripada menyifatkannya sebagai “amat kompetitif”.

Mengenai bantahan awam terhadap kenaikan kadar tol baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan tambatan ringgit – daripada 3.8 kepada 3.5 (kadar pertukaran ringgit ke dolar Amerika) – kerana ia akan membantu mengukuhkah nilai ringgit dan memaksa peniaga menurunkan harga barangan import.

“Jika anda semak harga barangan import dan mengukuhkan nilai ringgit sebanyak 10 peratus, anda akan dapat memberitahu mereka, “lihat, nilai ringgit kita semakin kukuh, saya tahu kamu membayar rendah untuk import, jadi turunkan harganya’.

“Dengan itu, rakyat akan ada wang hanya dengan melakukan satu perkara yang amat mudah; tetapi mereka mahu mengikut amalan antarabangsa, mereka mahu matawang diapungkan,” katanya.

Menurutnya, walaupun nilai ringgit sekarang kukuh pada kadar RM3.5, tetapi harga barangan tidak turun.

Ananda ‘kacau’ saya

Dr Mahathir, 81, yang memakai busjaket dengan butang bertulis “Mencari Keamanan”, kelihatan relaks sepanjang temubual tersebut dan seperti biasa menjawab soalan dengan diselingselikan dengan seloroh dan sindiran.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan kepadanya mengenai rasuah yang membabitkan dua pemimpin kerajaan sewaktu dia (Dr Mahathir) menjadi Perdana Menteri.

“Karut, dia tidak memberi apa-apa bukti. Anwar cakap bohong...dia tidak pernah cakap benar, dia cakap bohong,” katanya.

Mengenai laporan tentang pembelian sebuah eksekutif jet bernilai berjuta-juta ringgit, Dr Mahathir mengulangi bahawa ia “amat penting” untuk membeli jet tersebut.

“Sesetengah orang mungkin telah terdengar Agong berkata ‘belilah saya kapalterbang yang lain, saya perlukan kapal terbang yang lain,’ Itulah sebab mereka membelinya,” katanya.

Abdullah yang sebelum ini dikatakan membeli pesawat tersebut, telah menjelaskan bahawa kerajaan membeli jet eksekutif itu melalui salah sebuah syarikat miliknya untuk kegunaan rasmi, termasuk oleh Yang di-Pertuan Agung.

Mengenai laporan kononnya Abdullah telah membeli sebuah kapal layar di Turki – dan ini telah dinafikan oleh Abdullah – Dr Mahathir berkata, beliau diberitahu bahawa jutawan Datuk Ananda Krishan yang mahu kapal itu dibina.

“Dia (Ananda) sering mengacau saya, bertanya saya mengenai rekabentuknya, (tapi) saya tidak memperdulikannya, saya tidak memberi apa-apa pandangan mengenainya,” katanya sambil menambah, beliau telah meminta jutawan itu membawa kapal layarnya ke Pelabuhan Telaga di Langkawi tetapi Ananda keberatan berbuat demikian.

Ditanya mengenai kemajuan kedai rotinya di Langkawi, Dr Mahathir tersenyum sambil menjawab: “Okay-lah”.

Temubual itu mungkin berterusan lagi sekiranya tidak kerana bekas Perdana Menteri itu hendak pergi menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang dibinanya di Putrajaya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59