Tuesday, 13 February 2007

PENJAWAT AWAM MULA TAK PUAS HATI DENGAN AMALAN PILIH KASIH



Syabas diucapkan kepada kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berani berpiket menentang pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang disifatkan tidak mengikut prosedur.

Sejak Imam Al Hadhari ini menjadi Perdana Menteri sudah banyak isu perlantikan seperti ini dibuat dimana orang luar yang di bawa masuk menjawat jawatan penting. Ini berlaku contohnya dalam isu perlantikan Naib Canselor UM dan UKM.

Semalam kira-kira 50 pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpiket di depan Bangunan DBP, Jalan Dewan Bahasa, dekat sini, tengah hari tadi bagi membantah isu pelantikan jawatan Timbalan Ketua Pengarah (TKP) yang baru.

Piket berkenaan yang dipercayai pertama kali diadakan oleh kesatuan khasnya bagi membantah isu pengurusan dalaman DBP turut disertai slogan-slogan yang antaranya bertulis, ‘Berikan Jawatan Kepada yang Berhak’, ‘DPB: Satu Kapal Dua Nakhoda’, Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri……’, ‘Pengurusan perlu Menghormati Peraturan’, ‘Kami Mahu Hak Kami Dikembalikan!’.

Beberapa anggota polis kelihatan mengawal piket yang diadakan secara aman dan piket itu difahamkan akan diteruskan selama empat hari berturut-turut.

Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59