Monday, 26 February 2007

Pemuda PAS kesal lelaki dikebumi tanpa pengetahuan keluarga


Johor Baharu : Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) memandang serius berita yang bertajuk "Wanita kecewa polis tak beritahu anak mati" yang disiarkan di dalam Berita Minggu semalam.

Mohd Aziz Reman, 37, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah pada 1 Januari lalu, selepas ditahan polis dan dikebumikan tanpa pengetahuan keluarganya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil berkata, perbuatan merahsiakan kematian dan memberi penyataan bahawa anaknya telah dibebaskan pada 22 November 2006 adalah merupakan satu kesalahan yang melampau.

“DPPNJ sangat kecewa dengan peristiwa ini dan menuntut penjelasan daripada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DPPNJ juga katanya, menyarankan kepada keluarga Allahyarham Mohd Aziz supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap kegagalan polis memaklumkan lebih awal kejadian ini.

“DPPNJ bersedia untuk menyediakan khidmat guaman,” katanya lagi.

Cari di JB

Menurut laporan Berita Minggu itu, ibu lelaki tersebut, Patimah Daing Matrok, 58 dari di Kampung Sungai Dulang, Rengit, berkata kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di Jabatan Agama Johor (JAJ) ialah pada 6 November tahun lalu dan selepas itu beliau tidak mengetahui ke mana anaknya pergi.

Bagaimanapun, Patimah dilaporkan berkata, ketika berusaha mencarinya di Johor Bahru pada 11 Disember lalu, beliau terjumpa kereta anaknya di kawasan Balai Polis Sentral.

Apabila bertanya dengan pegawai bertugas, beliau dilaporkan dimaklumkan bahawa anaknya sebelum itu ditahan polis tetapi sudah dibebaskan pada 22 November.

Menurut Berita Minggu lagi, pencarian Patimah berakhir apabila 16 Februari lalu, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang memaklumkan Mohd Aziz sebenarnya sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu.

Terkejut dengan berita itu, beliau dilaporkan bergegas ke Johor Bahru tetapi gagal menemui pegawai polis terbabit untuk mendapatkan penjelasan sebenar mengenai kejadian yang menimpa anaknya.

Mengaku kesilapan

Kelmarin barulah beliau dilaporkan berpeluang berjumpa dengan anggota polis berpangkat sarjan yang mengetahui kejadian itu.

"Polis itu meminta maaf sambil menangis dan mengaku kesilapannya,” katanya dalam laporan tersebut.

Patimah juga dilaporkan berkata, beberapa ahli keluarganya bercadang mendapatkan nasihat guaman sebelum mengambil tindakan undang-undang berikutan kegagalan polis memaklumkan lebih awal kejadian menimpa anaknya.

Menurut laporan Berita Minggu lagi, beliau bagaimanapun tidak berhasrat meminta polis dan JAJ menggali semula kubur anaknya di Johor Bahru yang dikebumikan tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Sebaliknya, Patimah dilaporkan berkata, beliau berpuas hati dengan keterangan polis serta pihak hospital yang mengesahkan anaknya, Mohd Aziz Reman, 37, sudah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, pada 1 Januari lalu.

"Biarlah dia bersemadi dengan tenang dan saya reda dengan pemergiannya tetapi saya kesal kerana polis tidak langsung memaklumkan kepada kami ketika anak saya itu dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia," katanya dalam laporan tersebut.

Dari Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59