Friday, 16 February 2007

PAS MESTI KAJI MENGAPA PENGUNDI CINA DIJANGKA UNDI PEMBANGKANG


PAS perlu mengambil langkah segera untuk merealisasikan kajian firma penyelidikan, Merdeka Centre yang menyatakan bahawa majoriti pengundi cina akan mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Kajian ini penting untuk mengenalpasti apakah sebabnya mereka mengalih sokongan kepada pembangkang. Apabila sebab-sebab itu sudah dikenalpasti maka PAS mesti bergerak untuk memastikan perkara itu benar-benar menjadi kenyataan.

Satu jawatankuasa ad hoc mesti dibentuk, yang terdiri dari para cendikiawan di dalam PAS agar jawatan kuasa itu dapat mengkaji dan merumuskan bentuk tindakan dari segi politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Mungkin juga Pusat Penyelidikan PAS dapat memikul tugas ini sesuai dengan fungsi dan kepakaran pusat tersebut yang mempunyai ramai pakar-pakar dalam disiplin tertentu.

Jika peluang ini tidak di rebut maka sudah tentu PAS akan kerugian besar kerana peluang sebegini jarang berlaku.

Baru-baru ini hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre, mendapati dua bagi setiap tiga orang pengundi kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan pendapat Merdeka Centre dijalankan antara Oktober dan Disember lepas membabitkan 1,025 responden berumur 16 tahun ke atas bagi mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan pendapat itu juga menunjukkan sebanyak 63 peratus ahli perniagaan dan 46 peratus mereka yang berada di sektor swasta mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum April 2009.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59