Saturday, 3 February 2007

OSA MENGGANAS - DR HATTA DAN 4 PEMIMPIN PEMBANGKANG LAIN AKAN DIHUKUM?



Apakah OSA akan kembali mengganas seperti saudara kembarnya ISA.

Media melaporkan bahawa Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan dalam siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) mengenai pendedahan kandungan perjanjian konsesi tol.

Sebelum Dr Hatta, Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Ketua Biro Badan Bukan Kerajaan DAP, Ronnie Liu turut menerima notis yang sama Selasa lalu.

Dr Hatta memberitahu malaysiakini, notis saman tersebut diserahkan kepadanya oleh dua orang anggota polis di kediamannya di Ulu Klang kira-kira jam 7 petang semalam.

Dr Hatta berkata, beliau juga diminta hadir di ibupejabat polis Bukit Aman Isnin depan bersama tiga orang lagi pemimpin pembangkang tersebut.

Keempat-empat mereka akan diminta memberi keterangan di bawah OSA kerana mendedahkan kandungan perjanjian konsesi tol.

Pegawai penyiasat ASP A Rajakopal dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tidak dapat dihubungi sejak semalam untuk mendapatkan komennya.

Menurut notis saman yang ditandatanganinya, pemimpin pembangkang berkenaan dikehendaki menyerahkan semua dokumen atau salinan dokumen yang berkaitan dengan perjanjian antara kerajaan dengan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak).
Mereka juga turut diingatkan bahawa jika gagal hadir Isnin ini, ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 11 akta tersebut.

‘Mencuri dan mempamerkan’

Menurut polis, mereka akan menyiasat perkara tersebut mengikut Seksyen 8 akta berkenaan, berdasarkan kepada laporan polis yang telah dibuat di Damansara.

Mereka yang didapati bersalah melanggar akta tersebut berdepan dengan hukuman setahun penjara mandatori.

Pada 4 Januari lalu, keempat-empat mereka telah menunjukkan kepada wartawan salinan dokumen mengenai perjanjian konsesi tol bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), yang diuruskan oleh Litrak.

Menurut mereka, dokumen rahsia setebal 200 muka surat itu telah menjamin keuntungan kepada syarikat konsesi tol.

Berikutan itu, Menteri Kerjasama, Datuk Seri S Samy Vellu menyarankan kepada kabinet supaya Peguam Negara mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab mencuri dan mempamerkan kandungan perjanjian konsesi tol tersebut.

Satu laporan polis telah dibuat oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Sabtu lalu, yang menggesa pihak polis supaya menyiasat perkara tersebut.

Pada bulan Ogos 2002, bekas Ketua Pemuda PKR, Mohd Ezam Mohd Nor dihukum dua tahun penjara kerana mendedahkan dokumen rahsia mengenai siasatan rasuah terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Rafidah Aziz.

Bagaimanapun, dua tahun kemudiannya, sebuah mahkamah tinggi telah membatalkan sabitan hukuman terhadap Mohd Ezam apabila ia mendapati pihak pendakwaraya gagal membuktikan tuduhan tersebut tanpa sebarang keraguan.

Dari Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59