Monday, 19 February 2007

MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI


MEMANG DASAR ORANG SYOK SENDIRI AKAN BERKATA APA SAHAJA UNTUK MENUNJUKKAN DIRINYA BAGUS, BAIK DAN BIJAK.

WALAUPUN SEBENARNYA NEGARA SEKARANG BERADA DALAM KEADAAN YANG CUKUP GAWAT DENGAN KADAR PENAGIH DADAH, JENAYAH, RASUAH, PENCABULAN DEMOKRASI, KEZALIMAN, PENYELEWENGAN SEMAKIN MENINGKAT.


BUKAN ITU SAHAJA MASALAH-MASALAH SOSIAL LAIN SEPERTI GEJALA MAT REMPIT, MAKSIAT, PENIPUAN DAN SEBAGAINYA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN.

NAMUN SEMUA ITU TIDAK DIRUNSINGKAN OLEH IMAM AL BADAWI WAL HADHARI. BELIAU LEBIH SUKA MEMEJAMKAN MATA, MEMEKAKKAN TELINGA KEPADA MASALAH-MASALAH TERSEBUT. YANG PENTING BAGINYA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN MATERIAL, KEDUDUKAN EKONOMI DAN HAL-HAL DUNIA SAHAJA.


KEADAAN EKONOMI YANG BAIK SEKARANG INI PUN SEBENARNYA DIPERTIKAIKAN OLEH BANYAK PIHAK. SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA SEPERTI TULISAN DR ZULIKIFLI AHMAD :

Paling berani kenyataan akhbar NST yang mamaparkan jumlah pelaburan 2006 yang diterima sebanyak RM46 bilion sebagai 'vote of confidence' kepada kerajaan (Rabu, 14 Feb, 2007). Dipaparkan bahawa pelaburan asing sebanyak RM20.2 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM25.8 bilion. Persoalan yang umum tidak ketahui adalah bagaimana dengan prestasi jiran dan berapakah yang mereka dapat tarik? Kita masih ketinggalan hatta berbanding Vietnam dan Indonesia dan tentunya India atau Korea Selatan.

Keduanya apakah jenis pelaburan asing yang benar-benar membawa pulangan ekonomi yang baik bagi sesebuah negara? Tidak semua FDI baik kata pakar ekonomi dunia (The detrimental effects of unbridled FDI, The Edge 15 Jan, 2007).

Persoalan yang lebih penting bagi rakyat dan negara ialah apakah kerajaan ini telah meletakkan 'daya saing' atau 'competitiveness' negara di kedudukan yang baik termasuk 'kemudahan menjalankan perniagaan (ease of doing business). Untuk pengetahuan umum, mengikut laporan 'ease of doing business index' yang terbitkan oleh Asian Development Outlook, 2006, Malaysia duduk di tangga ke-21, di belakang Thailand di tangga ke-20 dan Singapura di tangga ke-2.

Umum perlu tahu bahawa dari segi prestasi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), Malaysia semakin menjunam ke tempat 62 mengikut Laporan United Nation Conference on Trade and Development (Unctad). Pada tahun 1994 Malaysia di tempat ke-4 dan pada 1995 di tempat ke-5. Terima kasih kerajaan Umno/BN sekarang ini!

Takut-takut pengampu PM memberikan gambaran salah tentang kedudukan sebenar ekonomi negara, sama semacam mana elit neo-konservatif menasihatkan Presiden George W Bush supaya berperang di Iraq dahulu.

Rakyat di negara ini sukar untuk bersorak dan memberi kata puji kepada PM walaupun prestasi ekonomi digambarkan media perdana sebagai 'cemerlang'. Antaranya jumlah dagangan mencecah RM1 trilion, nilai ringgit kukuh berbanding dolar Amerika, KLCI melepasi paras 1,200 terbaik dalam 10 tahun dan nilai rizab antarabangsa juga turut meningkat.

Rakyat kini lebih celik ekonomi kerana kerajaan BN telah mendera rakyat dengan alasan tekanan ekonomi global. Kini rakyat faham. Bukankah kerajaan BN telah menaikkan harga petrol dan diesel kerana harga minyak mentah mencecah AS$ 80 setong. Kini harga minyah mentah telah turun ke paras lebih rendah dari AS$60 sestong, yakni penurunan 25 peratus.


MAKA MEDIA HARI INI SELAGI MENGAMBIL TUGAS UNTUK MENGAMPU IMAM AL BADAWI WAL HADHARI APABILA MENYIARKAN BERITA MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI DI BAWAH INI.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengambil kesempatan daripada pertumbuhan ekonomi negara yang rancak sekarang untuk meneruskan agenda pembangunannya dengan lebih aktif dan berkesan, kata Perdana Menteri semalam.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Pengerusi BN, berkata berikutan keadaan ekonomi yang baik ketika ini, adalah penting untuk BN bekerja dengan lebih kuat dan fokus dalam mencapai matlamat pembangunan negara bagi memastikan ianya dapat dicapai dalam jangka masa yang lebih cepat.

"Yang penting kita lihat sekarang ini sudah ada momentumnya. Ekonomi kita telah bergerak ke hadapan dan ke atas, maka dengan itu adalah penting kita bersama-sama bertindak bekerja lebih kuat, lebih fokus kepada apa yang telah kita capai maka dengan itu gerakan ke hadapan itu akan lebih cepat," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina 2007 anjuran Parti Gerakan di sini.

Yang hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menterimenteri kabinet lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59