Tuesday, 27 February 2007

MANGSA BANJIR AMBIL WANG EHSAN LEBIH DARI RM200 : PEMUDA DESAK BPR SIASAT


BUKIT KATIL : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Hj Salamat Aman mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat isu pemberian wang ehsan bantuan banjir yang didakwa lebih dari jumlah mangsa banjir sebenarnya.

Dalam kenyataannya kepada blog ini pagi ini, Hj Salamat menyatakan bahawa kerajaan ini gagal menangani krisis banjir di negeri ini samada dari segi penempatan mangsa banjir, kebajikan mangsa banjir sehinggalah kepada pengurusan bantuan wang ehsan banjir.

Apa yang lebih malang katanya, bilangan penerima wang ehsan banjir berjumlah RM200 melebihi dari bilangan sebenar mangsa banjir.

"Kita bimbang adanya unsur-unsur penipuan dan penyelewangan dalam urusan pemberian wang ehsan ini" katanya.

"Perkara ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Islam Hadhari Negeri Melaka amat lemah dalam pengurusan kewangan. Urusan yang mudah sebegini pun mereka tak dapat kendalikan dengan baik, sebab itulah hutang negeri Melaka semakin meningkat" tambah Hj Salamat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam baru-baru ini mengakui bahawa seramai 3,492 orang mangsa banjir di negeri ini dikenalpasti mengambil lebih daripada RM200 wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.

Ali terpaksa membuka pekung di dada sendiri apabila mengakui bahawa hanya seramai 16,347 keluarga di negeri ini yang direkodkan terlibat bencana banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata bahawa seramai 19,839 keluarga menerima wang ehsan tersebut dan ia menunjukkan ada diantara mereka yang mengambil lebih daripada RM200 yang diperuntukkan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59