Wednesday, 14 February 2007

MALAYSIA DALAM BAHAYA : DIPERINTAH DUA PEMIMPIN YANG BERMASALAH – SALAHUDDIN


Bukit Baru 14 Feb : Malaysia sekarang ini berada dalam bahaya kerana di perintah oleh dua pemimpin utama yang bermasalah di mana integriti mereka sekarang ini sedang hebat dipersoal oleh rakyat.

“Perdana Menteri serta Timbalan Perdana yang menjadi pemimpin tertinggi negara sekarang ini sedang menghadapi masalah yang amat kronik dan ianya cukup merbahaya kepada negara kita” kata Salahuddin.

“Pak Lah sejak dari mula-mula memegang tampuk pemerintahan di lihat amat lemah, malah bukan sahaja lemah tapi lembik, banyak keputusan yang di buat dipengaruhi oleh orang lain” tambah Salahuddin.

Mengenai Najib, Salahuddin menegaskan bahawa Najib adalah pemimpin yang penuh kontroversi sekarang ini.

“Kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya benar-benar menghantui beliau kerana sehingga hari ini Najib belum membuat sebarang komen tentang kes tersebut”.

“Saya bertanya di Parlimen, Timbalan Menteri Keselematan Dalam Negeri jawab, bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya bukan milik Polis, manakala bila ditanya kepada Timbalan Menteri Pertahanan, saya tidak mendapat apa-apa jawapan” kata Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

“Mengapa Timbalan Menteri Pertahanan tak jawab ini menimbulkan spekulasi, siapa pula yang meluluskan C4 untuk di bawa keluar” tambah Salahuddin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu juga berkata afidavit Razak Baginda di Mahkamah juga dengan jelas menyatakan bahawa Altantuya di bunuh di dalam Pejabat Razak Baginda oleh Chief Inspektor Azilah yang juga didakwa pernah membunuh beberapa orang sebelum ini. Azilah bersama seorang ahli kawannya yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didakwa membunuh Altantuya pula merupakan pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Semua isu ini meletakkan Najib sekarang dalam kontroversi lebih-lebih kes akan dibicarakan pada Mac 2008, mengapa ianya mengambil masa yang lama untuk dibicarakan” soal Salahuddin.

Turut berceramah bersama YB Salahuddin pada program ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN(MTD) itu ialah Us Kamaruddin Sedik, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59