Thursday, 8 February 2007

MAHATHIR 'SEBAT' PAK LAH DAN RAFIDAH SEKALI LAGI


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dari 'pertapaannya' dengan menyebat Pak Lah Imam Al Hadhari dan Rafidah sekali lagi berkenaan isu AP.

Bekas Presiden Umno itu semalam menggambarkan bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Dato' Seri Rafidah Aziz telah mengeluarkan ribuan permit import kereta setelah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Apa yang digambarkan oleh Dr Mahathir itu dijangka akan memburukkan lagi moral kepimpinan Abdullah.

"Di masa saya (menjadi Perdana Menteri), beliau (Rafidah) begitu berhati-hati, tidak memberikan beribu-ribu AP, (tetapi) selepas masa saya, my goodness...." kata bekas Perdana Menteri dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Kenyataan Mahathir itu menamatkan spekulasi bahawa beliau telah 'resign' dari tugas utama sejak pencen iaitu menghentam Pak Lah dan anggota kabinet Islam Hadhari.

'Nampaknya jenis orang tua macam ini tidak akan berhenti dari membongkar kesalahan pemimpin sekarang sedangkan banyak kesalahan yang dibuat oleh Pak Lah adalah kesinambungan dari kesalahan dan penyelewengan yang dipusakai oleh beliau sendiri' demikian komen salah seorang AJK Dewan Pemuda PAS Bukit Katil yang tidak mahu namanya disiarkan ketika diajukan laporan Malaysiakini semalam.

'Kita pun naik pening dengan orang tua ini, ingatkan dia nak insaf dan sama-sama berjuang dalam saf kepimpinan Islam tapi bila diajak bersama-sama kita dia tetap tak mahu, dia pun mungkin malu dengan kezaliman, kediktatoran dan penyelewengan yang pernah dia buat ketika bermaharajalela memerintah Malaysia dulu' komen Saleh Usman salah seorang Ketua PAS Cawangan di Kawasan Parlimen Bukit Katil.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59