Tuesday, 27 February 2007

LAGI BUKTI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI GAGAL LAHIRKAN INSAN BERAKHLAQ MULIA


Ramai pelajar perempuan bermasalah lakukan seks: Kajian

KUALA LUMPUR: Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai "berisiko tinggi" yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Penemuan yang amat membimbangkan itu kerana menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi" terhadap remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah.

Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada kalangan pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.

Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.
"Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemubual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.
"Ini keputusan yang amat memeritkan namun ia adalah satu realiti yang harus kita terima," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini.

Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.

Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Katanya kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.

"Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal dari pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain," katanya.

Beliau berkata selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Khaidzir berkata dapatan kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.

"Walaupun dapatan kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menuding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Katanya kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.

BUKTI DI ATAS MERUPAKAN SATU LAGI FAKTA YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN DI MANA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI GAGAL MEMBENTUK INSAN YANG BERAKHLAQ MULIA. JIKA SEKIRANYA SISTEM PENDIDIKAN INI BERKUALITI DAN BERKESAN SUDAH TENTU WALAU SEBESAR MANA MASALAH MEREKA, PELAJAR-PELAJAR TERBABIT SUDAH TENTU MEMPUNYAI KETAHANAN DIRI.

MASALAHNYA SEKARANG SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI HANYA MEMENTINGKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SEMATA-MATA, BAHKAN LEBIH TERUK LAGI SUBJEK AGAMA DIKESAMPINGKAN SEHINGGA IANYA TIDAK WAJIB DIAMBIL UNTUK PEPERIKSAAN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59