Tuesday, 27 February 2007

LAGI BUKTI PILIHANRAYA KIAN HAMPIR


Ahli lama PAS kecewa, sertai Umno - TAKTIK TRADISIONAL UMNO MENJELANG PILIHANRAYA UMUM BERMULA

JERTIH: Seramai 133 anggota PAS dari beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno secara beramai-ramai dalam satu majlis di Kampung Hutan Nangka, dekat sini.

Kesemua bekas anggota PAS itu yang terdiri daripada penduduk Kampung Kayu Kelat, Cerang Meliling, Hutan Nangka dan Kubang Depu menyerahkan borang keanggotaan Umno masing-masing kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh malam tadi.

Depu sebelum ini merupakan kubu kuat PAS Besut.

Penyerahan borang keanggotaan Umno telah disampaikan bekas Ketua PAS Cawangan Cerang Meliling, Zakaria Said, 61, dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Ibrahim Said, 54, dari cawangan Kayu Kelat.

Zakaria berkata mereka mengambil keputusan menyertai Umno kerana bosan dengan janji PAS, yang masih tidak mampu membawa perubahan sama ada daripada segi pembangunan mahu pun terhadap agama Islam.

"Kita selama ini tertipu dan banyak terpedaya oleh perbuatan pemimpin PAS yang lebih banyak bercakap daripada mengotakan janji," katanya.

Zakaria yang lebih 40 tahun berada dalam PAS tidak menyesal dengan tindakan mereka kerana yakin Umno boleh membawa perubahan kepada bangsa, agama dan negara.

Ibrahim berkata mereka tertarik untuk menyertai Umno kerana parti itu terbukti banyak menunaikan janji daripada bercakap kosong.

Beliau yang telah 30 tahun menyertai PAS, yakin Malaysia akan aman, maju dan makmur jika Umno terus memimpin negara berbanding pemimpin PAS yang hanya tahu untuk hidup senang dan membiarkan pengikutnya miskin.

Sementara itu, Idris berkata lebih banyak anggota PAS Besut akan menyertai Umno melalui program Selamat Tinggal PAS (STP) yang dianjurkan pihaknya dalam sedikit masa lagi.

Sebelum ini, katanya majlis yang sama telah diadakan di Kampung Raja dan Kuala Besut yang membabitkan kemasukan anggota PAS ke dalam Umno melebihi 300 orang.

dari thestar

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59