Wednesday, 14 February 2007

KISAH REMAJA DI ZAMAN ISLAM HADHARI. APA IMAM AL HADHARI BUAT?


KAMI SIARKAN CERITA KISAH REMAJA DI ZAMAN ISLAM HADHARI YANG SUNGGUH MENJIJIKKAN. SEOLAH-OLAH CERITA INI BERLAKU DI DALAM NEGARA LAIN YANG BUKAN NEGARA ORANG ISLAM. SUDAHLAH IANYA MENJIJIKKAN, YANG LEBIH PARAH REMAJA YANG TERLIBAT JUGA ORANG MELAYU DAN ISLAM (MUNGKIN PENGANUT 'ISLAM HADHARI' AGAKNYA)

TAPI SEMUA INI TIDAK MENGHAIRANKAN KERANA ISLAM HADHARI TIDAK PERNAH BIMBANG DENGAN GEJALA MAKSIAT SEPERTI PELACURAN, KERUNTUHAN AKHLAQ DAN SEBAGAINYA SEBAB ITULAH KERAJAAN ISLAM HADHARI MEMBERIKAN LESEN KEPADA RUMAH URUT, KELAB MALAM, KONSERT DAN SEBAGAINYA.

APA YANG MENJADI 'WIRID' HARIAN ISLAM HADHARI IALAH BAGAIMANA UNTUK MENJADI NEGARA MAJU, NEGARA KAYA, NEGARA CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. REMAJA NAK TERLUNGKUP, NAK BERJALAN KAKI KE ATAS KEPALA KE BAWAH ISLAM HADHARI TIDAK PEDULI.


CERITA DI BAWAH ADALAH ANTARA RENTETAN 'KEJAYAAN' ISLAM HADHARI MENTARBIYAH REMAJA DAN MUDA-MUDI KINI

“Kau nak Ann (bukan nama sebenar)? Aku tawar kat kau RM20 boleh? Kau bawalah dia ‘jalan’,” begitulah perbualan seorang Mat Rempit dengan rakan lumba haramnya ketika melelong gadis bohsia untuk ditiduri.

Perbualan sedemikian sering didengari seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Siti di satu taman rekreasi di ibu kota terutama pada malam minggu.

Menurut Siti, penawaran gadis teman tidur di kalangan sesama Mat Rempit membabitkan bohsia berusia belasan tahun itu dilakukan tidak ubah seperti urus niaga barang makanan harian yang dilakukan tanpa segan dan hormat kepada orang sekeliling.

“Ramai penjaja di taman rekreasi itu menutup perniagaan menjelang malam kerana jelak dengan suasana ‘jijik’ ketika proses jual beli gadis bohsia itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Taman rekreasi itu dipercayai menjadi markas baru Mat Rempit menjual gadis bohsia secara lelong dan terbuka dengan menawarkan harga semurah RM20 untuk satu perkhidmatan seks.

Seorang anggota Mat Rempit hanya mahu dikenali sebagai K yang pernah menjadi ‘orang tengah’ dalam urus niaga gadis bohsia, mendakwa perkhidmatan seks ditawarkan itu sekadar ‘cari makan’.

“Segelintir Mat Rempit kini naik taraf menjadi ‘bapa ayam’ kecil-kecilan dengan menawarkan teman wanita masing-masing kepada rakan yang ingin mendapatkan khidmat seks.

“Tapi tak semua Mat Rempit berani buat begitu. Kalau yang jual tu mesti dah terdesak sangat nak cari duit,” katanya.

K yang berusia 25 tahun adalah seorang daripada ketua Mat Rempit yang dianggap ‘Otai’ atau orang lama di kalangan kumpulan pelumba motosikal haram di ibu negara.

“Geng Mat Rempit ni banyak. Ada Geng Apache, Benetton, Pangkah, Ranggi dan Uncle. Ada segelintir ahlinya sanggup jual teman wanita mereka kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

“Wang itu dipercayai digunakan untuk ‘berjoli’ seperti membeli dadah terutama syabu dan arak selain digunakan untuk ke disko dan berjudi,” katanya.

Harga bagi perkhidmatan seks seorang gadis bohsia bergantung paras rupa dan bentuk tubuhnya serta ditawarkan serendah RM20 untuk satu sesi dan boleh mencecah RM500 bagi satu malam.

Gadis terbabit ‘dijual’ hampir setiap hari dan urus niaga lebih ‘rancak’ menjelang hujung minggu. Gadis terbabit boleh ‘berpindah tangan’ daripada seorang Mat Rempit kepada yang lain sehinggakan mereka dianggap barang dagangan yang diedar secara bergilir-gilir.

Menurut K, selepas proses jual beli selesai, perempuan terbabit dibawa ke ‘port’ Mat Rempit untuk ‘diratah’ atau hanya dibawa berjalan sebagai teman biasa.

“Ada yang beli untuk ‘kenduri’ beramai-ramai tapi kebanyakannya nak ‘pulun’ seorang, baru puas dan berbaloi,” katanya.

K berkata, ketua geng terbabit sentiasa memastikan keselamatan teman wanita mereka terjamin walaupun sesiapa saja di kalangan Mat Rempit boleh melanggan gadis terbabit.

“Mereka (gadis bohsia) sanggup dijual kerana sayang dan percayakan teman lelaki masing-masing serta sanggup buat apa saja demi cinta.

“Tetapi ada juga yang diugut ketua geng terbabit berikutan kebanyakan perempuan terbabit lari daripada keluarga serta tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya.

Dari Harian MeTRO

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59