Friday, 9 February 2007

KEMARAU : JANGAN CAKAP BESAR

Pertubuhan Berita Nasional Malasyia menyiarkan sebuah artikel bertajuk Langkah Mengelak Tekanan Dan Krisis Air yang ditulis oleh Melati Mohd Ariff.

Hanya ulasan pendek yang kami ingin nyatakan iaitu 'JANGAN BERCAKAP BESAR DAN INGAT KEPADA ALLAH ATAS APA JUGA BALA DAN BENCANA.

Artikel tersebut disiarkan di bawah :

"The Heat is on", terpampang tajuk utama sebuah akhbar Inggeris tempatan, memberi amaran kemungkinan berlaku lagi kemarau di negara ini. Musim kemarau yang panjang ini juga dijangka boleh menyebabkan berlakunya kebakaran semak dan tanah gambut.

Sama ada kita suka atau tidak, kita mungkin perlu bersedia untuk menghadapi satu lagi episod pemotongan atau catuan air!

"Air adalah kehidupan dan tidak ada kehidupan yang boleh wujud tanpa air." Tanyalah mana-mana aktivis air, pasti anda akan mendengar ungkapan umum ini.

Namun berapa ramai di antara kita yang menghargai hakikat bahawa air bukan sekadar komoditi tetapi sumber kehidupan yang amat penting, justeru ia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja!

Acap kali kita akan sedar betapa berharganya walau setitis air apabila terputus bekalan air. Keperitan hidup tanpa bekalan air paip turut menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjimat-cermat tetapi banyak kali juga kita akan terlupa untuk mengotakan janji kita apabila air mula mengalir, dan kita kembali dengan tabiat lama, mengguna air secara berlebihan dan membazir!

PENGURUSAN AIR DIPERSOAL

Apa-apa isu mengenai air bukan perkara baru bagi aktivis air seperti Prof Dr Chan Ngai Weng terutamanya sejak fenomena El Nino 1997/1998.

"El Nino yang berlaku pada 1997/1998 bukan sahaja menunjukkan betapa terhadnya sumber air kita malah kelemahan dalam pengurusannya," kenyataan yang tajam tetapi perkara ini adalah yang hakiki buat Prof Dr Chan. Beliau merupakan Presiden Water Watch Penang (WWP), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan ketika memuncaknya krisis air di Pulau Pinang pada 1997.

"Dalam ketika pihak berkuasa mengakui majoriti sungai kita telah mencapai kemampuan bekalan maksimum dan ada yang tercemar, pendekatan yang digunakan berdasarkan Pengurusan Bekalan Air (WSM) terbukti tidak mencukupi untuk menguruskan sumber air kita secara lestari," beliau memberitahu Bernama menerusi e-mel.

Menurut Dr Chan, sejak El Nino 1997/98, pihak kerajaan membuat pelbagai janji serta andaian telah melaksanakan pelbagai langkah bagi menghadapi atau mengelak berlakunya lagi tekanan bencana El Nino di masa akan datang.

Akibatnya, kata beliau, rakyat Malaysia turut membuat andaian sendiri bahawa mereka tidak akan merasa impak teruk sekiranya El Nino melanda lagi negara ini, seperti yang mereka alami sebelumnya.

Oleh yang demikian, katanya, ramai yang tidak mengambil langkah untuk melindungi diri mereka sekiranya berlaku kemarau yang berpanjangan dan krisis air.

"Tidak ramai yang melabur wang untuk membeli peralatan menyimpan air hujan, membina telaga atau perigi mahu pun menambah jumlah air yang boleh disimpan di dalam tangki air mereka.

"Malahan tidak ramai yang menukar bentuk penggunaan air dengan mengamalkan pendekatan yang lebih berjimat-cermat. Untuk itu, sekiranya El Nino berlaku lagi, peritnya mungkin seperti yang pernah kita lalui, ataupun mungkin lebih teruk lagi," hujahnya.

BEKALAN YANG TERBATAS

Fokus utama pihak berkuasa lazimnya mengenai pembinaan empangan dan rawatan air di mana menurut Dr Chan ia perlu dibuat serentak dengan pendidikan dan pemuliharaan air.

Kerajaan Malaysia, ujarnya perlu sedar bahawa ia tidak boleh terus-menerus membekalkan air kerana jumlah air yang boleh dibekalkan adalah terbatas sedangkan permintaan kian meningkat.

"Pengguna perlu dididik tentang nilai air dan bagaimana menggunakan air secara bijak. Kita bukannya mencadangkan rakyat Malaysia menjimatkan air sehingga menjejaskan kesihatan atau kebersihan mereka.

"Apa yang kita mahu ialah supaya rakyat Malaysia menggunakan air secara bijak dan berhati-hati, yakni jangan membazirkan air dan memastikan setiap titis air itu digunakan dengan sebaik-baiknya," kata Dr Chan.

Memandangkan sumber air yang semakin berkurangan, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia lebih berhati-hati dalam menggunakan air, jika tidak pun, menggunakannya bila perlu.

Hakikatnya rakyat Malaysia terus menggunakan air secara berlebihan dan menurut Dr Chan, purata seorang rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air sehari (LPD).

Katanya, piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan setiap orang mendapat air sekurang-kurangnya 165 liter sehari.

"Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih mengguna air sebanyak 145 liter sehari. Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika puratanya mengguna hanya 50 liter seorang sehari, penduduk India (di India) secara puratanya menggunakan kira-kira 100 liter seorang sehari. Jiran kita Singapura, seorang rakyatnya menggunakan kira-kira 150 liter sehari," jelas beliau dengan menambah statistik yang diberinya diperolehi dari PBB, Persatuan Air Malaysia dan WWP sendiri.

KEMPEN BERJIMAT

Dr Chan turut mengeluh mengenai usaha kerajaan yang tidak konsisten serta tidak tegas untuk menyemai sikap menggunakan air secara berhemah di kalangan masyarakat negara ini.

"Selama ini sejak El Nino melanda negara ini pada 1997, ada tak anda melihat iklan di kaca TV menasihatkan orang ramai supaya jangan membazirkan air? Hanya pada 2006 Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melancarkan Kempen Penjimatan Air di seluruh negara," kata Dr Chan, dengan menambah bahawa WWP turut terbabit dalam kempen tersebut.

Menurut beliau, kempen berkenaan adalah penting dalam usaha pemuliharaan air. Kempen itu juga membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia mengakui pentingnya untuk meningkatkan kesedaran umum, mendidik orang ramai dan membabitkan masyarakat (pengguna air) dalam usaha penjimatan air.

Bagaimanapun, bagi menjamin kejayaan, kempen itu sewajarnya tidak dihadkan untuk satu tempoh tertentu atau apabila wang pembiayaan kempen habis dibelanjakan.

"Usaha ini perlu dibuat secara berterusan supaya meliputi seluruh negara dan semua rakyat dapat diberi kesedaran," kata Dr Chan yang juga profesor di Bahagian Geografi Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

"Masyarakat perlu diingatkan sepanjang masa mengenai kepentingan air dan pemuliharaannya. Malahan, pemuliharaan air ini perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah, dalam subjek yang berkaitan," beliau mencadangkan.

PERANAN AKTIF PENGGUNA AIR

Kejayaan satu-satu kempen juga bergantung kepada penyertaan aktif pengguna jika tidak alamatnya wang yang dibelanjakan untuk menjayakan kempen itu akan menjadi sia-sia sahaja.

Dalam lain perkataan, menurut Dr Chan, jika pengguna mempunyai kesedaran yang tinggi, mempunyai cukup maklumat, dididik dan sensitif terhadap pemuliharaan air, kebanyakan masalah air dapat ditangani.

"Ketika masyarakat Malaysia menjadi semakin hidup senang-lenang, adalah mustahak juga supaya orang ramai dibenar untuk menyertai bukan sahaja dari segi pemuliharaan air tetapi juga isu-isu yang ada kena-mengena dengan kehidupan mereka.

"Orang ramai sebenarnya mempunyai kuasa dan boleh menentukan gagal atau jayanya pengurusan air kerana mereka adalah pengguna domestik yang menggunakan kira-kira lebih separuh daripada jumlah permintaan air negara. Memandangkan jumlah yang besar ini, sebarang pengurangan dalam penggunaan mereka, walaupun hanya 10 peratus akan menjimatkan air yang banyak untuk negara," tegasnya lagi.

PERANAN PENTING WANITA

Kaum wanita secara umumnya diiktiraf sebagai "pengurus rumah tangga" memandangkan mereka bukan sahaja menjadi belanjawan rumah tetapi juga melakukan sebahagian besar kerja rumah. Ini bermakna mereka mempunyai peranan penting dalam pemuliharaan air.

Dr Chan berkata apabila kaum wanita menggunakan air secara berjimat di rumah, adalah diharapkan mereka akan mendidik anak-anak mereka serta ahli keluarga yang lain akan pentingnya pemuliharaan air.

Memandangkan kebanyakan guru juga terdiri daripada kaum hawa, beliau berpendapat golongan tersebut juga boleh memberi sumbangan besar dalam mendidik anak-anak yang masih dibangku sekolah ke arah mewujudkan masyarakat penjimat air di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dan pertubuhan wanita, katanya perlu memberi fokus terhadap peranan wanita dalam penjimatan air.

"Dewasa ini, kebanyakan pertubuhan wanita hanya bertumpu kepada isu-isu seperti keganasan rumah tangga, persamaan hak, gangguan seksual dan lain-lain," kata Dr Chan.

WWP, kata beliau telah menjalankan pelbagai aktiviti pemuliharaan air sejak ditubuhkan pada 1997 dan menurutnya lagi, semua aktiviti tersebut disasarkan untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai air.

Matlamat utama aktiviti-aktiviti ini, katanya adalah untuk mewujudkan "Masyarakat Penjimat Air" di Pulau Pinang berbanding "Masyarakat Pembazir Air." (Untuk keterangan lanjut mengenai WWP, sila layari http://www.waterwatchpenang.org).

BEBERAPA MAKLUMAT PEMULIHARAAN AIR

Sama ada kita akan berdepan dengan satu lagi krisis air akibat peningkatan suhu bumi dan fenomena El Nino tahun ini, kita mungkin perlu "tunggu dan lihat."

Namun, tidak sia-sia jika kita membiasakan diri dengan menjimatkan penggunaan air kita, bak kata bidalan, "Ingat Sebelum Kena, Jimat Sebelum Habis".

"Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah untuk memberikan kesedaran dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Yang lebih baik lagi ialah memberitahu mereka secara bertubi-tubi dan mula mengarahkan mereka menjimatkan penggunaan air.

"Satu cara terbaik ialah dengan mendapatkan kerjasama semua orang supaya mengurangkan mengepam tandas sebanyak sekali sehari. Ini mudah dilakukan kerana kita tidak perlu mengepam tandas setiap kali kita membuang air kecil. Sekali kita mengepam tandas, sebanyak sembilan liter air terbuang," katanya.

Menurut Dr Chan, sekiranya setiap rakyat Malaysia mengepam kurang sekali dalam sehari, kira-kira 234 juta liter air boleh dijimatkan dalam sehari!

"Jumlah air ini boleh memenuhi anggaran 10 empangan bersaiz sederhana, tambahnya.

Hakikatnya, banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk sama-sama menjimatkan penggunaan air. Sikap positif kita hari ini penentu kehidupan kita hari esok. WWP mempunyai banyak maklumat untuk pemuliharaan air.

Sebagai contoh, periksa dan kawal penggunaan air kita selain daripada tujuan minum dan memasak seperti mencuci pakaian, mandi, menyiram pokok bunga, mencuci kereta, mencuci lantai serta kekerapan kita mencuci akuarium.

Untuk maklumat lain penjimatan air, layari laman web WWP seperti alamat di atas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59