Wednesday, 21 February 2007

KALAULAH MALAYSIA SEPERTI DI JEPUN


Kalaulah Malaysia sama seperti di Jepun sudah tentu Pilihanraya Kecil di Batu Talam akan diadakan semula. Ini kerana kita tahu di Jepun jika sekiranya seorang menteri atau wakil rakyat di siasat atau diadukan kepada pihak berwajib yang mereka terlibat dengan sesuatu kes, maka sudah semestinya mereka akan letak jawatan.

Tetapi tidak di Malaysia.Walaupun seseorang itu telah dibuktikan bersalah sekalipun pesalah itu tetap menebalkan mukanya untuk mengekalkan jawatan yang dimenanginya. Ini kerana Islam Hadhari sudah mentarbiyah ahlinya supaya mempunyai MUKA TEMBOK tidak tahu malu.


Kita yakin walaupun ADUN baru Batu Talam dilaporkan terlibat dengan saman kes di Raub, beliau tetap tidak akan berganjak dari jawatannya sebab Ketuanya sendiri tidak akan berbuat demikian walaupun dibuktikan salah.

Malah Exco Kerajaan negeri Pahang iaitu Dato' Shahiruddin Moin juga sudah pasti tidak akan meletakkan jawatan. MEMANG DASAR TAK BERMARUAH PUNYA ORANG.

Media hari ini melaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam yang baru, Abd Aziz Kiram, adalah antara tujuh pihak yang disaman oleh seorang peniaga atas dakwaan bersubahat menyalahguna kuasa dan menyeleweng penggunaan tanah seluas empat hektar milik kerajaan di bandar Raub, Pahang.

Peniaga tersebut, Razali Hassan menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di Temerloh, melalui Tetuan Mohd Harris.

Pada 29 Disember lalu, Razali memfailkan saman yang sama namun menarik balik saman itu pada 16 Januari lalu.

Peguamnya Mohd Harris Abdullah berkata penarikan balik saman itu bertujuan memberi laluan kepada Abd Aziz untuk bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam pada 28 Jan lepas.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata anak guamnya tidak mahu dilabelkan sebagai "pengacau" pilihanraya kecil itu.

Selain Abd Aziz, enam lagi defenden yang disaman hari ini ialah syarikat Coralfare Sdn Bhd; Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Shahiruddin Ab Moin; Abd Aziz; Naib Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Ir Azinudin Abd Rahim; Ketua Wanita Umno Raub, Asmah Ismail; Setiausaha Barisan Nasional Raub, Ahmad Sabri Zainal Abidin dan Yayasan Raub.

Razali mendakwa Coralfare Sdn Bhd telah memasuki satu perjanjian dengan kerajaan negeri Pahang secara menipu dengan representasi salah dan telah memohon untuk memperoleh 47 hak milik individu.

Beliau mendakwa Coralfare gagal untuk memberitahu Yayasan Raub bahawa yayasan yang ditubuhkan untuk kebajikan rakyat itu telah dilantik atau dipilih oleh kerajaan negeri Pahang sebagai rakan usahasama dengan syarikat itu.

Razali juga mendakwa Azinuddin ingkar dalam tanggungjawabnya sebagai fidusiari (pemenang amanah) untuk Yayasan Raub apabila membenarkan Coralfare mengambil alih pembinaan di atas tanah itu sedangkan usaha tersebut telah dimulakan oleh yayasan itu semasa beliau menjadi pengarah Yayasan Raub.

Beliau turut mendakwa Shahiruddin, Abd Aziz, Asmah dan Ahmad Sabri bersubahat dengan Coralfare untuk mengelirukan Pejabat Tanah dan membenarkan syarikat itu memohon hak milik itu atas nama syarikat terbabit sedangkan mereka semua mengetahui bahawa Yayasan Raub telah dilantik sebagai rakan usahasama dan permohonan perlu dibuat secara bersama.

Justeru, Razali menuntut satu injuksi bagi melarang Coralfare sama ada secara sendiri atau melalui ejen-ejen daripada terus mengusahakan tanah berkenaan.

Beliau turut menuntut satu perintah bahawa perjanjian yang dimeterai antara Coralfare dan kerajaan Pahang pada 23 Ogos 2004 sebagai tidak sah dan terbatal daripada awal lagi, selain menuntut gantirugi am dan khas yang akan ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59