Friday, 9 February 2007

JANJI TINGGAL JANJI


Pemimpin Parti Islam Hadhari memang pandai berjanji lebih-lebih lagi semasa kempen pilihanraya.

Inilah yang terjadi kepada lebih 50 nelayan yang berpangkalan di jeti nelayan muara Sungai Duyong, Padang Temu, Melaka yang kecewa berikutan kerajaan negeri belum membina balai nelayan seperti yang dijanjikan setahun lalu.

Setiap kali aduan di buat maka sudah bermacam-macam janji akan dibuat. Tapi bila sampai masa alasan lain pula yang diberikan mereka. (Tapi masalahnya rakyat masih belum faham apa tindakan atau kuasa yang ada pada mereka.)

Nelayan mendakwa keadaan itu menyebabkan mereka kurang selesa kerana semua urusan hanya dibuat melalui khemah sementara yang disediakan tanpa kemudahan tandas dan berehat yang sempurna.

Ketiadaan balai nelayan itu ternyata menyukarkan mereka melakukan apa-apa aktiviti sama ada membabitkan persatuan mahupun untuk mereka berehat selepas pulang dari laut.

Seorang nelayan yang enggan dikenali, mendakwa tanpa balai nelayan di kawasan itu sukar bagi mereka untuk berehat dengan selesa malah ia juga tidak sepatutnya berkeadaan begitu selepas semua nelayan yang berpangkalan di Sungai Melaka dahulu dipindahkan ke kawasan itu.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya memandang serius masalah yang dihadapi itu dan bukan dengan membiarkan mereka berehat di bawah khemah sementara berkenaan.

“Kami amat kesal dengan keadaan ini dan sehubungan itu berharap kerajaan negeri dapat menyegerakan pembinaan balai nelayan supaya semua nelayan dapat menggunakannya.

“Kami dibiarkan berteduh di bawah khemah sementara ini yang didirikan hampir setahun lalu. Kami rasa sudah sampai masanya bangunan baru yang dijanjikan itu dibina dengan segera,” katanya kepada media ketika ditemui semalam.

Sementara itu, seorang lagi nelayan yang turut enggan dikenali berkata, kemudahan sebuah balai nelayan sememangnya diperlukan di pangkalan nelayan itu memandangkan bilangan nelayan sedia ada sudah bertambah.

Katanya, beberapa nelayan dari Kota Laksamana kini turut berpindah ke kawasan itu akibat menghadapi masalah keluar dan masuk ke kawasan pantai berikutan kerja penambakan laut .

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59