Saturday, 3 February 2007

JANGAN TUNDUK TERHADAP TEKANAN AS - TOK GURU NIK AZIZ


PASIR MAS, 3 Feb -- Malaysia tidak perlu tunduk terhadap tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikan kerjasama perdagangan dengan Republik Islam Iran, sebaliknya bertegas dalam isu itu berdasarkan prinsip negara berdaulat.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada salahnya Malaysia menjalin hubungan dua hala dengan mana-mana negara termasuk Iran walaupun tidak dipersetujui oleh negara kuasa besar terbabit.

"Kita negara merdeka, negara berdaulat, kita tidak perlu ikut kehendak Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bangunan Pejabat PAS kawasan Pasir Mas di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan ahli kongres kanan Amerika Syarikat, Tom Lantos supaya pentadbiran Presiden George Bush menggantung rundingan dengan Malaysia sebagai memprotes tindakan Kuala Lumpur menandatangani perjanjian projek pembekalan tenaga dengan Iran.

Nik Abdul Aziz berkata sebagai negara yang berdaulat, Malaysia bebas mengadakan hubungan perdagangan dengan mana-mana negara selagi tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang.

"Apa salahnya Iran, kita pun negara yang berdaulat, apa salahnya kalau kita adakan hubungan dengan republik itu?" katanya.

Bagi beliau, Amerika tidak boleh bersikap seperti "gangster" dengan menyekat mana-mana negara, termasuk Malaysia, yang tidak menerima pandangannya memboikot negara lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59