Saturday, 17 February 2007

JANGAN JADIKAN DAMAI ALAT POLITIK - HARUSSANI


Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria meminta semua pihak supaya jangan menjadi Dewan Amal Islami (Damai) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam, yang turut dianggotai ulama, sebagai alat atau landasan untuk agenda politik.

Sehubungan itu, beliau berharap Damai – sebuah badan baru yang dianggotai ramai cendikiawan Islam, daripada dijadikan bahan berpolitik.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, penubuhan Damai,yang turut dianggotai golongan ulama, bertujuan menjadi platform untuk menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

"Jangan kaitkan ulama dengan politik ... Ulama bukan politik. Kita hanya ada satu matlamat (untuk gerakkan Islam), jadi ketepikan semua elemen-elemen politik," katanya dalam ucaptama perasmian Wacana Ilmuan Islam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Damai, iaitu badan yang menaungi semua NGO Islam di negara ini bagi menjalankan aktiviti pembangunan modal insan dalam kalangan Ummah.

Damai yang dicetuskan oleh Abdullah, menaungi 95 badan amal Islam dan 538 badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Harussani juga berkata, agama dan sistem akademik tidak wajar dipisahkan kerana langkah itu menyebabkan lahir generasi berkemahiran dalam ilmu dunia tetapi jahil mengenai tuntutan Islam.

Turut hadir dalam wacana itu ialah Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Damai.

(KALAU BETUL IMAM AL HADHARI IKHLAS TIDAK MAHU DAMAI BENAR-BENAR BEBAS DARI KEPENTINGAN POLITIK MENGAPA ZAHID HAMIDI DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI DAMAI. APA HEBATNYA ZAHID HAMIDI SEHINGGA BELIAU DIPILIH MENJADI PENGERUSI DAMAI.SEPATUTNYA ULAMA' LAH YANG DIPILIH SEBAGAI PENGERUSI DAMAI.

SUDAH TENTU ORANG POLITIK SEPERTI ZAHID AKAN MENJADIKAN DAMAI SEBAGAI BATU LONCATAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PEMERINTAH. IKLASKAH IMAM AL HADHARI DALAM HAL INI.?)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59