Tuesday, 13 February 2007

ISU HADIAH MY VI :SIAPA YANG BODOH AZMI KHALID ATAU RADZI SHEIKH AHMAD?


Kerajaan menarik balik semua cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi untuk pemohon MyKad.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad selepas menghadiri perhimpuna bulanan kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Beliau menyifatkan langkah untuk memberikan hadiah bagi permohonan kad pengenalan sebagai "suatu tindakan bodoh". SIAPA YANG BODOH MENTERI DAHULU, AZMI KHALID ATAU MENTERI SEKARANG, RADZI SHEIKH AHMAD.

APAKAH RADZI HENDAK MEMPERBODOHKAN SEMUA MENTERI TERMASUK PERDANA MENTERI, TIMBALAN PERDANA MENTERI ATAU DIRINYA SENDIRI LEBIH-LEBIH LAGI KALAU KEPUTUSAN MEMBERIKAN HADIAH INI DILULUSKAN OLEH KABINET ATAU SEKURANG-KURANGNYA DILULUSKAN DI PERINGKAT KEMENTERIAN.


Menurut laporan Bernama, Radzi berkata, kesemua hadiah termasuk kereta berkenaan akan didermakan kepada rumah anak yatim.

"Nak kena upah. Nak tukar MyKad kena buat cabutan bertuah baru orang ramai nak datang. Itu semua mengarut," katanya kepada pemberita.

"Ia satu tindakan bodoh untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat Malaysia supaya hadir dan menukar MyKad," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jujur serta ikhlas untuk mendapatkan kad pengenalan mereka, satu dokumen diri yang amat penting.

Penawaran cabutan bertuah dengan hadiah terbesar kereta Perodua My VI pernah disiarkan oleh media pada tahun 2005, dan ianya diisytiharkan sendiri oleh menteri. Apakah menteri ini tidak mengkaji setiap tindakan sebelum di ambil sehingga tindakan ini dikatakan bodoh oleh menteri lain. AMAT MEMALUKAN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59