Tuesday, 27 February 2007

HATI-HATI DENGAN PELABURAN INTERNET


SC Beri Amaran Pada Pelabur Berhubung Skim Pelaburan Internet Cambridge, YANG LEBIH PENTING PELABURAN DI INTERNET TIDAK DIKETAHUI HALAL KE HARAM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) membekukan dua akaun bank Malaysia berjumlah RM1.6 juta, menutup dua laman web dan menyoal siasat beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan skim penipuan pelaburan Internet global yang dikendalikan Cambridge Capital Trading.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata ia telah menjalankan siasatan atas kemungkinan berlakunya pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

Ia dicetuskan oleh permintaan bantuan daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA), yang menjalankan penyiasatannya sendiri mengenai skim itu.

Siasatan oleh SC membawa kepada perintah sekatan atas penanda tangan dua akaun bank di Malaysia, yang dikaitkan dengan skim Internet itu, daripada apa-apa urusan dengan akaun bank itu.

SC juga mendapatkan bantuan Pusat Keselamatan dan Tidak Balas Kecemasan (NISER) untuk menutup dua laman web yang dikaitkan dengan Cambridge Capital Trading yang dihoskan oleh oleh sebuah Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia.

SC memberi amaran kepada para pelabur mengenai skim pelaburan penipuan yang dikendalikan Cambridge Capital Trading, yang sehingga kini menyasarkan pelabur dari Australia dan Singapura.

Pengendali skim itu telah membuat panggilan rambang kepada orang ramai untuk mempelawa mereka melabur dalam sebilangan produk yang didakwa didagangkan di Bursa Opsyen Dubai.

SC mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan yang dibuat daripada Cambridge Capital Trading.

Mereka dinasihatkan supaya berwaspada dengan panggilan rambang daripada Cambridge Capital Trading dan laman web Bursa Opsyen Dubai, www.cambridgecapitaltrading.com dan www.dubaiex.com, yang masih boleh diakses memandangkan ia kini dihoskan oleh ISP asing.

Ia juga mengingatkan mengenai pautan laman web palsu ketiga kepada Cambridge Capital Trading, iaitu United Arab Emirates Commodity Futures Board atau www.uaecfb.com.

Orang ramai dinasihatkan supaya memaklumkan kepada SC secepat mungkin sekiranya mereka menerima panggilan rambang itu dengan menghubungi Jabatan Pengaduan SC di talian +603-6204 8999 Faks: +603-6204 8991 E-mel: aduan@seccom.com.my

Orang ramai adalah diminta supaya berhati-hati terhadap kemungkinan skim penipuan pelaburan Internet dan hanya melabur melalui pihak yang diberikan lesen oleh SC.

Mereka hendaklah menyemak dengan SC atau pihak berkuasa berkaitan lain mengenai status pelesenan mana-mana syarikat tempatan atau asing sebelum melabur melalui syarikat itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59