Tuesday, 13 February 2007

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI DAN TANAH-TANAHNYA SEKALI


Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada warden Penjara Simpang Renggam yang disyaki terbabit membekalkan dadah kepada banduan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, mereka dikesan selepas Jabatan Penjara dengan kerjasama polis menubuhkan pasukan penyiasat kira-kira tiga bulan lalu setelah menerima maklumat risikan mengenainya.

‘‘Nama (kakitangan penjara itu) telah diserahkan kepada polis. Setakat ini, seorang daripada mereka sudah ditangkap, manakala empat lagi dalam proses untuk ditahan selama 60 hari bagi siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan bersama pegawai kanan jabatan itu di Penjara Kajang semalam.

Ah Kiow mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai 16 wadar yang disiasat kerana dipercayai terbabit menyeludup masuk dadah ke pusat tahanan itu sejak beberapa bulan lalu.

Berikutan itu, lapan kakitangan penjara berkenaan telah dipindahkan ke penjara lain sehingga siasatan selesai.

Pusat tahanan tersebut menempatkan 4,200 banduan dengan 800 wadar yang bekerja mengikut empat syif tugasan setiap hari.

Selain lima nama kakitangan terbabit, kata Ah Kiow, terdapat juga kakitangan di pusat itu yang dikenakan tindakan tatatertib disebabkan kesalahan sama tetapi beliau enggan mendedahkan bilangannya.

NAMPAKNYA WARDEN PUN 'BERNIAGA' DI ZAMAN SEKARANG. SEMUA INI ADALAH BALA KENAIKAN HARGA BARANG DAN MINYAK. BILA BELANJA MAKIN BESAR ORANG MULA MENCARI ALTERNATIF. MANA YANG TAK KUAT IMAN MEREKA LAKUKAN APA SAHAJA ASAL DAPAT DUIT.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59