Friday, 16 February 2007

HAKIM CABUT LARI PESALAH BERBOGEL


KUALA LUMPUR 16 FEB : Majistret, kakitangan mahkamah, anggota polis dan beberapa orang yang berada di galeri awam sebuah Mahkamah Majistret di sini hari ini tergamam dan terkejut selepas seorang penganggur yang menghadapi pertuduhan merompak tiba-tiba menanggalkan seluarnya.

M. Kuppan, 50, dari Taman Mas, Ipoh, yang memakai kemeja T dilihat memegang seluarnya semasa jurubahasa mahkamah memanggil namanya sebelum membacakan pertuduhan terhadapnya.

Sebelum membacakan pertuduhan itu, jurubahasa wanita itu bertanya kepada Kuppan, yang berdiri dalam kandang pesalah, sama ada dia faham Bahasa Melayu, tiba-tiba lelaki itu melepaskan seluarnya dan berbogel kerana dia tidak memakai seluar dalam.

Mereka yang hadir dalam mahkamah tergamam dan terkejut untuk beberapa saat dengan tindakan lelaki itu sebelum Majistret Tasnim Abu Bakar berkata: "Hei apa ini", sebelum meluru masuk ke biliknya.

Anggota polis segera mengarahkan Kuppan untuk memakai seluarnya sebelum membawanya ke lokap mahkamah.

Tasnim kembali 30 minit kemudian dan memerintahkan Kuppan dihantar untuk pemerhatian psikiatri dan menetapkan 22 Mac bagi sebutan semula kes itu.

Kuppan dituduh merompak sebuah telefon bimbit bernilai RM200 milik Johan Razali Hang Jebat, 19, di Jalan Hang Kasturi di sini kira-kira 9.10 pagi, 11 Jan lepas.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp Shamsul Akma Basiron.

Dari The Star

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59