Tuesday, 6 February 2007

Gelombang Banjir Johor Bawa Bersama Derita Berpanjangan : APAKAH RAKYAT DAN PEMIMPIN INSAF?


Kedukaan. Kesengsaraan. Kepayahan. Tiga perkataan ini ialah rumusan terhadap gelombang banjir yang melanda Johor baru-baru ini.

Di semua pusat pemindahan, garis-garis kesedihan menghiasi setiap wajah mangsa terlibat. Setiap pasang mata merenung kosong, seakan membayangkan masa depan yang begitu keruh, sekeruh air Sungai Johor yang telah melimpah, menenggelamkan keseluruhan daerah Kota Tinggi.

Anak-anak kecil merengek dan menangis, barangkali kerana kelaparan, barangkali juga kerana ketidakselesaan lantaran terpaksa bersesak dan berhimpit di dewan-dewan orang ramai, sekolah-sekolah dan balai raya yang dijadikan kediaman sementara.

Sesekali semilir angin yang bertiup membawa bersama bau-bauan yang tidak menyenangkan, hasil daripada longgokan sampah-sarap yang memenuhi setiap sudut daerah tersebut.

Kebanyakan peniaga berdepan dengan kerugian besar, malah bank-bank terpaksa dihentikan sementara operasinya, menyebabkan ekonomi Kota Tinggi hampir lumpuh dan seakan mati.

NAMUN BEGITU TIDAK KEDENGARAN SEDIKIT PUN RASA INSAF DAN SEDAR AKAN KEKUASAAN ALLAH. TIDAK ADA SATU PUN UCAPAN YANG TERHAMBUR KELUAR DARI MULUT PEMIMPIN ISLAM HADHARI TENTANG BANJIR MERUPAKAN BALA ALLAH YANG SEHARUSNYA DITERIMA OLEH RAKYAT DENGAN REDHA DAN INSAF.

SEPATUTNYA PEMIMPIN ISLAM HADHARI INI MENYERU RAKYAT SUPAYA MEMUHASABAH DIRI MASING-MASING TENTANG TINDAK-TANDUK MASA LALU YANG MUNGKIN MENYEBABKAN ALLAH MURKA.

NAMUN SEMUANYA TIDAK MENJADIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM HADHARI INI INSAF.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59