Friday, 9 February 2007

BUSH DIBICARAKAN OLEH MAHATHIR : BAGAIMANA PULA JENAYAH YANG DILAKUKAN MAHATHIR?



Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam mendengar sembilan pertuduhan terhadap Presiden Amerika Syarikat, George W Bush; Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Perdana Menteri Australia John Howard kerana penderitaan yang ditanggung rakyat Iraq, Lubnan dan Palestin.

Pertuduhan terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya itu dibentangkan peguam perundangan bagi pihak mangsa jenayah perang, Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Matthias Chang di hadapan Dr Mahathir dan lima anggota lain suruhanjaya itu pada hari terakhir persidangan jenayah perang selama tiga hari yang dianjurkan Pertubuhan Keamanan Sejagat Perdana.

BAGAIMANA PULA JENAYAH YANG DILAKUKAN OLEH DR MAHATHIR SENDIRI. BILA IANYA HENDAK DIBICARAKAN. SEMUA ORANG SEPATUTNYA MASIH INGAT KEKEJAMAN-KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH DR MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI DAHULU ANTARANYA. ANTARA DAKWAAN YANG BOLEH DI BUAT KE ATAS BELIAU IALAH :-

1) PEMBUNUHAN AS-SYAHID IBRAHIM LIBYA DAN SAHABAT-SAHABATNYA PADA 19 NOVEMBER 1985
2) PENANGKAPAN AHLI-AHLI POLITIK DAN AKTIVIS REFORMASI DI BAWAH AKTA ZALIM ISA
3) PEMECATAN TUN SALLEH ABAS SEBAGAI KETUA HAKIM NEGARA'
4) PENAFIAN HAK KERAJAAN NEGERI TERENGGANU KE ATAS ROYATI MINYAK
5) PENGUASAAN ANAK-ANAK MAHATHIR YANG MENJADI PENGERUSI KEPADA RATUSAN SYARIKAT
6) RASUAH WANG BERLELUASA SEMASA PEMILIHAN UMNO DAN PILIHANRAYA
7) FITNAH LIWAT DAN RASUAH TERHADAP ANWAR
8) PENIPUAN BELIAU YANG MENGATAKAN ANWAR MENUMBUK MATANYA SENDIRI
9) PENIPUAN-PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA
10)MELINDUNGI MENTERI DAN MENTERI BESARNYA DARI TINDAKAN BPR ATAS KESALAHAN RASUAH
11)DAN BERMACAM-MACAM LAGI JENAYAH LAIN YANG TAK MUAT/SEMPAT DITULIS DISINI


Bila agaknya Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur ini bersidang untuk mendengar pendakwaan ke atas Pengerusinya sendiri, Dr Mahathir Mohamad agar semua dakwaan itu boleh diadili.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

semuts said...

Saya rasa, kita beri peluang untuk mahathir menghukum Bush dan rakan²nya (itu wajib), dan kemudian setelah bush dan rakan²nya dihukum, kita dakwa mahathir di atas kesalahan² yang seperti tersenarai... (ini pun wajib)...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59