Thursday, 8 February 2007

BILA NAK ARAHKAH RAKYAT SOLAT HAJAT TOLAK KEMARAU/BALA?


Doa dan solat hajat memang tidak menjadi satu kemestian atau perkara yang digalakkan oleh Islam Hadhari walaupun sesuatu bala menimpa negara. Malah perkataan bala itu sendiri pun memang alergik dengan pemimpin Islam Hadhari. Mungkin kerana para pemimpinnya perasan bahawa mereka maksum tak perlu minta ampun dan memohon Allah jangan turunkan bala.

Setelah ditimpa bala banjir, kita mengharapkan nada percakapan pemimpin Islam Hadhari berubah dan kembali menyedari bahawa semua kejadian adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah S.W.T. Namun semua itu tidak menjadi kenyataan kerana mereka masih belum insaf.

Sebab itulah dalam kenyataan media Naib Presiden Parti Islam Hadhari yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semalam, menyeru semua jabatan berkenaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diarah supaya memantau perkembangan cuaca dan bekalan air bagi menghadapi kemungkinan kemarau melanda negara ini.

Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementeriannya akan melakukan apa yang termampu bagi mengurangkan kesan kemarau terhadap mereka yang terbabit dalam bidang pertanian.

"Kami perlu berusaha mengurangkan masalah ini. Jika ada apa juga cara untuk mengurangkannya, kami akan lakukan tetapi tidak ada jaminan," kata Muhyiddin kepada pemberita di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dilaporkan memberi amaran bahawa negara dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan akibat fenomena El Nino.

Muhyiddin berkata jika kemarau berlaku, ia bukanlah kali pertama negara menghadapi situasi itu.

"Jika ia berlaku, mungkin kawasan tanaman akan terjejas. Tetapi inilah risiko alam semula jadi yang kita tak boleh nak jangka walaupun ada ramalan dan andaian tertentu," katanya.

TIDAK ADA LANGSUNG ARAHAN SUPAYA BERSOLAT HAJAT ATAU INSAF AKAN KEKUASAAN ALLAH. APAKAH MEREKA MAHU MENGULANGI KEBONGKAKKAN MEREKA SEBELUM BANJIT DAHULU DENGAN MENGATAKAN MEREKA BERSEDIA MENGHADAPI BANJIR.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59