Wednesday, 28 February 2007

PAS SEMAKIN DITERIMA OLEH ORANG BUKAN ISLAM


PAS semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam. Itulah ungkapan yang boleh kita katakan dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum Tionghua dan India. Jurang pemisah antara PAS dan rakyat Bukan Islam semakin didekatkan dengan langkah dan program anjuran Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat serta juga aktiviti Unit Amal yang sentiasa menaburkan khidmat bakti tanpa mengira kaum dan agama.

Gambar di bawah juga membuktikan bahawa PAS semakin disenangi oleh kaum bukan Islam. Gambar menunjukkan Encik Lim seorang penduduk di sekitar Kampung Jawa, Johor yang membantu PAS untuk menaikkan bandera sempena kehadiran Tuan Guru Presiden PAS ke Kampung Jawa.

Beliau terpanggil untuk membantu PAS setelah 'terpegun' dengan kesungguhan PAS membantu mangsa banjir di Johor.

Gambar Ihsan Blog Ketua DPPNJ


AKHBAR THE STAR MESTI DIGANTUNG LESEN KERANA MENYIARKAN BERITA PALSU DAN SENSITIF


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar The Star digantung atau dilucutkan lesennya kerana menyiarkan berita palsu dan berunsur fitnah.

Inilah adalah ekoran dari percanggahan berita yang disiarkan oleh akhbar itu pada hari Sabtu lalu yang melaporkan bahawa (10 adik beradik mahu disenaraikan sebagai beragama Hindu dalam MyKad mereka) .

Tetapi semalam 27 Feb akhbar tersebut menyiarkan pula laporan yang bercanggah dengan laporan asal Sabtu lalu.

IKUTI ULASAN ROSLAN SMS BERKENAAN ISU INI.

The Star mensensasikan isu murtad

Isu masyarakat Islam yang memohon untuk meninggalkan agamanya atau murtad dalam negara ini adalah satu isu yang sangat sensitif dan kalau boleh tidak mahu disensasikan. Ini kerana ianya satu isu yang membawa malu dan aib kepada agama dan jika ditonjolkan secara keterlaluan ia bakal mengundang padah kerana isu agama adalah isu yang boleh mencetuskan ketegangan.

Saya kira masyarakat Islam di Malaysia adalah satu kelompok masyarakat yang paling toleran jika dibandigkan dengan masyarakat Islam dunia. Walaupun mereka menganut agama Islam namun mereka boleh hidup di bawah satu bumbung dengan masyarakat bukan Islam yang lain tanpa banyak karenah dan pertikaian. Perayaan dan upacara kepercayaan agama lain dihormati dan tidak diganggu atas sifat tolak-ansur dan muhibbah tadi.


Walaupun terhidu asap dari daging khinzir yang disalai dikhalayak ramai di Jalan Petaling atau bau colok dari kuil-kuil termasuklah yang dinyalakan di hadapan rumah (colok zaman moden ini sebesar pemeluk kadangkalanya) dan di pokok serta binaan tertentu atau jalanraya ditutup dan sesak kerana perarakan Thaipusam, mercun yang bingit dan mendesingkan telinga dan berbagai lagi, namun semuanya diterima kerana menghargai kehadiran dan sumbangan semua pihak ke arah pembinaan negara yang dikasihi.

Akan tetapi saya perhatikan sejak akhir-akhir ini ada beberapa pihak (saya tidak menuduh semua, tetapi segelintir pihak yang berkepentingan) sengaja mahu menjolok-jolok dan mencabar social equilibrium atau tahap ketenangan sosial ini kononnya atas nama hak asasi sedangkan ianya sebelum ini tidak pernah pun dijolok-jolok sedemikian rupa.

Pada hari Sabtu lalu 23 Febuari (keratan akhbar di bawah) akhbar The Star muka 10 dengan gambar warna membawa laporan dengan tajuk:

10 siblings want to be listed as Hindus in their MyKad
(10 adik beradik mahu disenaraikan sebagai beragama Hindu dalam MyKad mereka)


Konon-kononnya dengan bantuan ahli Parlimen DAP Bukit Mertajama, Chong Eng, seramai 10 adik-beradik yang disenaraikan sebagai beragama Islam dalam MyKad mereka mahu menukar status itu ke agama Hidnu kerana menurut mereka walaupun bapa mereka Ibrahim Noyah 67 beragama Islam namun mereka dibesarkan dalam mengamal gama Hindu.

Pada 16 Febuari mereka masing-masing telah mengemukakan pengakuan bersumpah di Mahkamah Majistret Seberang Perai Selatan mengaku bahawa mereka telah mengamalkan agama Hindu sejak lahir.

Mereka masing-masing telah berkahwin dengan penganut Hindu (tetapi tak seorang pun telah mendaftarkan perkahwinan mereka itu).

Dalam laporan akhbar itu dikatakan bahawa bapa mereka Ibrahim Noyah asalnya telah berkahwin dengan seorang wanita Islam , Sabariah, yang telah meninggal dunia pada tahun 1958. Selepas itu Ibrahim telah berkahwin dengan jirannya M.Nagamah (seorang Hindu) tanpa mendaftarkan perkhawinan itu. Ditulis dalam laporan akhbar itu:

He then married M.Nagamah but did not require her to convert
(Beliau kemuadian telah mengahwini M.Nagamah tetapi tidak mensyaratkannya menukar agama)

Laporan ini sungguh memilukan hati mana-mana penganut Islam kerana bagaimana seorang bapa yang beragam Islam boleh rela dan membenarkan kejadian ini. Dan dalam gambar yang disertakan dengan laporan The Star ini ditunjukkan dalam kumpulan adik-beradik itu hadir Ibrahim bersama (yang ketika itu tidak pula dilaporkan mengalami apa-apa kecacatan)

Tiba-tiba selang tiga hari iaitu pada 27 Febuari dimuka 14 akhbar yang sama dilaporkan:

Parents of Hindu sibblings want to stay as Muslims
(Ibu-bapa adik-beradik Hindu mahu kekal sebagai Muslim)


Menurut laporan ini pula kes murtad adik-beradik ini berubah apabila Ibrahim Noyah, bapa kepada adik-beradik tersebut yang buta penglihatan (pada laporan 24 Febuari tidak langsung dinyatakan yang Ibrahim ini buta) menyatakan bahawa:

He was still a Muslim and that his wife M.Nagamah had converted to Islam in 2005 and assumed the name Mariah Abdullah
(Beliau masih seorang Muslim dan isterinya M.Nagamah telah pun memeluk agama Islam pada tahun 2005 dan mengambil nama Mariah Abdullah)

Apa sudah jadi?

Akhbar yang sama yang mensensasikan isu murtad ini tiba-tiba mencanggahi laporan asalnya!

Dalam laporan awal dikatakan bahawa M.Nagamah tidak menukar agamanya, bermakna Ibrahim merelakan isterinya kekal sebagai seorang Hindu, tetapi rupanya M.Nagamah telah pun Islam 2 tahun lalu.

Perkembangan ini sungguh membimbangkan dan kita mengharapkan agar Jabatan Agama di Pulau Pinang segera mengambil tahu dan bertindak agar kes ini tidak dieksploitasi atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.

Saya boleh percaya bahawa pada ketika laporan awal The Star itu terbit mungkin Ibrahim yang buta itu tidak pun sedar apa yang berlaku, cuma menurut sahaja. Jika tidak masakan kemudian dia mendakwa pula bahawa mahu kekal sebagai Islam dan isterinya juga telah Islam.

Kenapa semua pihak membisu dalam isu ini, siapakah yang bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan maruah agama dalam hal ini. Kenapa The Star boleh diberi lesen mensensasikan isu murtad ini seolah-olah Malaysia kini begitu terbuka dan mengizinkan penganut Islamnya murtad tanpa apa-apa masalah.

Bangkitlah segera dari tidur anda sebelum Allah mencampakkan murka Nya kepada kita


PANTAU GLC DAN KHAZANAH NASIONAL - PAC


PAC mahu kabinet pantau GLC dan Khazanah Nasional

Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet bagi memantau keputusan yang dibuat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Khazanah Nasional.

Pengerusinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu akan membolehkan kerajaan mempunyai "pengawasan politik" atas perjalanan firma-firma ini, kata hari ini.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata,penubuhan jawatankuasa tersebut, sangat diperlukan kerana ia bukan sahaja untuk memantau prestasi GLC, malah memperhalusi peranan mereka dalam pembangunan negara.

"Jawatankuasa kabinet juga boleh memantau konsesi yang diberikan oleh kerajaan kepada beberapa syarikat serta prestasi GLC yang telah diswastakan...

“kita perlu memastikan pelaburan kerajaan dikendalikan dengan sempurna," katanya selepas mendengar taklimat oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Mohamed Nor Yaacop kepada PAC semalam.

Pada keseluruhannya, kata Shahrir, GLC dan Khazanah Nasional melibatkan kira-kira RM114 bilion dana kerajaan.

Sejak Pak Lah menerajui kerajaan, banyak syarikat GLC mengalami kerugian antaranya MAS dan lain-lain. Adalah lebih baik Jawatankuasa pemantauan yang dicadangkan itu dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi, ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.


Tuesday, 27 February 2007

MANGSA BANJIR AMBIL WANG EHSAN LEBIH DARI RM200 : PEMUDA DESAK BPR SIASAT


BUKIT KATIL : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Hj Salamat Aman mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat isu pemberian wang ehsan bantuan banjir yang didakwa lebih dari jumlah mangsa banjir sebenarnya.

Dalam kenyataannya kepada blog ini pagi ini, Hj Salamat menyatakan bahawa kerajaan ini gagal menangani krisis banjir di negeri ini samada dari segi penempatan mangsa banjir, kebajikan mangsa banjir sehinggalah kepada pengurusan bantuan wang ehsan banjir.

Apa yang lebih malang katanya, bilangan penerima wang ehsan banjir berjumlah RM200 melebihi dari bilangan sebenar mangsa banjir.

"Kita bimbang adanya unsur-unsur penipuan dan penyelewangan dalam urusan pemberian wang ehsan ini" katanya.

"Perkara ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Islam Hadhari Negeri Melaka amat lemah dalam pengurusan kewangan. Urusan yang mudah sebegini pun mereka tak dapat kendalikan dengan baik, sebab itulah hutang negeri Melaka semakin meningkat" tambah Hj Salamat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam baru-baru ini mengakui bahawa seramai 3,492 orang mangsa banjir di negeri ini dikenalpasti mengambil lebih daripada RM200 wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.

Ali terpaksa membuka pekung di dada sendiri apabila mengakui bahawa hanya seramai 16,347 keluarga di negeri ini yang direkodkan terlibat bencana banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata bahawa seramai 19,839 keluarga menerima wang ehsan tersebut dan ia menunjukkan ada diantara mereka yang mengambil lebih daripada RM200 yang diperuntukkan.


HATI-HATI DENGAN PELABURAN INTERNET


SC Beri Amaran Pada Pelabur Berhubung Skim Pelaburan Internet Cambridge, YANG LEBIH PENTING PELABURAN DI INTERNET TIDAK DIKETAHUI HALAL KE HARAM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) membekukan dua akaun bank Malaysia berjumlah RM1.6 juta, menutup dua laman web dan menyoal siasat beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan skim penipuan pelaburan Internet global yang dikendalikan Cambridge Capital Trading.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata ia telah menjalankan siasatan atas kemungkinan berlakunya pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

Ia dicetuskan oleh permintaan bantuan daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA), yang menjalankan penyiasatannya sendiri mengenai skim itu.

Siasatan oleh SC membawa kepada perintah sekatan atas penanda tangan dua akaun bank di Malaysia, yang dikaitkan dengan skim Internet itu, daripada apa-apa urusan dengan akaun bank itu.

SC juga mendapatkan bantuan Pusat Keselamatan dan Tidak Balas Kecemasan (NISER) untuk menutup dua laman web yang dikaitkan dengan Cambridge Capital Trading yang dihoskan oleh oleh sebuah Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia.

SC memberi amaran kepada para pelabur mengenai skim pelaburan penipuan yang dikendalikan Cambridge Capital Trading, yang sehingga kini menyasarkan pelabur dari Australia dan Singapura.

Pengendali skim itu telah membuat panggilan rambang kepada orang ramai untuk mempelawa mereka melabur dalam sebilangan produk yang didakwa didagangkan di Bursa Opsyen Dubai.

SC mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan yang dibuat daripada Cambridge Capital Trading.

Mereka dinasihatkan supaya berwaspada dengan panggilan rambang daripada Cambridge Capital Trading dan laman web Bursa Opsyen Dubai, www.cambridgecapitaltrading.com dan www.dubaiex.com, yang masih boleh diakses memandangkan ia kini dihoskan oleh ISP asing.

Ia juga mengingatkan mengenai pautan laman web palsu ketiga kepada Cambridge Capital Trading, iaitu United Arab Emirates Commodity Futures Board atau www.uaecfb.com.

Orang ramai dinasihatkan supaya memaklumkan kepada SC secepat mungkin sekiranya mereka menerima panggilan rambang itu dengan menghubungi Jabatan Pengaduan SC di talian +603-6204 8999 Faks: +603-6204 8991 E-mel: aduan@seccom.com.my

Orang ramai adalah diminta supaya berhati-hati terhadap kemungkinan skim penipuan pelaburan Internet dan hanya melabur melalui pihak yang diberikan lesen oleh SC.

Mereka hendaklah menyemak dengan SC atau pihak berkuasa berkaitan lain mengenai status pelesenan mana-mana syarikat tempatan atau asing sebelum melabur melalui syarikat itu.


LAGI BUKTI PILIHANRAYA KIAN HAMPIR


Ahli lama PAS kecewa, sertai Umno - TAKTIK TRADISIONAL UMNO MENJELANG PILIHANRAYA UMUM BERMULA

JERTIH: Seramai 133 anggota PAS dari beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno secara beramai-ramai dalam satu majlis di Kampung Hutan Nangka, dekat sini.

Kesemua bekas anggota PAS itu yang terdiri daripada penduduk Kampung Kayu Kelat, Cerang Meliling, Hutan Nangka dan Kubang Depu menyerahkan borang keanggotaan Umno masing-masing kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh malam tadi.

Depu sebelum ini merupakan kubu kuat PAS Besut.

Penyerahan borang keanggotaan Umno telah disampaikan bekas Ketua PAS Cawangan Cerang Meliling, Zakaria Said, 61, dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Ibrahim Said, 54, dari cawangan Kayu Kelat.

Zakaria berkata mereka mengambil keputusan menyertai Umno kerana bosan dengan janji PAS, yang masih tidak mampu membawa perubahan sama ada daripada segi pembangunan mahu pun terhadap agama Islam.

"Kita selama ini tertipu dan banyak terpedaya oleh perbuatan pemimpin PAS yang lebih banyak bercakap daripada mengotakan janji," katanya.

Zakaria yang lebih 40 tahun berada dalam PAS tidak menyesal dengan tindakan mereka kerana yakin Umno boleh membawa perubahan kepada bangsa, agama dan negara.

Ibrahim berkata mereka tertarik untuk menyertai Umno kerana parti itu terbukti banyak menunaikan janji daripada bercakap kosong.

Beliau yang telah 30 tahun menyertai PAS, yakin Malaysia akan aman, maju dan makmur jika Umno terus memimpin negara berbanding pemimpin PAS yang hanya tahu untuk hidup senang dan membiarkan pengikutnya miskin.

Sementara itu, Idris berkata lebih banyak anggota PAS Besut akan menyertai Umno melalui program Selamat Tinggal PAS (STP) yang dianjurkan pihaknya dalam sedikit masa lagi.

Sebelum ini, katanya majlis yang sama telah diadakan di Kampung Raja dan Kuala Besut yang membabitkan kemasukan anggota PAS ke dalam Umno melebihi 300 orang.

dari thestar


SATU LAGI PROGRAM 'MENGUNDANG' BALA DI JOHOR


Konsert Search untuk mangsa bah 10 Mac

JOHOR BARU: Sebagai tanda simpati terhadap ribuan rakyat Johor yang dilanda bencana banjir baru-baru ini, kumpulan rock Search akan mengadakan konsert bagi mengumpul wang untuk disumbangkan kepada mereka.

Konsert yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Johor Baru itu akan diadakan pada 10 Mac, mulai pukul 8.30 malam.

Bertemakan "Konsert Search... Selepas Banjir" anjuran Bidara Megah Sdn Bhd dan Rizh Management, konsert kumpulan rock terkenal tanah air itu dijangka dihadiri kira-kira 6,000 penonton.

Amy, selaku vokalis kumpulan itu, berkata beliau terpanggil untuk mengadakan konsert itu selepas membantu mangsa banjir di kawasan Seri Medan, Batu Pahat, baru-baru ini.

"Selepas melihat keadaan mereka, kita rasa bertanggungjawab untuk mengumpul wang dan kita sedar untuk memulihkan kehidupan yang terjejas bukan senang dan ia mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," katanya yang merupakan anak jati Johor kepada pemberita mengenai konsert itu di sini hari ini.

Amy, yang turut ditemani anggota-anggota lain kumpulan itu Hillary dan Yazid, berkata tiga hari sebelum berlangsungnya konsert, pihaknya akan meletakkan tiga buah kontena di stadium dan orang ramai yang ingin memberi sebarang sumbangan barang keperluan boleh meletakkannya dalam kontena itu sebelum barangan itu diedarkan selepas konsert.

"Kita yakin konsert ini mendapat sambutan yang hangat selepas konsert pada 2004 dan tentunya ramai peminat Search dahagakan lagu-lagu baru dan lama kami," katanya.

DALAM ISLAM HADHARI SEMUA BOLEH.

INILAH CARA ISLAM HADHARI UNTUK MENDAPATKAN WANG BANGI MEMBANTU MANGSA YANG DITIMPA MUSIBAH DAN BALA ALLAH. ALLAH MEMBERIKAN PENRINGATAN KEPADA RAKYAT SUPAYA BERMUHASABAH ATAS KEJADIAN BANJIR TERSEBUT. TETAPI LEPAS BANJIR SURUT RAKYAT DIHIDANGKAN PULA DENGAN PROGRAM MAKSIAT.

SEPATUTNYA KERAJAAN MENGGALAKKAN RAKYATNYA BERAMAL DAN MEMBUAT POST MORTEM MUNGKIN ADA TINDAKAN DAN PERANGAI KITA SEMUA YANG DIMURKAI ALLAH.

ADUHAI PEMIMPIN ISLAM HADHARI BILA NAK INSAF. NOH GADUT BUAT APA????? TAKKAN SENYAP JE.


LAGI BUKTI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI GAGAL LAHIRKAN INSAN BERAKHLAQ MULIA


Ramai pelajar perempuan bermasalah lakukan seks: Kajian

KUALA LUMPUR: Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai "berisiko tinggi" yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Penemuan yang amat membimbangkan itu kerana menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi" terhadap remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah.

Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada kalangan pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.

Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.
"Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemubual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.
"Ini keputusan yang amat memeritkan namun ia adalah satu realiti yang harus kita terima," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini.

Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.

Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Katanya kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.

"Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal dari pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain," katanya.

Beliau berkata selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Khaidzir berkata dapatan kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.

"Walaupun dapatan kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menuding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Katanya kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.

BUKTI DI ATAS MERUPAKAN SATU LAGI FAKTA YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN DI MANA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI GAGAL MEMBENTUK INSAN YANG BERAKHLAQ MULIA. JIKA SEKIRANYA SISTEM PENDIDIKAN INI BERKUALITI DAN BERKESAN SUDAH TENTU WALAU SEBESAR MANA MASALAH MEREKA, PELAJAR-PELAJAR TERBABIT SUDAH TENTU MEMPUNYAI KETAHANAN DIRI.

MASALAHNYA SEKARANG SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI HANYA MEMENTINGKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SEMATA-MATA, BAHKAN LEBIH TERUK LAGI SUBJEK AGAMA DIKESAMPINGKAN SEHINGGA IANYA TIDAK WAJIB DIAMBIL UNTUK PEPERIKSAAN.


Monday, 26 February 2007

CERITA HINDUSTAN : PELAKU RASUAH NAK BASMI RASUAH


Beberapa isu politik dan isu jenayah di negara kita sekarang sama seperti filem hindustan. Manakan pemimpin yang ada sekarang didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan bermacam-macam lagi kes.

Orang yang dulunya miskin tiba-tiba menjadi kaya kerana memegang jawatan politik. Ramai orang yang tidak terpelajar dan 'bodoh' diangkat menjadi pemimpin dengan penggunaan rasuah politik (politik wang).

Fenomena ini tak ubah seperti cerita hindustan.

Hari ini Malaysiakini menyiarkan berita berkenaan beberapa dakwaan – daripada perbuatan rasuah hingga kepada jenayah seksual – telah dibuat terhadap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat Noor, oleh salah seorang bekas pegawai BPR.


Dakwaan tersebut dibuat dalam satu laporan yang dibuat tahun lalu oleh bekas pegawai BPR, Mohamad Ramli Manan kepada Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar.

‘Laporan maklumat awal’ yang dibuat oleh Ramli itu didedahkan oleh Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Rasuah (Gerak), Ezam Mohd Nor dalam satu sidang akhbar di Kelana Jaya hari ini.

Dalam laporan itu, Ramli merujuk kepada Zulkifli sebagai B1. Zulkipli menjadi Ketua Polis Johor sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR enam tahun lalu, dan merupakan pegawai polis pertama dilantik memegang jawatan tersebut.

Ramli mendakwa, pada 1997, ketika Zulkipli menjadi Ketua Polis Johor, BPR mendapat tahu beliau memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya’. Dia juga didakwa terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah.

Jenayah seksual

Selain itu, Ramli juga mendakwa, polis telah menyiasat Zulkipli berhubung satu jenayah seksual berikutan laporan yang dibuat oleh seorang surirumah di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Surirumah tersebut, katanya, juga membuat tiga lagi laporan di balai polis Mambau di Negeri Sembilan, Segambut dan Dang Wangi di Kuala Lumpur atas dakwaan yang membabitkan kekerasan jenayah kerana membuat laporan awal tersebut.

Ramli juga mendakwa, terdapat bukti yang menunjukkan Zulkipli telah mencampuri siasatan polis di mana saksi telah diancam supaya tidak bekerjasama dalam siasatan polis.

Ramli juga mendakwa, Ketua Pengarah BPR itu memilik banyak harta dan kepentingan perniagaan termasuk enam buah rumah di Pagoh, Johor.

Menurutnya, pihak BPR mendapatkan tahu yang pihak polis telah menyiasat Zulkipli kerana didakwa menggunakan kenderaan kerajaan untuk melihat harta dan kepentingan perniagaan terbabit.

Menurut laporan itu lagi, dakwaan tersebut sudah diketahui oleh kalangan polis dan beberapa pegawai polis juga telah memberi bukti mengenai aktiviti rasuah Zulkipli kepada Suruhanjaya Diraja Polis, dua tahun lalu.

“Sebagai seorang pegawai kanan BPR, saya telah dengan tegas menyatakan bahawa kehadiran berterusan B1 dalam perkhidmatan awam, khususnya di BPR, yang tugas utamanya untuk membasmikan rasuah, adalah satu ancaman keselamatan kepada negara,” tambahnya.

Ramli menyuarakan harapannya agar pihak polis akan menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan tersebut.

Dalam perenggan akhir laporannya itu, Ramli berkata, beliau telah secara rasmi memaklumkan kepada pihak berkuasa berkenaan mengenai dakwaan tersebut sejak 2003. Bagaimanapun, ianya tidak diperdulikan.

“Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan tugas terakhir saya kepada negara kerana saya akan bersara wajib. BPR, sebagai sebuah institusi awam yang penting, perlu disokong oleh semua pihak dan memastikan ia menjalankan tugasnya kepada negara sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara,” kata Ramli yang bersara selepas beliau memfailkan laporan tersebut.

Laporan maklumat awal itu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Perkhidmatan disambung

Ketika dihubungi malaysiakini petang ini, Ramli mengesahkan yang beliau menulis laporan tersebut.

Ditanya mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Ramli, 56, yang kini tinggal di Negeri Sembilan – berkata pihak polis patut menyiasatnya.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, Ezam berkata salinan laporan tersebut telah dihantar melalui kiriman pos oleh individu yang tidak dikenali ke pejabat Gerak beberapa minggu yang lalu.

Katanya, walaupun pertubuhannya itu tidak bertemu dengan Ramli, tetapi Gerak telah dapat mengesahkan ketulenan laporan tersebut melalui sumber-sumbernya.

Menurut Ezam, pihaknya juga telah menghantar laporan tersebut kepada Perdana Menteri secara tangan ke pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Mengenai dakwaan tersebut, Ezam mempersoalkan mengapa Perdana Menteri telah menyambung perkhidmatan Zulkifli pada 2005.

Katanya, terdapat sebab-sebab yang mencukupi untuk mencurigai mengapa kontrak (perkhidmatannya) di sambung sedangkan dakwaan tersebut timbul beberapa tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis supaya menyiasat segera dakwaan tersebut, manakala Zulkipli yang dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001, hendaklah digantung perkhidmatannya sehingga siasatan selesai dijalankan.

Zulkipli tidak dapat dihubungi untuk mendapat komennya.


AMERIKA AKAN MENYESAL MENYERANG IRAN


AMERIKA AKAN MENYESAL JIKA MENYERANG IRAN.

TEHERAN : Di sebalik tekanan Barat, Iran bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk serangan musuhnya - Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Iran menegaskan demikian sehari selepas laporan bahawa Israel sedang mendapatkan kebenaran Washington menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Teheran.

Pendirian itu ditegaskan oleh tiga pemimpin Iran - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad; Menteri Luar, Manouchehr Mottaki dan timbalannya, Manouchehr Mohammadi hari ini.

Presiden Iran memberitahu, negaranya sama sekali tidak akan berpatah balik daripada meneruskan program nuklearnya meskipun terus berhadapan dengan tekanan Barat.

“Kereta api negara Iran bergerak tanpa mengenakan brek dan tidak ada gear berundur (dalam program nuklear),” kata beliau di hadapan ulama-ulama Islam di sini.


Kenyataan itu juga dikeluarkan sehari sebelum lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jerman mengadakan mesyuarat tergempar di London esok untuk merangka resolusi baru bagi mengenakan sekatan ke atas Iran.

Semalam, akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel menyebut, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.

Kemungkinan serangan tersebut akan berlaku diperkuatkan dengan kenyataan Naib Presiden AS, Dick Cheney yang negaranya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu.

Serangan itu memperlihatkan perbalahan AS dengan Iran berhubung isu nuklear semakin memuncak dan ternyata alasan Iran sebelum ini yang menyatakan bahawa program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan menjana tenaga dipandang sepi oleh negara yang menganggap dirinya sebagai ‘polis dunia’ itu.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya Khamis lalu mengatakan Iran enggan menghentikan program pengayaan uraniumnya seperti yang dituntut oleh

Majlis Keselamatan dan sebaliknya bertindak memperkembangkan aktiviti itu.

Sementara itu, Manouchehr Mohammadi pula berkata, Iran telah mengambil persiapan yang perlu untuk menghadapi serangan ketenteraan daripada AS.

“Kami telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang situasi, sekalipun jika perang meletus.

“Iran juga bersedia untuk mengadakan rundingan tanpa prasyarat dengan AS tetapi pihak Amerika belum menerima tawaran itu,” kata beliau hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Luar itu, pegawai Iran telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pihak Amerika berhubung Afghanistan dan Iraq tetapi mereka mahu Iran menerima syarat-syarat AS terlebih dahulu sebelum rundingan boleh berlangsung.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menegaskan, beliau hanya akan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya dari Iran jika Teheran terlebih dahulu bersetuju untuk menggantung kegiatan pengayaan uranium.

Manouchehr Mohammadi berkata, Teheran akan meneruskan program nuklearnya jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi kedua bagi mengenakan sekatan lanjut terhadap Iran.

“Jika resolusi kedua diluluskan, kami tidak akan mengendahkannya dan Iran akan meneruskan program nuklearnya,” kata beliau.

Bagaimanapun Manouchehr Mottaki pula memberitahu, AS tidak akan melancarkan perang baru dan masih mahu mengekalkan rundingan sebagai satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian berhubung aktiviti nuklear Iran, bukannya ancaman.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Cheney tersebut.

Tambah beliau, AS tidak mampu untuk menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan Iran melalui perang dunia ketiga selepas konflik di Afghanistan dan Iraq.

“Kami tidak melihat AS berada dalam kedudukan untuk memaksa pembayar cukai Amerika menanggung kos krisis lain dengan melancarkan satu lagi perang di rantau ini,” kata Menteri Luar itu kepada pemberita semalam.


Pemuda PAS kesal lelaki dikebumi tanpa pengetahuan keluarga


Johor Baharu : Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) memandang serius berita yang bertajuk "Wanita kecewa polis tak beritahu anak mati" yang disiarkan di dalam Berita Minggu semalam.

Mohd Aziz Reman, 37, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah pada 1 Januari lalu, selepas ditahan polis dan dikebumikan tanpa pengetahuan keluarganya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil berkata, perbuatan merahsiakan kematian dan memberi penyataan bahawa anaknya telah dibebaskan pada 22 November 2006 adalah merupakan satu kesalahan yang melampau.

“DPPNJ sangat kecewa dengan peristiwa ini dan menuntut penjelasan daripada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DPPNJ juga katanya, menyarankan kepada keluarga Allahyarham Mohd Aziz supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap kegagalan polis memaklumkan lebih awal kejadian ini.

“DPPNJ bersedia untuk menyediakan khidmat guaman,” katanya lagi.

Cari di JB

Menurut laporan Berita Minggu itu, ibu lelaki tersebut, Patimah Daing Matrok, 58 dari di Kampung Sungai Dulang, Rengit, berkata kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di Jabatan Agama Johor (JAJ) ialah pada 6 November tahun lalu dan selepas itu beliau tidak mengetahui ke mana anaknya pergi.

Bagaimanapun, Patimah dilaporkan berkata, ketika berusaha mencarinya di Johor Bahru pada 11 Disember lalu, beliau terjumpa kereta anaknya di kawasan Balai Polis Sentral.

Apabila bertanya dengan pegawai bertugas, beliau dilaporkan dimaklumkan bahawa anaknya sebelum itu ditahan polis tetapi sudah dibebaskan pada 22 November.

Menurut Berita Minggu lagi, pencarian Patimah berakhir apabila 16 Februari lalu, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang memaklumkan Mohd Aziz sebenarnya sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu.

Terkejut dengan berita itu, beliau dilaporkan bergegas ke Johor Bahru tetapi gagal menemui pegawai polis terbabit untuk mendapatkan penjelasan sebenar mengenai kejadian yang menimpa anaknya.

Mengaku kesilapan

Kelmarin barulah beliau dilaporkan berpeluang berjumpa dengan anggota polis berpangkat sarjan yang mengetahui kejadian itu.

"Polis itu meminta maaf sambil menangis dan mengaku kesilapannya,” katanya dalam laporan tersebut.

Patimah juga dilaporkan berkata, beberapa ahli keluarganya bercadang mendapatkan nasihat guaman sebelum mengambil tindakan undang-undang berikutan kegagalan polis memaklumkan lebih awal kejadian menimpa anaknya.

Menurut laporan Berita Minggu lagi, beliau bagaimanapun tidak berhasrat meminta polis dan JAJ menggali semula kubur anaknya di Johor Bahru yang dikebumikan tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Sebaliknya, Patimah dilaporkan berkata, beliau berpuas hati dengan keterangan polis serta pihak hospital yang mengesahkan anaknya, Mohd Aziz Reman, 37, sudah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, pada 1 Januari lalu.

"Biarlah dia bersemadi dengan tenang dan saya reda dengan pemergiannya tetapi saya kesal kerana polis tidak langsung memaklumkan kepada kami ketika anak saya itu dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia," katanya dalam laporan tersebut.

Dari Malaysiakini


PAKAIAN PRAMUGARI AIR ASIA SESUAI DENGAN ISLAM HADHARI


IPOH: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia harus mencerminkan kebudayaan Malaysia supaya penumpangnya dengan mudah mengenali negara ini, kata presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan salah seorang pemimpin Pemuda Umno.

"Kami gembira AirAsia mampu menyediakan tiket pesawat yang murah tetapi pihak pengurusan syarikat itu mesti memastikan penerbangannya memaparkan identiti dan budaya negara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco MBM di sini semalam.

Tak payah nak 'komplen' wahai Shamsul, sebab pakaian Pramugari Air Asia tu memang sesuai dengan Islam Hadhari yang sememangnya tidak MEMENTINGKAN AURAT.


BALA ALLAH DI SAMBUT DENGAN PROGRAM MAKSIAT


Islam Hadhari sememangnya tidak mengenal HALAL dan HARAM. Prinsip yang digunapakai oleh mereka ialah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Asalkan perkara itu dinamakan AMAL maka yang HARAM pun jadi HALAL disisi Islam Hadhari.

Bukankah banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini adalah bala Allah. Namun semua itu tidak MENGINSAFKAN pemimpin Islam Hadhari. Patutlah mereka sedikitpun tidak menyebut BALA Allah mereka menyatakan ianya adalah fenomena baru. MEMANG DASAR ORANG SEKULAR TAKUT HENDAK MENYEBUT BALA ALLAH.

Malam tadi sekali lagi Parti Islam Hadhari 'mencabar' Allah apabila mengadakan konsert 'Amal' (Amal ????) bagi mengutip duit mengisi tabung bencana alam Negeri Johor.

Lebih 50 artis popular tanah air menjayakan Konsert 'Amal' Kasih bagi membantu mangsa banjir Johor, di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin.

Konsert 'amal' anjuran Umno Bahagian Johor Baharu dan Majlis Bandaraya Johor Baharu.

Antara artis yang menjayakan konsert itu adalah juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi yang sebelum ini dikatakan tidak dapat hadir kerana jadualnya padat dengan aktiviti lain.

Turut membuat persembahan adalah Datuk A. Rahman Hassan, Kumpulan V.E., Datuk Sharifah Aini, Spider, Search, Fauziah Latiff, Ramlah Ram, Dina, Rabbani, Hijjaz, Amy Search, Mas Idayu dan Nurul.

Hampir 2,000 orang hadir di konsert itu yang mengenakan bayaran sebanyak RM20 untuk setiap orang.

Semua hasil kutipan bagi konsert itu akan disalurkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Konsert seperti sudah pasti melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Penyanyi-penyanyi lelaki dan wanita 'melalak' tanpa memikirkan batas aurat dan kesopanan. Kebanyakan artis terutama wanita sudah pasti mendedahkan aurat.

Kita ingin bertanya kepada NOH GADUT apakah konsert seperti bertepatan dengan Islam atau tidak????

Apakah dengan diselitkan lagu-lagu nasyid ianya dapat MENGHALALKAN percampuran lelaki dan perempuan, menutup aurat tidak diwajibkan dan sebagainya.

INSAFLAH WAHAI PEMIMPIN ISLAM HADHARI.


BERAPA JUTA WANG RAKYAT LEBUR PADA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA?


Memang tidak dapat dinafikan samutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Melaka baru-baru ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kaum di negara kita. Tetapi apa yang dikesalkan ialah tentang cara sambutan tersebut yang boleh dikatakan membazir kerana belanjanya yang sangat besar.


Bayangkan berapa kos 100,000 biji limau mandarin, 100,000 botol air mineral, peralatan, lampu, sewaan dan sebagainya. Sudah pasti kos menelan belanja jutaan ringgit.

Di saat masih ada rakyat yang melarat tidak mempunyai rumah, tidak ada elektrik, kanak-kanak tidak dapat ke sekolah kerana tiada wang dan sebagainya, kerajaan Islam Hadhari sanggup berbelanja jutaan ringgit hanya untuk program sambutan Tahun Baru Cina selama satu malam sahaja.

INILAH PEMIMPIN ISLAM HADHARI SEBENARNYA YANG HANYA TAHU MENGHABISKAN DUIT RAKYAT TANPA MEMIKIRKAN KEPENTINGAN RAKYAT ITU SENDIRI.


Sunday, 25 February 2007

ISLAM HADHARI TIDAK MENDIDIK PESAKIT MENUNAIKAN SOLAT


KUALA LUMPUR: Ramai pesakit dan kakitangan tidak melakukan solat ketika di hospital atas sebab tertentu, termasuk alasan tidak munasabah.

Hasil kajian oleh sebuah hospital kerajaan menunjukkan, pesakit tidak menunaikan solat ketika di wad kerana kurang mengambil berat ibadah berkenaan berikutan kejahilan serta tidak faham pentingnya solat setiap masa.

Hospital Kerajaan Islam Hadhari sememangnya tidak menitikberatkan masalah solat ini. Pesakit-pesakit tidak diperingatkan bahawa solat adalah wajib walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Walaupun dalam akta perubatan ada memperuntukkan supaya pegawai agama harus diwujudkan di hospital kerajaan dan swasta tetapi pelaksanaannya boleh dikatakan tiada langsung.

INILAH MASALAHNYA APABILA ISLAM HANYA DIAMALKAN HANYA PADA PERKARA-PERKARA TERTENTU SAHAJA. SEDANGKAN ISLAM SEPATUTNYA DIDAULATKAN DALAM SEGENAP BIDANG KEHIDUPAN


Saturday, 24 February 2007

BILALAH PEMIMPIN WANITA ISLAM HENDAK CONTOHI RAJA PERMAISURI AGUNG DAN TENGKU PUAN PAHANG



Alhamdulillah dua orang Permaisuri Raja iaitu Raja Permaisuri Agung dan Tengku Puan Pahang (Gambar) Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berpakaian menurut perintah Allah.


MASALAHNYA BILAKAH PEMIMPIN WANITA DAN ANAK-ANAK PEREMPUAN PEMIMPIN ISLAM HADHARI HENDAK MENUTUP AURAT??


Gambar dari Blog Roslan SMS


AMBIL ISLAM SEBAGAI PENYELESAI MASALAH. INSYA ALLAH SEMUANYA AKAN DAPAT DIATASI


Pemadam Tubuh Kumpulan Pemikir Perangi Salahguna Dadah

Persatuan Mencegah Salah Guna Dadah Malaysia (Pemadam) bercadang mewujudkan kumpulan pemikir di peringkat negeri bagi merealisasikan matlamat negara bebas tanpa dadah menjelang 2015, kata pengerusi Pemadam Sarawak Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi hari ini.

Sharifah Mordiah, yang juga naib presiden Pemadam, berkata kumpulan pemikir itu akan menyediakan cadangan dan strategi yang praktikal kepada kerajaan bagi memerangi penyalahgunaan dadah serta bahan larangan.

"Adalah perlu untuk meneroka cara bagaimana pemimpin masyarakat di Sarawak dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan badan bukan kerajaan bagi menangani ancaman ini," katanya pada perasmian seminar Pemadam oleh Menteri Perumahan Negeri Datuk Seri Abang Johari Tun Openg.

Di dalam ucapannya, Abang Johari berkata tabiat menghidu gam atau ubat sedut di kalangan belia secara perbandingan adalah trend yang baru di Sarawak dengan terdapat hanya sejumlah kecil penagih dadah berbanding di negeri lain.

Penyalahgunaan bahan larangan yang lazim di Sarawak ialah gam larutan getah yang dijual atau digunakan di kedai membaiki basikal bagi memperbaiki tayar oleh remaja di bawah 20 tahun termasuk pelajar.

TAK PAYAH TUBUHKAN PASUKAN PEMIKIR. APA YANG PENTING UNDANG-UNDANG ISLAM MESTI DIKUATKUASAKAN DALAM NEGARA KITA DALAM MENANGANI SEMUA MASALAH JENAYAH TERMASUK DADAH.

SELAGI UNDANG-UNDANG ISLAM TIDAK DIGUNAPAKAI SELAGI ITULAH MASALAH TIDAK AKAN SELESAI. KAEDAH RAWATAN UNTUK PENAGIH JUGA MESTI DIROMBAK SEMULA SUPAYA ISLAM DIJADIKAN TERAS RAWATAN.


KINI BARU KAU SEDAR


M'sia Cadang Negara Islam Putuskan Hubungan Dengan Israel

Malaysia sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu negara-negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel supaya bertindak memutuskan hubungan itu dan memanggil balik duta-duta mereka, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Katanya cadangan itu dikemukakan Malaysia pada Mesyuarat Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Mengenai Keganasan Israel terhadap Masjidil Al-Aqsa di Jeddah, Arab Saudi dua hari lalu.

"Kita mencadangkan agar negara-negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel supaya memutuskannya, atau memanggil balik duta-duta mereka buat sementara waktu, untuk menunjukkan kita serius dan bukan hanya bercakap kosong," katanya selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir sumbangan Bank Rakyat, hari ini.

HAI PEMIMPIN ISLAM HADHARI TAKKAN KAU BARU SEDAR HARI INI YANG YAHUDI MEMANG BANGSA YANG TIDAK BOLEH DIBUAT BAIK.


KEMPEN ANTI MAT REMPIT



Beginikah wajah Mat Rempit? jom sama-sama berkempen anti rempit. Jauhi anak anda dari meRempit buatlah kerja lain yang lebih berfaedah.......


....blog darigaunghati...


Wednesday, 21 February 2007

KALAULAH MALAYSIA SEPERTI DI JEPUN


Kalaulah Malaysia sama seperti di Jepun sudah tentu Pilihanraya Kecil di Batu Talam akan diadakan semula. Ini kerana kita tahu di Jepun jika sekiranya seorang menteri atau wakil rakyat di siasat atau diadukan kepada pihak berwajib yang mereka terlibat dengan sesuatu kes, maka sudah semestinya mereka akan letak jawatan.

Tetapi tidak di Malaysia.Walaupun seseorang itu telah dibuktikan bersalah sekalipun pesalah itu tetap menebalkan mukanya untuk mengekalkan jawatan yang dimenanginya. Ini kerana Islam Hadhari sudah mentarbiyah ahlinya supaya mempunyai MUKA TEMBOK tidak tahu malu.


Kita yakin walaupun ADUN baru Batu Talam dilaporkan terlibat dengan saman kes di Raub, beliau tetap tidak akan berganjak dari jawatannya sebab Ketuanya sendiri tidak akan berbuat demikian walaupun dibuktikan salah.

Malah Exco Kerajaan negeri Pahang iaitu Dato' Shahiruddin Moin juga sudah pasti tidak akan meletakkan jawatan. MEMANG DASAR TAK BERMARUAH PUNYA ORANG.

Media hari ini melaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam yang baru, Abd Aziz Kiram, adalah antara tujuh pihak yang disaman oleh seorang peniaga atas dakwaan bersubahat menyalahguna kuasa dan menyeleweng penggunaan tanah seluas empat hektar milik kerajaan di bandar Raub, Pahang.

Peniaga tersebut, Razali Hassan menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di Temerloh, melalui Tetuan Mohd Harris.

Pada 29 Disember lalu, Razali memfailkan saman yang sama namun menarik balik saman itu pada 16 Januari lalu.

Peguamnya Mohd Harris Abdullah berkata penarikan balik saman itu bertujuan memberi laluan kepada Abd Aziz untuk bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam pada 28 Jan lepas.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata anak guamnya tidak mahu dilabelkan sebagai "pengacau" pilihanraya kecil itu.

Selain Abd Aziz, enam lagi defenden yang disaman hari ini ialah syarikat Coralfare Sdn Bhd; Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Shahiruddin Ab Moin; Abd Aziz; Naib Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Ir Azinudin Abd Rahim; Ketua Wanita Umno Raub, Asmah Ismail; Setiausaha Barisan Nasional Raub, Ahmad Sabri Zainal Abidin dan Yayasan Raub.

Razali mendakwa Coralfare Sdn Bhd telah memasuki satu perjanjian dengan kerajaan negeri Pahang secara menipu dengan representasi salah dan telah memohon untuk memperoleh 47 hak milik individu.

Beliau mendakwa Coralfare gagal untuk memberitahu Yayasan Raub bahawa yayasan yang ditubuhkan untuk kebajikan rakyat itu telah dilantik atau dipilih oleh kerajaan negeri Pahang sebagai rakan usahasama dengan syarikat itu.

Razali juga mendakwa Azinuddin ingkar dalam tanggungjawabnya sebagai fidusiari (pemenang amanah) untuk Yayasan Raub apabila membenarkan Coralfare mengambil alih pembinaan di atas tanah itu sedangkan usaha tersebut telah dimulakan oleh yayasan itu semasa beliau menjadi pengarah Yayasan Raub.

Beliau turut mendakwa Shahiruddin, Abd Aziz, Asmah dan Ahmad Sabri bersubahat dengan Coralfare untuk mengelirukan Pejabat Tanah dan membenarkan syarikat itu memohon hak milik itu atas nama syarikat terbabit sedangkan mereka semua mengetahui bahawa Yayasan Raub telah dilantik sebagai rakan usahasama dan permohonan perlu dibuat secara bersama.

Justeru, Razali menuntut satu injuksi bagi melarang Coralfare sama ada secara sendiri atau melalui ejen-ejen daripada terus mengusahakan tanah berkenaan.

Beliau turut menuntut satu perintah bahawa perjanjian yang dimeterai antara Coralfare dan kerajaan Pahang pada 23 Ogos 2004 sebagai tidak sah dan terbatal daripada awal lagi, selain menuntut gantirugi am dan khas yang akan ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar.


Monday, 19 February 2007

GONG XI FA CHAI



Dari Blog Roslan SMS

Ucap Gong Xi Fa Cai seorang aktivis

Saya menerima SMS ini dari seorang rakan berbangsa Tionghua, seorang aktivis masyarakat dan ingin berkongsi dengan anda semua:

Anjing pegi, babi mali.
SUEH pegi ONG mali.

Gaji naik tinggi,
tol luntuh sendiri.

Sulatkabal berani
kroni lugi.

Hantu tak pegi undi,
polis tak minum kopi.

EPF tak mudah tipu lagi
hujan mali pun tak banjil jadi.

Macam ini tak kena loteli pun,
hali-hali suka hati.

GongXi GongXi lu sama famili


Demikianlah pengharapan tinggi dari seorang rakan berbangsa Tionghua, walaupun kadangkala lucu bunyinya, tetapi sinis dan penuh bermakna. Gong Xi Fa Cai CH Wong dan rakan-rakan.


MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI


MEMANG DASAR ORANG SYOK SENDIRI AKAN BERKATA APA SAHAJA UNTUK MENUNJUKKAN DIRINYA BAGUS, BAIK DAN BIJAK.

WALAUPUN SEBENARNYA NEGARA SEKARANG BERADA DALAM KEADAAN YANG CUKUP GAWAT DENGAN KADAR PENAGIH DADAH, JENAYAH, RASUAH, PENCABULAN DEMOKRASI, KEZALIMAN, PENYELEWENGAN SEMAKIN MENINGKAT.


BUKAN ITU SAHAJA MASALAH-MASALAH SOSIAL LAIN SEPERTI GEJALA MAT REMPIT, MAKSIAT, PENIPUAN DAN SEBAGAINYA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN.

NAMUN SEMUA ITU TIDAK DIRUNSINGKAN OLEH IMAM AL BADAWI WAL HADHARI. BELIAU LEBIH SUKA MEMEJAMKAN MATA, MEMEKAKKAN TELINGA KEPADA MASALAH-MASALAH TERSEBUT. YANG PENTING BAGINYA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN MATERIAL, KEDUDUKAN EKONOMI DAN HAL-HAL DUNIA SAHAJA.


KEADAAN EKONOMI YANG BAIK SEKARANG INI PUN SEBENARNYA DIPERTIKAIKAN OLEH BANYAK PIHAK. SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA SEPERTI TULISAN DR ZULIKIFLI AHMAD :

Paling berani kenyataan akhbar NST yang mamaparkan jumlah pelaburan 2006 yang diterima sebanyak RM46 bilion sebagai 'vote of confidence' kepada kerajaan (Rabu, 14 Feb, 2007). Dipaparkan bahawa pelaburan asing sebanyak RM20.2 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM25.8 bilion. Persoalan yang umum tidak ketahui adalah bagaimana dengan prestasi jiran dan berapakah yang mereka dapat tarik? Kita masih ketinggalan hatta berbanding Vietnam dan Indonesia dan tentunya India atau Korea Selatan.

Keduanya apakah jenis pelaburan asing yang benar-benar membawa pulangan ekonomi yang baik bagi sesebuah negara? Tidak semua FDI baik kata pakar ekonomi dunia (The detrimental effects of unbridled FDI, The Edge 15 Jan, 2007).

Persoalan yang lebih penting bagi rakyat dan negara ialah apakah kerajaan ini telah meletakkan 'daya saing' atau 'competitiveness' negara di kedudukan yang baik termasuk 'kemudahan menjalankan perniagaan (ease of doing business). Untuk pengetahuan umum, mengikut laporan 'ease of doing business index' yang terbitkan oleh Asian Development Outlook, 2006, Malaysia duduk di tangga ke-21, di belakang Thailand di tangga ke-20 dan Singapura di tangga ke-2.

Umum perlu tahu bahawa dari segi prestasi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), Malaysia semakin menjunam ke tempat 62 mengikut Laporan United Nation Conference on Trade and Development (Unctad). Pada tahun 1994 Malaysia di tempat ke-4 dan pada 1995 di tempat ke-5. Terima kasih kerajaan Umno/BN sekarang ini!

Takut-takut pengampu PM memberikan gambaran salah tentang kedudukan sebenar ekonomi negara, sama semacam mana elit neo-konservatif menasihatkan Presiden George W Bush supaya berperang di Iraq dahulu.

Rakyat di negara ini sukar untuk bersorak dan memberi kata puji kepada PM walaupun prestasi ekonomi digambarkan media perdana sebagai 'cemerlang'. Antaranya jumlah dagangan mencecah RM1 trilion, nilai ringgit kukuh berbanding dolar Amerika, KLCI melepasi paras 1,200 terbaik dalam 10 tahun dan nilai rizab antarabangsa juga turut meningkat.

Rakyat kini lebih celik ekonomi kerana kerajaan BN telah mendera rakyat dengan alasan tekanan ekonomi global. Kini rakyat faham. Bukankah kerajaan BN telah menaikkan harga petrol dan diesel kerana harga minyak mentah mencecah AS$ 80 setong. Kini harga minyah mentah telah turun ke paras lebih rendah dari AS$60 sestong, yakni penurunan 25 peratus.


MAKA MEDIA HARI INI SELAGI MENGAMBIL TUGAS UNTUK MENGAMPU IMAM AL BADAWI WAL HADHARI APABILA MENYIARKAN BERITA MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI DI BAWAH INI.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengambil kesempatan daripada pertumbuhan ekonomi negara yang rancak sekarang untuk meneruskan agenda pembangunannya dengan lebih aktif dan berkesan, kata Perdana Menteri semalam.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Pengerusi BN, berkata berikutan keadaan ekonomi yang baik ketika ini, adalah penting untuk BN bekerja dengan lebih kuat dan fokus dalam mencapai matlamat pembangunan negara bagi memastikan ianya dapat dicapai dalam jangka masa yang lebih cepat.

"Yang penting kita lihat sekarang ini sudah ada momentumnya. Ekonomi kita telah bergerak ke hadapan dan ke atas, maka dengan itu adalah penting kita bersama-sama bertindak bekerja lebih kuat, lebih fokus kepada apa yang telah kita capai maka dengan itu gerakan ke hadapan itu akan lebih cepat," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina 2007 anjuran Parti Gerakan di sini.

Yang hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menterimenteri kabinet lain.


Sunday, 18 February 2007

PAK LAH ADA BERANI KA?


Utusan Malaysia hari ini dengan bangga membodek Pak Lah 'kununnya' inilah masa terbaik untuk bubar parlimen.

Maka disiarkan kenyataan seorang pakar ekonomi tempatan yang yakin sekarang adalah masa sesuai untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.


Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem dipetik sebagai berkata, kedudukan ekonomi negara pada masa ini sangat stabil, setelah semua asas ekonomi domestik menunjukkan petanda-petanda pemulihan positif.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi yang sedang berkembang pesat sekarang untuk mengadakan pilihan raya umum.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menguruskan ekonomi negara yang dijangka melambung pada tahun depan.

‘‘Saya bukan seorang pakar politik untuk mengulas mengenai hal itu (politik), tetapi sebagai pakar ekonomi saya berpendapat kerajaan perlu mengelakkan tumpuannya terganggu dengan hal-hal lain (politik).

‘‘Jika pilihan raya umum dapat diadakan segera dalam suasana sekarang, maka kerajaan dapat memberi tumpuan sepenuhnya menjana ekonomi negara yang dijangka mengalami kemajuan pesat pada tahun depan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

PAK LAH ADA BERANI KA? KALAU BERANI BUBARLAH SEKARANG. NO PROBLEM. BUKANKAH IMAM AL BADAWI WAL HADHARI TELAH MENGUASAI SEMUA. APA YANG NAK DITAKUTKAN. SPR DIBAWAH DAGU HANG. KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DI BAWAH KETIAK HANG. KEMENTERIAN KEWANGAN DALAM KOCEK HANG. HANG KAN PERDANA MENTERI SEMUA BENDA YANG MAHU BOLEH JADI.

HANG BOLEH TANGKAP PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG PAKAI ISA KALAU MAHU SEBELUM HANG BUBAR PARLIMEN.HANG BOLEH ARAHKAN SPR BUAT APA SAHAJA UNTUK MEMENANGKAN BN. NAK KEMENANGAN 100 % PUN BOLEH. NAK BAGI PEMBANGKANG HILANG DEPOSIT DI SEMUA KERUSI PUN BOLEH.

BUKANKAH SPR DAN SEMUA JABATAN KERAJAAN SUDAH MENJADI PARTI KOMPONEN BN. ANAK MENANTU HANG PUN SEMUA DAH KAYA RAYA. BILA-BILA HANG MAHU DUIT, BANYAK MANA PUN DEPA BOLEH BAGI.

LA INI PUN HANG NAK PI KEMPEN MANA PUN SENANG SEBAB DENGAQ CERITA HANG DAH ADA KAPAI LAYAQ DAN KAPAI TERBANG MAHAL. APA NAK KISAH.

APA LAGI BUBARKAN PARLIMEN SEKARANG. HANG PASTI MENANG WAHAI IMAM AL BADAWI WAL HADHARI.

TAKKAN DUA TIGA PERKARA KAT BAWAH INI MENJADIKAN HANG KETAQ LUTUT KOT.


1. Bayaran RM 380 juta dalam pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi berharga RM 3.2 bilion yang dibeli Kementerian Pertahanan.

2. Pembayaran komisyen RM 370 juta kepada ‘orang tengah’ dalam pembelian dua buah kapal selam ‘Scorpene’ berharga RM 4.1 bilion.

3. Pembelian sebuah jet mewah berharga RM 200 juta untuk kegunaan beliau (PM) dan pembesar negara.


MUNGKIN HANG TAKUT SEBAB BUKAN DUA TIGA PERKARA INI SAHAJA TAPI BANYAK LAGI KEZALIMAN, RASUAH, PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN HANG DAN KUNCU-KUNCU HANG BUAT.


DI MANA ORANG MELAYU?


Apalah yang hendak dibanggakan dengan pembangunan di Malaysia kerana pembangunan tersebut sebenarnya dikuasai oleh orang lain.

Orang Melayu majoritinya hanya menjadi kuli kepada orang lain. Siapakah yang menjadi pemandu kepada boss-boss kalau bukan orang melayu; siapa 'Pak Guard' di gedung-gedung besar kalau bukan orang melayu; siapakah tukang-tukang sapu di Firma-Firma dan Pejabat-pejabat kalau bukan orang melayu.

Bukan tujuan kami untuk menghina mereka-mereka yang menjadi 'kuli' tersebut, tetapi sekadar untuk menyedarkan kita bahawa pembangunan yang dibangga oleh pemimpin Islam Hadhari hari ini sebenarnya tidak menjanjikan kesejahteraan sebenar kepada orang melayu kerana orang melayu semakin lama semakin terpinggir di tanahair sendiri.

Cuba lihat fakta siapa 10 orang paling kaya di Malaysia. Sebenarnya hanya seorang sahaja orang Melayu yang masuk dalam senarai tersebut, yang lain semua dari bangsa lain.

1. Raja gula Robert Kuok Hock Nien (Gambar) - RM32.4 bilion.
2. T. Ananda Krishnan - RM19.7 bilion
3. Tan Sri Quek Leng Chan Kumpulan Hong Leong -RM10.3 bilion
4. Tan Sri Lim Goh Tong Kumpulan Genting
5. Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow;
6. Pengerusi eksekutif IOI Corporation Tan Sri Lee Shin Cheng;
7. Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary;
8. Presiden,Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay;
9. Pengasas dan pengerusi Kumpulan Rimbunan Hijau Tan Sri Tiong Hiew King.
10.Ketua YTL Corp Tan Sri Yeoh Tiong Lay


JANGAN TUNGGU LAGI WAHAI PAK LAH


KHABARNYA PAK LAH NAK TAMATKAN ZAMAN DUDA

"Calon pertama seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas sebagai KSU Kementerian, kebetulan adik ipar kepada rakan karib Imam Besar Islam Hadhari ini yang sekarang menjadi Yang Di Pertua Negeri. Seorang lagi juga adik ipar kepada seorang Menteri Besar tetapi khabarnya kerana dia seorang doktor, maka awal awal telah menolaknya kerana mungkin bimbang soal calon suaminya yang memerlukan pakai lampin (pampers) itu. Dan yang terakhirnya calon isteri Perdana Menteri Malaysia yang terkenal dengan sajak Mencari Damai Abadi, sebenarnya sudah berada di dalam komplek Seri Perdana di Putrajaya.

Khabar cerita dari mulut ke mulut bahawa wanita yang bertuah ini terpilih kerana ada wasiat dari bekas isteri Perdana Menteri ke lima ini yang terhebat dan terbesar jasanya kepada UMNO sehingga satu dewan di Ibu Pejabat UMNO dinamakan sempena namanya supaya berkahwin dengan wanita ini. Tambahan pula wanita pilihan pengganti isterinya ini adalah janda adik iparnya dan bagi Imam Besar ini dahulunya dipanggil biras.

Wanita ini lah sekarang yang masuk "final list" disamping kekasih lamanya yang bernama Hamidah. Seperti mana kita maklum, Imam Besar Islam Hadhari ini amat takut dengan isterinya dan setelah isterinya meninggal, dia lagi bertambah takut. Wanita ini khabarnya bertugas sebagai "Hometaker" di kediaman rasmi Perdana Menteri tetapi jika dia kerja di Hotel jawatan itu adalah jawatan " Housekeeping" dan masa dulu kerja-kerja rumah ini, kalau ada orang Melayu atau Cina berkerja di rumah orang putih untuk tugas membasuh baju, kemaskan bilik, siapkan makanan akan dipanggil "amah". Jika rumah orang Melayu pula banyak gelarannya, ada dipanggil "orang gaji" atau "babu" dan hari ini sudah di gred dengan panggilan samada "servant" atau "pembantu rumah".

Apa pun sekiranya Abdullah Ahmad ini bernikah bayangkanlah apa yang akan terjadi dengan Rosmah Mansor yang terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi Bakti kerana amalannya isteri Perdana Menteri akan menjadi Pengerusi, maka beramai-ramai isteri Menteri dan Timbalan Menteri yang ada sekarang ini berketuakan orang gaji.

Bagaimana pun eloklah Perdana Menteri kita ini berkahwin. Sebagai seorang yang kononnya tahu agama, pastilah dia tahu salah untuk membenarkan sesaorang yang tidak mempunyai hubungan keluarga dengannya tinggal serumah dan sebumbung kerana kesemua saudara sebelah isteri sudah meninggal dunia atau bercerai dan tidak ada lagi hubungan apa-apa kecuali keluarga disebelah lelaki sendiri".

Di ambil dari 'darigaunghati, coretan asli : coretan Sang Kelembai


Saturday, 17 February 2007

IMAM AL HADHARI BUTA KAYU



GAMBAR : Imam Al Hadhari bergembira tetapi rakyat menderita.







HARGA BARANGAN SEMAKIN NAIK, HARGA MINYAK TETAP TIDAK DITURUNKAN, KADAR TOL SEMAKIN NAIK, KOS PENDIDIKAN SEMAKIN NAIK, KOS BAYARAN UNTUK KESIHATAN SEMAKIN NAIK. ITULAH REALITI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA HARI INI.

TETAPI YANG MENGHAIRANKAN IMAM AL HADHARI WAL BADAWI BERKATA BAHAWA KEHIDUPAN RAKYAT SEMAKIN BAHAGIA DAN SELESA. KALAU BEGITU KITA HARAP KERAJAAN NAIKKAN HARGA MINYAL, JANGAN KAWAL HARGA BARANG, NAIKKAN KADAR TOL DAN LAIN-LAIN SUPAYA RAKYAT SEMAKIN SELESA DAN BAHAGIA.


Semalam Imam Hadhari tersebut berkata bahawa rakyat Malaysia kini memiliki tahap keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang tinggi.

Perdana Menteri itu berkata, satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati, indeks keselesaan dan kebahagiaan keluarga yang dicapai oleh rakyat negara ini ialah 8.2 daripada skala tertinggi 10.(KAJIAN SIAPA INI. NAMPAKNYA PARA PENGKAJINYA BENGUNG DAN TIDAK CERDIK. MUNGKIN RESPONDENNYA ADALAH PENDOKONG ISLAM HADHARI ATAU ORANG-ORANG KAYA YANG TIDAK TERKESAN DENGAN KENAIKAN BARANGAN DAN HARGA MINYAK)

Lebih menarik lagi, menurut beliau, kajian yang sama juga menunjukkan indeks budi bahasa rakyat adalah 7.2 daripada skala tertinggi 10.

‘‘Indeks lebih daripada tujuh adalah satu pencapaian yang baik. Kita mestilah meningkatkan usaha untuk meningkatkan tahap itu dari semasa ke semasa.

‘‘Sekarang saya nampak daripada laporan yang saya baca dan terima, sudah ada perubahan yang menunjukkan mereka (rakyat) berasa lebih yakin.

‘‘Rakyat kini berasa lega berbanding dengan kebimbangan sebelum ini,’’ kata beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian berkenaan di sini, hari ini.( APAKAH DENGAN KADAR JENAYAH YANG SEMAKIN TINGGI, KADAR RASUAH YANG SEMAKIN RUNCING, DUIT SIMPANAN DALAM TABUNG HAJI TIDAK SELAMAT, PENGGUNAAN AKTA ISA DAN OSA SEWENANG-WENANGNYA DAN LAIN-LAIN RAKYAT TIDAK BIMBANG?)

Beliau bagaimanapun tidak menyebut pihak yang menjalankan kajian itu.(MEMANGLAH KALAU SEBUT NANTI ORANG TAHULAH PULA SIAPA YANG BENGUNG ITU. MUNGKIN BADAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG BUAT MESTI ANGKAT BAKUL SENDIRI)


JANGAN JADIKAN DAMAI ALAT POLITIK - HARUSSANI


Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria meminta semua pihak supaya jangan menjadi Dewan Amal Islami (Damai) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam, yang turut dianggotai ulama, sebagai alat atau landasan untuk agenda politik.

Sehubungan itu, beliau berharap Damai – sebuah badan baru yang dianggotai ramai cendikiawan Islam, daripada dijadikan bahan berpolitik.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, penubuhan Damai,yang turut dianggotai golongan ulama, bertujuan menjadi platform untuk menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

"Jangan kaitkan ulama dengan politik ... Ulama bukan politik. Kita hanya ada satu matlamat (untuk gerakkan Islam), jadi ketepikan semua elemen-elemen politik," katanya dalam ucaptama perasmian Wacana Ilmuan Islam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Damai, iaitu badan yang menaungi semua NGO Islam di negara ini bagi menjalankan aktiviti pembangunan modal insan dalam kalangan Ummah.

Damai yang dicetuskan oleh Abdullah, menaungi 95 badan amal Islam dan 538 badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Harussani juga berkata, agama dan sistem akademik tidak wajar dipisahkan kerana langkah itu menyebabkan lahir generasi berkemahiran dalam ilmu dunia tetapi jahil mengenai tuntutan Islam.

Turut hadir dalam wacana itu ialah Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Damai.

(KALAU BETUL IMAM AL HADHARI IKHLAS TIDAK MAHU DAMAI BENAR-BENAR BEBAS DARI KEPENTINGAN POLITIK MENGAPA ZAHID HAMIDI DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI DAMAI. APA HEBATNYA ZAHID HAMIDI SEHINGGA BELIAU DIPILIH MENJADI PENGERUSI DAMAI.SEPATUTNYA ULAMA' LAH YANG DIPILIH SEBAGAI PENGERUSI DAMAI.

SUDAH TENTU ORANG POLITIK SEPERTI ZAHID AKAN MENJADIKAN DAMAI SEBAGAI BATU LONCATAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PEMERINTAH. IKLASKAH IMAM AL HADHARI DALAM HAL INI.?)


GONG XI FA CHAI



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA MASYARAKAT TIONGHUA SEMOGA PERPADUAN ANTARA KITA SEMAKIN ERAT.


Friday, 16 February 2007

WAHAI RAKYAT MALAYSIA !!! RENUNG DAN FIKIRKAN APA YANG TERSIRAT DARI POSTER DI BAWAH



TAMAN TEMA SUDAH LAPAN TAHUN BEROPERASI BARU SEDAR PEGAWAI BUAT SALAH


SHAH ALAM: Sembilan belas pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diberikan surat tunjuk sebab berhubung isu Taman Tema Air Safari Lagoon yang beroperasi tanpa lesen sejak lapan tahun lalu. (TAKKAN DAH LAPAN TAHUN BEROPERASI BARU SEDAR IANYA TIADA LESEN. INILAH STANDARD KERAJAAN ISLAM HADHARI SELANGOR. DAH LAPAN TAHUN BARU HENDAK BERTINDAK ITUPUN SEBAB ADA ADUAN KALAU TIDAK SAMPAI KIAMATLAH TIDAK DIAMBIL TINDAKAN)

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata Lembaga Tatatertib MPAJ yang meneliti laporan siasatan Jawatankuasa Penyiasat yang dilantik berhubung isu taman tema itu, memutuskan wujudnya kes prima facie bahawa ada unsur kecuaian dalam aspek tanggungjawab terhadap 19 pegawai dan kakitangan terbabit.

“Siasatan berhubung taman tema air yang terletak di Pandan Perdana, Cheras dekat Ampang itu selesai minggu lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Norhayati berkata, pegawai dan kakitangan terbabit diberi tempoh 21 hari berkuat kuasa semalam untuk mengemukakan representasi masing-masing.

“Selepas menerima representasi daripada semua 19 pegawai dan kakitangan, Lembaga Tatatertib MPAJ akan bersidang semula untuk memutuskan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mereka adalah mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1995, katanya.

Rahsia taman tema air yang beroperasi tanpa lesen selama lapan tahun itu terbongkar bulan lalu apabila seorang pekerjanya mati lemas akibat terperangkap dalam penyedut air tekanan tinggi ketika cuba mengambil barang pengunjung.


PAS MESTI KAJI MENGAPA PENGUNDI CINA DIJANGKA UNDI PEMBANGKANG


PAS perlu mengambil langkah segera untuk merealisasikan kajian firma penyelidikan, Merdeka Centre yang menyatakan bahawa majoriti pengundi cina akan mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Kajian ini penting untuk mengenalpasti apakah sebabnya mereka mengalih sokongan kepada pembangkang. Apabila sebab-sebab itu sudah dikenalpasti maka PAS mesti bergerak untuk memastikan perkara itu benar-benar menjadi kenyataan.

Satu jawatankuasa ad hoc mesti dibentuk, yang terdiri dari para cendikiawan di dalam PAS agar jawatan kuasa itu dapat mengkaji dan merumuskan bentuk tindakan dari segi politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Mungkin juga Pusat Penyelidikan PAS dapat memikul tugas ini sesuai dengan fungsi dan kepakaran pusat tersebut yang mempunyai ramai pakar-pakar dalam disiplin tertentu.

Jika peluang ini tidak di rebut maka sudah tentu PAS akan kerugian besar kerana peluang sebegini jarang berlaku.

Baru-baru ini hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre, mendapati dua bagi setiap tiga orang pengundi kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan pendapat Merdeka Centre dijalankan antara Oktober dan Disember lepas membabitkan 1,025 responden berumur 16 tahun ke atas bagi mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan pendapat itu juga menunjukkan sebanyak 63 peratus ahli perniagaan dan 46 peratus mereka yang berada di sektor swasta mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum April 2009.


HAKIM CABUT LARI PESALAH BERBOGEL


KUALA LUMPUR 16 FEB : Majistret, kakitangan mahkamah, anggota polis dan beberapa orang yang berada di galeri awam sebuah Mahkamah Majistret di sini hari ini tergamam dan terkejut selepas seorang penganggur yang menghadapi pertuduhan merompak tiba-tiba menanggalkan seluarnya.

M. Kuppan, 50, dari Taman Mas, Ipoh, yang memakai kemeja T dilihat memegang seluarnya semasa jurubahasa mahkamah memanggil namanya sebelum membacakan pertuduhan terhadapnya.

Sebelum membacakan pertuduhan itu, jurubahasa wanita itu bertanya kepada Kuppan, yang berdiri dalam kandang pesalah, sama ada dia faham Bahasa Melayu, tiba-tiba lelaki itu melepaskan seluarnya dan berbogel kerana dia tidak memakai seluar dalam.

Mereka yang hadir dalam mahkamah tergamam dan terkejut untuk beberapa saat dengan tindakan lelaki itu sebelum Majistret Tasnim Abu Bakar berkata: "Hei apa ini", sebelum meluru masuk ke biliknya.

Anggota polis segera mengarahkan Kuppan untuk memakai seluarnya sebelum membawanya ke lokap mahkamah.

Tasnim kembali 30 minit kemudian dan memerintahkan Kuppan dihantar untuk pemerhatian psikiatri dan menetapkan 22 Mac bagi sebutan semula kes itu.

Kuppan dituduh merompak sebuah telefon bimbit bernilai RM200 milik Johan Razali Hang Jebat, 19, di Jalan Hang Kasturi di sini kira-kira 9.10 pagi, 11 Jan lepas.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp Shamsul Akma Basiron.

Dari The Star


ISU CABUTAN BERTUAH MY VI : BOLEHKAH ALASAN TERLUPA DI TERIMA. INILAH STANDARD MENTERI ISLAM HADHARI


Dalam temuramah bersama RTM, Azmi berkata dua bulan kemudian iaitu pada Febuari 2006, beliau berpindah kementerian dan terlupa nak memaklumkan kepada Radzi mengenai penundaan itu dan pihak kementerian pun terlupa untuk menyampaikan maklumat itu kepada Radzi hingga ke sekarang.(APAKAH ALASAN TERLUPA BOLEH DIMAAFKAN. INILAH STANDARD MENTERI ISLAM HADHARI. BILA BUAT SALAH ALASAN DAN JAWAPANNYA IALAH TERLUPA. MEREKA PUN MENGIKUT STANDARD BOSS MEREKA, YANG BIASA MEMBERI JAWAPAN BAHAWA SAYA TIDAK TAHU, NANTI SAYA PERIKSA DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA)

Azmi memberitahu RTM bahawa beliau telah berbincang dengan Radzi dan kedua-duanya membuat keputusan "benda itu dah lama selesai dan biarlah apa yang ada kita sumbangkan kepada rumah anak yatim.

"Jadi, saya pun bersetuju dengan dia kerana hari ini dia yang menjaga tugas itu, jadi kalau dia buat keputusan itu, saya akur," kata Azmi.

Mengenai kritikan Radzi, Azmi berkata: "Pertama sekali ingin saya memaklumkan bahawa antara saya dan Datuk Seri Radzi memang kawan baik.

"Pagi tadi pun kami berbual di kabinet tentang laporan akhbar. Jadi dia kata pada saya, jangan percaya pada apa yang ditulis."( BUKAN YANG TULIS SAHAJA TAPI PERCAKAPAN RADZI ITU DISIARKAN OLEH TV)

Azmi menjelaskan cabutan bertuah itu diadakan sebagai kempen untuk menggalakkan lebih dua juta rakyat yang belum mendapat MyKad dan selepas kempen itu dijalankan, jumlahnya dapat dikurangkan kepada 500,000 orang sahaja.


SATU LAGI ISYARAT PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR


Ramalan bahawa Pilihanraya Umum ke 12 akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan semakin bertiup kencang dengan mengambil kira isu-isu besar yang berlaku. Ini ditambah pula dengan tindak-tanduk sayap-sayap dalam Umno sendiri yang sekarang semakin giat menjalankan aktiviti-aktivit parti di peringkat akar umbi yang semuanya berorientasikan pilihanraya.

Semalam, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, Pergerakan Wanita UMNO kini sedang merangka semua aktivitinya supaya berorientasikan persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Ini termasuk mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita Barisan Nasional (BN) pada 7 Mac ini untuk memperkemaskan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi.

Katanya, Wanita UMNO negeri-negeri pula diarah melancarkan jentera pilihan raya manakala satu Perhimpunan Pemimpin Wanita Negeri akan diadakan pada 17 Mac ini di Selangor bagi lima pemimpin di setiap bahagian.

‘‘Mereka ini akan pastikan apa yang perlu dibuat di peringkat bahagian dan meneliti senarai petugas untuk melicinkan kerja-kerja persiapan.

‘‘Ini tidak bererti pilihan raya sudah hampir tetapi kerja Wanita UMNO perlu bermula sekurang-kurangnya setahun sebelum itu. Kita hanya ada masa lebih sikit,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Rafidah berkata, kempen kali ini akan menggunakan mekanisme yang telah diguna pakai dengan jayanya pada pilihan raya umum lalu.

Meluas

‘‘Kita menyemak senarai sebanyak tiga kali untuk 10 juta pengundi. Ia merupakan kerja yang tidak mudah dan begitu meluas.

‘‘Tidak mungkin ia mengambil kurang dari setahun,’’ katanya.

Dalam hal ini, katanya, gerak kerja Ketua 10 di setiap negeri, iaitu lawatan dari rumah ke rumah bagi tujuan pemeriksaan pengundi, akan diadakan setiap bulan.

Beliau turut berharap agar pilihan raya akan diadakan lebih lambat supaya lebih banyak persediaan boleh dilakukan oleh pihaknya.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, keadaan ekonomi negara yang sangat baik menunjukkan bahawa negara berada dalam keadaan kukuh dan mencerminkan kepimpinan Perdana Menterinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya telah minta supaya Wanita UMNO pastikan keadaan ini dapat diteruskan dengan tidak menimbulkan masalah.

‘‘Jika kerja berjalan dengan baik di akar umbi, rangkaiannya erat, kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baik, tidak akan timbul sebarang pergeseran,’’ katanya.

Rafidah memberitahu, pergerakannya akan turut terus memantau isu-isu semasa seperti masalah sosial dan Ah Long serta membantu kerajaan dengan memberi cadangan mengenainya selepas sesi lampas otak exconya.

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-50 tahun ini, pula, Wanita UMNO akan mengadakan pameran perjalanan politik pergerakan manakala acara Tilawah tahunannya akan diadakan pada 30 Jun ini di Kuantan, Pahang.

Bercakap mengenai Biro Aduan pergerakan pula, beliau berkata, sebanyak 400 aduan telah dikumpul dan kakitangan khususnya akan memperhalusi dan menangani kesemuanya.

PAS MACAMANA DAH BERSIAP SIAGA KE?


CARA TERBARU UNTUK BUAT ADUAN SUPAYA TINDAKAN SEGERA DIAMBIL



Jika anda mahukan aduan anda di ambil tindakan dengan segera oleh kerajaan atau agensi-agensi kerajaan silalah buat aduan ke media terutamanya stesyen TV kerana jika anda berbuat demikian, dengan sudah tentu aduan anda akan diproses atau tindakan segera akan di ambil.

Kadang-kadang aduan yang sudah berpuluh tahun di buat contohnya berkenaan tanah tidak diendahkan tetaoi bila masuk TV maka tindakan sudah pasti di ambil.

Inilah fenomena baru di zaman pemerintahan Imam Al Badawi Wal Hadhari di mana aduan mesti di buat kepada media sebagai 'senjata' berkesan untuk ianya diambil tindakan.

Hal ini berlaku sekali lagi sehari dua ini apabila impian pelajar Orang Asli terbaik seluruh Malaysia dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006, Nurul Atikah Kamaruddin, 15, untuk belajar di sekolah berasrama penuh tidak tercapai apabila namanya tercicir dari senarai pelajar yang berjaya mendapat tempat di sekolah-sekolah tersebut.

Akhirnya beliau membuat aduan kepada sebuah media cetak dengan secepat kilat hasratnya ditunaikan apabila berita gembira itu diumumkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran, Noor Rezan Bapoo Hashim semalam, di mana beliau berjaya mendapat tempat di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak.

ZAMAN IMAM AL HADHARI INI MEMANG BANYAK PERKARA PELIK DAN TAK MASUK AKAN TERJADI


Thursday, 15 February 2007

APA USAHA JABATAN AGAMA ISLAM DAN KERAJAAN ISLAM HADHARI UNTUK SEDARKAN ZULHAIDI



Satu lagi kes murtad berlaku (mungkin telah berlaku dengan tidak 'rasmi') di dalam negara kita apabila pemuda berbangsa Cina, Zulhaidi Omar ingin menukar status agamanya kepada Buddha.

Zulhaidi ingin berbuat demikian selepas mengetahui ibu bapa asalnya pasangan Cina tetapi sewaktu masih bayi, beliau tertukar dengan seorang bayi keturunan Melayu.

Ujian DNA yang dijalankan lapan tahun lepas dilaporkan mengesahkan pemuda ini anak sah pasangan Teo Ma Leong, 72, dan Lim Sai Hak, 62.

Sewaktu dibesarkan oleh pasangan suami isteri Melayu, lelaki berusia 29 tahun ini dikatakan tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna.

Beliau hidup sebatang kara ketika usianya 13 tahun selepas melarikan diri dari keluarga melayu yang membesarkannya. Beliau bekerja sendiri dengan membuat pelbagai kerja bagi menyara sekolah dan kehidupannya.

SIAPAKAH YANG HARUS DI PERSALAHKAN DALAM HAL INI. ZULHAIDI MUNGKIN LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI PEGANGAN AGAMA YANG KUAT AKIBAT DARI TIADA DIDIKAN AGAMA DIBERIKAN SEMASA DI BAWAH JAGAAN KELUARGA MELAYU TERBABIT. APATAH LAGI KETIKA BELIAU TINGGAL SEORANG DIRI MAKA SUDAH PASTI KANAK-KANAK REMAJA BERUMUR 13 TAHUN TIDAK MENGERTI BETAPA PENTINGNYA AMALAN ISLAM DI DALAM KEHIDUPAN.

AKHIRNYA INILAH YANG BERLAKU. TETAPI PERSOALANNYA SEKARANG ADAKAH JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN AKIDAH ZULHAIDI ATAU SENGAJA MEMBIARKAN ZULHAIDI TERUS MURTAD TANPA ADA USAHA-USAHA UNTUK MENYEDARKAN BELIAU KEMBALI KEPADA ISLAM.


RATUSAN SEKOLAH BELUM ADA BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR BERSIH



"Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang dengan tahi", inilah ungkapan yang sesuai diberikan kepada kerajaan Islam Hadhari hari ini yang siang dan malam mendakwa bahawa BN telah melaksanakan pembangunan dan menyediakan prasarana yang canggih kepada rakyat.

Rupa-rupanya itu hanyalah omongan kosong apabila Perdana Menteri sendiri menyatakan hari ini bahawa antara perkara yang akan diberi tumpuan ialah penyediaan bekalan elektrik 24 jam untuk 900 sekolah serta bekalan air bersih kepada 300 sekolah di kawasan bandar dan pedalaman.

"Bagi pedalaman Sabah, Sarawak dan di Semenanjung, kita nak pastikan supaya sekolah dapat bekalan elektrik 24 jam," katanya.

"Masih ada 300 sekolah tidak ada kemudahan air bersih. Maka semua sekolah (tersebut) akan dibekalkan dengan kemudahan air bersih dan elektrik.

Imam Al Badawi berkata demikian pada lawatan beliau ke Sekolah Pusat SK Bum-Bum untuk melancarkan Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar Peringkat Kebangsaan di sekolah itu.


KERAJAAN KELANTAN TERUS BUKTIKAN KELANTAN NEGERI KEBAJIKAN


Kalau baru-baru ini Kerajaan Kelantan 'menghadiah'kan caruman takaful kepada semua warga emas di Kelantan, semalam kerajaan ini terus membuktikan bahawa negeri ITU adalah negeri kebajikan apabila bekas anggota Tentera dan Polis diperuntukan 10 % dari jumlah rumah dalam skim Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).

Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa prihatin kepada kebajikan bekas-bekas tentera tidak sebagaimana kerajaan pusat dan negeri lain yang hanya mementingkan golongan korporat dan artis sahaja.

Artis-artis dipuja dan diberikan pelbagai anugerah dan gelaran serta hadiah sedangkan anggotan Tentera dan Polis dibiarkan terus merana.

AYUH RAKYAT BUKA MATA, NILAIKAN SIAPA YANG LEBIH MEMENTINGKAN RAKYAT DAN SIAPA YANG HANYA MEMENTINGKAN KORPORAT DAN ARTIS. KITA TUKAR KERAJAAN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.


IMAM AL HADHARI TIDAK SERIUS TANGANI MASALAH ISLAM


Semua rakyat tahu bahawa Islam Hadhari yang menjadi anutan Imam Al Badawi Wal Hadhari dan kuncu-kuncunya sememangnya tidak serius dalam menangani isu-isu kepentingan Islam. Wirid harian mereka hanyalah pembangunan, RMK9, macamana nak dapat projek, mana nak buncitkan perut dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Sebab itulah Imam Al Hadhari tidak menunjukkan kesungguhan semasa pertemuan Perdana Menteri itu dengan badan buka kerajaan (NGO) Islam Jumaat lalu.

Media melaporkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) Islam meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya menunjukkan kesungguhan dan keberanian dalam menangani isu-isu yang membabitkan kepentingan Islam di negara ini.

Imam Al Hadhari tidak menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan oleh wakil NGO Islam dalam pertemuan itu. (NASIB BAIK DIA TAK JAWAB TAK TAU SEMUA)

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid yang turut menghadi pertemuan tersebut berkata, sesetengah jawaban Perdana Menteri pula dibuat secara umum sahaja.

“Banyak cadangan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh wakil-wakil NGO dalam pertemuan tersebut, tetapi Perdana Menteri sekadar dijawab `akan ambil perhatian’. (INI JAWAPAN STANDARD PEMIMPIN ISLAM HADHARI. ORANG KAMPUNG SEMUA DAH TAHU)

“Manakala beberapa cadangan lain pula tidak dijawab langsung,” katanya ketika dihubungi malaysiakini mengenai pertemuan tersebut.(TAK TAU NAK JAWAB KOT. TAKKAN USTAZAH MASHITAH DOK SEBELAH PUN SENGAP KOT. NAK CAKAP YANG BENAR TAK BERANI KA. NANTI BOSS KAT SEBELAH KERLING. SILAP-SILAP PILIHANRAYA AKAN DATANG TAK DAPAT BERTANDING PULAK)

“Beliau (Datuk Seri Abdullah) banyak menulis dan mendengar tetapi dalam isu tertentu, kami mahukan jawaban segera seperti mengenai pihak-pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan agama Islam ,” katanya.( DIA TAK BOLEH FIKIAQ KOT. DOK FIKIAQ BANYAK HAL LAIN YANG LEBIH 'PENTING'. BAB ISLAM NI TAK BERAPA PENTING BAGI ISLAM HADHARI.)


AZMI 'BODOH' DAKWA RADZI, SHAHIDAN MASUK CAMPUQ



KANGAR 15 FEB: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad menarik balik kenyataannya menyifatkan sebagai "bodoh dan mengarut" pemberian ganjaran bagi memperbaharui MyKad yang diperkenalkan oleh menteri terdahulu, Datuk Seri Azmi Khalid. (MEMANG BETUI MENGARUT DAN BODOH, SEBAB 'RENEW' MYKAD TU KEWAJIPAN RAKYAT TAK PAYAH NAK SOGOK DENGAN HADIAH. TAPI ITULAH MENTALITI UMNO SEMUA KENA SOGOK DAN UPAH KALAU TIDAK KERJA TAK JALAN. HAMPA JUGA YANG AJAR RAKYAT DENGAN RASUAH WANG DAN SEBAGAINYA)

Shahidan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, berkata kenyataan oleh Radzi membabitkan Azmi, yang kedua-duanya juga dari Perlis, adalah terlalu kasar.( HANG PUN SAMA SHAHIDAN KEPALA SAMSENG KUNUN NAK AJAR ORANG LAIN BERSOPAN SANTUN ...EEEEEEELLLLLLLLLEEEEEEH)

Semalam Radzi mengumumkan keputusannya menarik balik peraduan cabutan bertuah 'Jom Tukar dan Menang', yang menawarkan hadiah kereta Perodua MyVi kepada pemenang yang menukar kad pengenalan lama kepada MyKad, dengan memberi alasan bahawa rakyat sepatutnya dididik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara untuk menukar kad pengenalan lama kepada MyKad tanpa sebarang sogokan.

Peraduan itu diumumkan oleh Azmi pada 24 Ogos 2005 ketika beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, bertujuan menggalakkan pemilik kad pengenalan lama supaya menukar kepada MyKad memandangkan ketika itu ramai yang masih gagal berbuat demikian.

Azmi kini adalah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Shahidan, yang ditemui pemberita hari ini, berkata sekiranya Radzi tidak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Azmi, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang begitu keras.

"Beliau tidak boleh kata keputusan yang dibuat dahulu sebagai bodoh. Kalau hendak mengubah apa yang Datuk Seri Azmi lakukan, ubahlah, tetapi janganlah sampai mengata bodoh atau mengarut terhadap apa yang dilakukannya sebelum ini.(GASAK HAMPA LAH NAK BERGADUH PUN. SEBAB DUA-DUA PUN TERMASUK JUGA SHAHIDAN SAMA-SAMA BENGUNG)

"Saya cukup tidak bersetuju," katanya.

Shahidan berkata sebagai menteri yang menggantikan tempat Azmi, Radzi seharusnya tidak menyalahkan segala perancangan yang telah dilakukan sebelumnya.

"Sama seperti di Perlis ini... pemimpin yang dahulu pun pernah melakukan pelbagai perancangan tetapi sebagai Menteri Besar kini, adalah tidak baik saya menyatakan bodoh atau 'rubbish' terhadap perancangan terbabit," katanya. (KUNUN TUNJUK BAIK SEMUA ORANG KENAI HANG SAPA SHAHIDAN)


Wednesday, 14 February 2007

TUNGGU DRAMA PERTARUNGAN YANG HEBAT IMAM AL BADAWI-NAJIB



KALAU DRAMA PERTARUNGAN MAHATHIR ANWAR DAN MAHATHIR-IMAM AL HADHARI DIKATAKAN HEBAT, RAMAI YANG MENJANGKAKAN BAHAWA PERTARUNGAN IMAM AL HADHARI-NAJIB AKAN LEBIH HEBAT, THRILL DAN MENDEBARKAN. MUNGKIN 'ENDING'NYA AKAN LEBIH TRAGIS DAN MENYAYATKAN HATI.

TUNGGU MASANYA AKAN TIBA.


KISAH REMAJA DI ZAMAN ISLAM HADHARI. APA IMAM AL HADHARI BUAT?


KAMI SIARKAN CERITA KISAH REMAJA DI ZAMAN ISLAM HADHARI YANG SUNGGUH MENJIJIKKAN. SEOLAH-OLAH CERITA INI BERLAKU DI DALAM NEGARA LAIN YANG BUKAN NEGARA ORANG ISLAM. SUDAHLAH IANYA MENJIJIKKAN, YANG LEBIH PARAH REMAJA YANG TERLIBAT JUGA ORANG MELAYU DAN ISLAM (MUNGKIN PENGANUT 'ISLAM HADHARI' AGAKNYA)

TAPI SEMUA INI TIDAK MENGHAIRANKAN KERANA ISLAM HADHARI TIDAK PERNAH BIMBANG DENGAN GEJALA MAKSIAT SEPERTI PELACURAN, KERUNTUHAN AKHLAQ DAN SEBAGAINYA SEBAB ITULAH KERAJAAN ISLAM HADHARI MEMBERIKAN LESEN KEPADA RUMAH URUT, KELAB MALAM, KONSERT DAN SEBAGAINYA.

APA YANG MENJADI 'WIRID' HARIAN ISLAM HADHARI IALAH BAGAIMANA UNTUK MENJADI NEGARA MAJU, NEGARA KAYA, NEGARA CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. REMAJA NAK TERLUNGKUP, NAK BERJALAN KAKI KE ATAS KEPALA KE BAWAH ISLAM HADHARI TIDAK PEDULI.


CERITA DI BAWAH ADALAH ANTARA RENTETAN 'KEJAYAAN' ISLAM HADHARI MENTARBIYAH REMAJA DAN MUDA-MUDI KINI

“Kau nak Ann (bukan nama sebenar)? Aku tawar kat kau RM20 boleh? Kau bawalah dia ‘jalan’,” begitulah perbualan seorang Mat Rempit dengan rakan lumba haramnya ketika melelong gadis bohsia untuk ditiduri.

Perbualan sedemikian sering didengari seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Siti di satu taman rekreasi di ibu kota terutama pada malam minggu.

Menurut Siti, penawaran gadis teman tidur di kalangan sesama Mat Rempit membabitkan bohsia berusia belasan tahun itu dilakukan tidak ubah seperti urus niaga barang makanan harian yang dilakukan tanpa segan dan hormat kepada orang sekeliling.

“Ramai penjaja di taman rekreasi itu menutup perniagaan menjelang malam kerana jelak dengan suasana ‘jijik’ ketika proses jual beli gadis bohsia itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Taman rekreasi itu dipercayai menjadi markas baru Mat Rempit menjual gadis bohsia secara lelong dan terbuka dengan menawarkan harga semurah RM20 untuk satu perkhidmatan seks.

Seorang anggota Mat Rempit hanya mahu dikenali sebagai K yang pernah menjadi ‘orang tengah’ dalam urus niaga gadis bohsia, mendakwa perkhidmatan seks ditawarkan itu sekadar ‘cari makan’.

“Segelintir Mat Rempit kini naik taraf menjadi ‘bapa ayam’ kecil-kecilan dengan menawarkan teman wanita masing-masing kepada rakan yang ingin mendapatkan khidmat seks.

“Tapi tak semua Mat Rempit berani buat begitu. Kalau yang jual tu mesti dah terdesak sangat nak cari duit,” katanya.

K yang berusia 25 tahun adalah seorang daripada ketua Mat Rempit yang dianggap ‘Otai’ atau orang lama di kalangan kumpulan pelumba motosikal haram di ibu negara.

“Geng Mat Rempit ni banyak. Ada Geng Apache, Benetton, Pangkah, Ranggi dan Uncle. Ada segelintir ahlinya sanggup jual teman wanita mereka kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

“Wang itu dipercayai digunakan untuk ‘berjoli’ seperti membeli dadah terutama syabu dan arak selain digunakan untuk ke disko dan berjudi,” katanya.

Harga bagi perkhidmatan seks seorang gadis bohsia bergantung paras rupa dan bentuk tubuhnya serta ditawarkan serendah RM20 untuk satu sesi dan boleh mencecah RM500 bagi satu malam.

Gadis terbabit ‘dijual’ hampir setiap hari dan urus niaga lebih ‘rancak’ menjelang hujung minggu. Gadis terbabit boleh ‘berpindah tangan’ daripada seorang Mat Rempit kepada yang lain sehinggakan mereka dianggap barang dagangan yang diedar secara bergilir-gilir.

Menurut K, selepas proses jual beli selesai, perempuan terbabit dibawa ke ‘port’ Mat Rempit untuk ‘diratah’ atau hanya dibawa berjalan sebagai teman biasa.

“Ada yang beli untuk ‘kenduri’ beramai-ramai tapi kebanyakannya nak ‘pulun’ seorang, baru puas dan berbaloi,” katanya.

K berkata, ketua geng terbabit sentiasa memastikan keselamatan teman wanita mereka terjamin walaupun sesiapa saja di kalangan Mat Rempit boleh melanggan gadis terbabit.

“Mereka (gadis bohsia) sanggup dijual kerana sayang dan percayakan teman lelaki masing-masing serta sanggup buat apa saja demi cinta.

“Tetapi ada juga yang diugut ketua geng terbabit berikutan kebanyakan perempuan terbabit lari daripada keluarga serta tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya.

Dari Harian MeTRO


Bantuan berat sebelah, puluhan ribu petani terus merana


PETALING JAYA 14 FEB : Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib puluhan ribu petani Johor yang menanggung kerugian besar apabila tanaman mereka musnah akibat banjir baru-baru ini.
Mereka menghela nafas lega apabila diberitahu pelbagai agensi kerajaan akan membantu mereka memulakan penghidupan baru, tetapi malangnya, sehingga kini mereka ternanti-nantikan bantuan yang tidak kesampaian.
Nasib mereka sungguh malang kerana ketirisan pengagihan bantuan itu menyebabkan ramai daripadanya kini menghadapi kesempitan yang teramat sangat.

Menurut Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Fatimah Mohd Arshad, ramai petani di Johor seolah-olah sudah hilang punca kerana bukan sahaja tanaman mereka musnah, tetapi juga kesan serius banjir ke atas tanah kebun dan ladang mereka.

"Ini bermakna mereka seolah-olah terpaksa bermula daripada sifar kerana perlu membersih dan memulihkan kebun dan ladang mereka sebelum boleh mengerjakannya semula.

"Untuk tempoh sekurang-kurang enam bulan akan datang, golongan ini memang tidak ada sebarang sumber kewangan melainkan mereka beralih kepada kegiatan ekonomi lain.
"Mereka sangat memerlukan bantuan bagi menghadapi bencana ini, tetapi, yang menyedihkan, ramai daripada mereka ini belum lagi mendapatnya.

Tanpa bantuan yang sistematik dan berkesan dan keprihatinan daripada pihak berwajib, tidak mustahil jika sebahagian besar daripada petani Johor akan terus meninggalkan sektor itu,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Prof Fatimah baru-baru ini mengetui sekumpulan penyelidik UPM melawat tiga daerah paling teruk dilanda banjir -- Segamat, Batu Pahat dan Kota Tinggi -- bagi meninjau kesan bencana itu terhadap sektor pertanian di samping membuat anggaran jumlah kerugian yang ditanggung petani.

Hasil tinjauan itu yang dilengkapi temubual dengan golongan yang terjejas, katanya, jelas bahawa pemberian bantuan oleh kerajaan itu bukan sahaja tidak mencapai sasarannya, tetapi berat sebelah.

"Ada golongan yang mempunyai pengaruh mendapat bantuan berganda kerana mereka pandai mendapatkannya daripada agensi-agensi pengagih yang berbeza-beza, sementara mereka yang kurang arif, terutama golongan petani dan pekebun di pedalaman, terus tidak mendapat bantuan langsung.

"Selain unsur tidak amanah, keadaan ini timbul kerana tiada pangkalan data yang lengkap mengenai sektor pertanian serta mereka yang terlibat. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan penyelarasan antara agensi-agensi bantuan," katanya.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menambah peruntukan dan subsidi bagi membantu petani dalam waktu pemulihan ini bagi membolehkan mereka membangunkan semula perusahaan masing-masing dan subsidi ini bolehlah ditarik secara berperingkat-peringkat apabila mereka dapat berdikari.

Prof Fatimah juga menggesa pihak berwajib mengambill iktibar daripada bencana ini dengan memperkemaskan persediaan menghadapi kemungkinan serupa di masa akan datang dengan membina pangkalan data lengkap mengenai golongan petani, hasil tanaman dan kadar pengeluaran supaya mereka tidak terpinggir apabila bencana menimpa.

Di samping itu, katanya, inilah masa yang paling sesuai bagi kerajaan memperbaiki sistem pengairan dan infrastruktur lain yang telah musnah akibat bah besar itu dengan memperkenalkan pendekatan yang lebih mesra alam dan mesra penduduk.

“Fenomena banjir termenung mesti diberi perhatian. Tidak ada sebab mengapa rakyat mesti terus dibebankan dengan fenomena ini tanpa sebarang inisiatif daripada kerajaan untuk mengatasinya.

“Faktor kemanusiaan mesti diberikan fokus di samping pengurusan pantai, sungai dan penelitian semula ke atas dasar pembangunan seperti membendung pembogelan hutan dan bukit yang tidak terancang agar ia tidak terlalu membebankan alam sekitar,” katanya.
Prof Fatimah juga mencadang agar insurans ke atas hasil tanaman diperkenalkan bagi meminimumkan risiko pendapatan golongan petani yang tidak stabil.

Insurans tanaman, katanya, boleh menyediakan pampasan di masa hadapan apabila berlaku bencana atau malapetaka.

“Bagaimanapun kerajaan perlu memberikan insentif kewangan bagi menggalakkan syarikat menceburi bidang ini dan golongan petani diberikan inisiatif bersesuaian untuk menyertainya,” kata beliau.

Pampasan dan bantuan yang diumumkan kerajaan setakat ini termasuk wang tunai RM200 sekeluarga bagi mangsa banjir pertama, RM200 bagi banjir kedua dan tambahan RM500 setelah mereka pulang ke rumah masing-masing. (Apakah semuanya telah diterima oleh mangsa?)

Pampasan kepada petani pula ialah RM573 setiap hektar bagi padi, RM2,000 sehektar bagi sayuran, buah-buahan (RM1,000 sehektar), lembu (RM700 seekor) dan RM1,500 sehektar bagi pengusaha akuakultur.

DARI THE STAR


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59