Monday, 29 January 2007

USAHA BOIKOT BERJAYA


Usaha Pembangkang memboikot Pilihanraya Kecil Batu Talam menampakkan kejayaan apabila kurang dari 68% pengundi membuang undi semalam. Walaupun BN menang besar dengan majoriti 5,857 undi tetapi jumlah undi keseluruhannya jelas menampakkan bahawa ramai pengundi Batu Talam bersetuju dengan langkah pembangkang memboikot pilihanraya kecil ini.


Jumlah undi keseluruhannya sebanyak 68 % ini adalah jauh dari jumlah purata undi pada pilihanraya umum dan kecil yang kebiasaanya lebih dari 75 %. Pengundi Batu Talam juga jelas memprotes dan memboikot pilihanraya ini apabila 385 undi telah dirosakkan. Jumlah ini adalah kira-kira 5.44 % dari jumlah undi keseluruhannya. Mana mungkin pengundi dalam era tahun 2000 ini tidak tahu mengundi.

Calon BN Abd. Aziz Mat Kiram, 47, meraih 6,276 undi manakala Chee Pang, 22, pula memperoleh 419 undi pada pertandingan satu lawan satu yang menyaksikan parti pembangkang tidak bertanding kerana memulau pilihan raya kecil itu.

Pemimpin BN jelas tidak ceria dengan kemenangan itu kerana mereka susah hati dengan kecenderungan pengundi memulau pilihanraya ini.

Dari analisa ringkas yang kita buat bermakna 804 pengundi atau 11.3 % pengundi yang keluar tidak menyokong BN manakala kira-kira 15 % lagi memulau pilihanraya tersebut.

Kita juga yakin jumlah pengundi yang keluar mengundi juga dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. Kita bimbang mereka dipaksa untuk mengundi dengan cara paksaan, ugutan dan upah yang diberikan kepada mereka. Hal ini besar kemungkinan berlaku kerana setiap kali pilihanraya inilah taktik yang digunakan BN untuk mempengaruhi pengundi supaya menyokong BN.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59