Tuesday, 16 January 2007

UMNO HILANG PUNCA?


Mengapa pemimpin Umno bersungguh-sungguh percaya bahawa pembangkang akan meletakkan calon atau menaja calon bebas untuk menentang mereka di Batu Talam?

Pemerhati politik melihat bahawa pemimpin dan pengikut Umno sudah terbayang untuk mendapat duit terpijak habuan kempen pilihanraya ini. Jika tiada pertandingan maka sudah tentu mereka akan berputih mata. Itulah sebab utama mengapa mereka mengeluh bila pembangkang memulaukan pilihanraya kecil ini.

Selain itu pemimpin Umno juga ingin menjadikan Batu Talam sebagai medan untuk mengukur sensitiviti rakyat terhadap pelbagai kezaliman dan penindasan kerajaan terhadap rakyat. Andai rakyat masih memberikan sokongan padu kepada mereka maka sudah tentu mereka boleh buat apa sahaja selepas ini.

Sementara itu Setiausaha Umno Bahagian Raub, Abd Aziz Mat Kiram diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam.

Penamaan calon bagi kerusi tersebut akan berlangsung di Pejabat Daerah Raub, Raub, pada 8 pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Abdul Aziz di hadapan lebih 2,000 yang memenuhi perkarangan luar pejabat Umno Raub malam tadi, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Nama Abd Aziz, 47, yang berasal dari kampung Batu Malim, diumumkan selepas mendapat persetujuan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib yakin pemilihan calon BN boleh diterima dengan mudah oleh semua pihak.

Beliau juga yakin enam lagi calon yang turut tersenarai pada peringkat awal, tidak kecewa terhadap pemilihan yang telah dibuat itu.

"Saya yakin semua pihak akan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi," katanya.

Sementara itu, Adnan berkata keputusan mengumumkan calon BN itu hanya dibuat selepas beliau menyerahkan senarai calon kepada Presiden Umno dan Najib hari ini.

BA tolak khabar angin

Abd Kiram pula ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

"Saya yakin BN akan menang pada pilihanraya kecil ini, lagi pun pembangkang tidak mempunyai isu di kawasan ini," katanya.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, Yusof Jamaludin pula berkata Abd Aziz telah meletak jawatan sebagai pembantu luar JASA daerah Raub berkuatkuasa hari ini bagi membolehkannya menjadi calon BN.

Sementara itu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian mereka untuk memulau pilihanraya kecil Batu Talam .

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menjelaskan bahawa khabar angin yang mengatakan BA akan meletakkan calon mereka pada saat-saat akhir, merupakan tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas.

"Barisan Alternatif memang tidak berminat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini. Kami tetap dengan keputusan kami dan tidak berniat untuk meletakkan mana-mana calon," katanya kepada pemberita sebelum memulakan ceramah khas di perhimpunan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), di Kampung Durian Sebatang, di Raub malam tadi.

Nasharuddin turut menegaskan bahawa tidak ada sesiapa yang dibenarkan membawa bendera PAS atau Keadilan pada hari penamaan calon esok dan jika ada, ia merupakan tindakan untuk mensabotaj pakatan itu.

Ditanya sama ada Barisan Alternatif akan membantu kempen individu yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu, Nasharuddin berkata mereka tidak akan membantu mana-mana calon Bebas yang akan bertanding.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59